Bahan untuk minggu ini. PAUTAN
9 January 2023
4 January 2023
3 January 2023
27 October 2022
Karangan Rencana
Karangan Jenis Fakta / Rencana
PENGENALAN
Karangan jenis rencana merupakan karangan yang agak popular ditanyakan dalam soalan peperiksaan. Karangan jenis rencana mengandungi laporan atau ulasan terperinci berkaitan sesuatu isu atau perkara. Oleh hal demikian, pembaca akan memperoleh banyak maklumat, fakta an pendangan tentang isu atau perkara dalam sesebuah rencana tersebut. Dengan itu, pelajar hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas atau fakta yang banyak berkaitan sesuatu program, kempen, penyakit dan lain-lain yang dibincangkan dalam rencana.
FORMAT DAN STRUKTUR KARANGAN
Karangan rencana terdiri daripada Tajuk dan Nama Penulis
Struktur binaan karangan rencana sama dengan perbincangan, pendapat, ulasan dan komen.
Struktur karangan terdiri pendahuluan, perenggan isi atau idea dan perenggan penutup fakta karangan.
Format karangan Rencana;
· ditulis dalam bentuk format biasa
· karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
· jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
· fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk “Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung”. Karangan ini mungkin disalah tafsirkan sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid.
· pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
· senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
· setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
· pastikan anda dapat menyediakan 4 isi
· kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
· setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
· masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
· setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
· gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.
Pendahuluan..............................................................................................
Perenggan
1. ..............................................................................................................
Perenggan
2. ...............................................................................................................
Perenggan
3. ..............................................................................................................
Perenggan
4. ..............................................................................................................
Perenggan penutup fakta karangan...................................................................
Saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan jalan raya di surat khabar atau siaran berita. Kemalangan di jalan raya seperti tiada kesudahannya.
Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda.
7 October 2022
KERJA KUMPULAN - 12 OKTOBER 2022
Makluman kerja 11 Oktober 2022 (Selasa)
Pelajar dikehendaki untuk melengkapkan tugasan :
TVET
Pelajar dalam kumpulan 5 orang dikehendaki untuk mencari maklumat tentang TVET (Latihan Teknikal serta Vokasional).
Pelajar dikehendaki memilih tajuk dibawah ini,
Pengenalan (File Kump 1)
Kelebihan ( File Kump 2)
Keburukan ( File kump 3)
Masa hadapan pelajar TVET ( File kump 4)
Program TVET di Malaysia (File kump 5)
Arahan :
Pelajar dalam kumpulan perlu mencari isi berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Isi / maklumat perlu diisi dalam google slide yang diberikan.
Perbincangan akan dibuat pada hari Rabu. Berserta tajuk minggu lepas.