23 April 2014

Penggunaan Kata Yang Tepat

Menetak
Memotong sesuatu dengan senjata tajam yang dihayunkan dengan kuat.

2  Menakik
Membuat takuk (kesan lekuk) pada pokok dan lain-lain dengan menggunakan parang

3  Memotong
Memutuskan sesuatu dengan pisau atau objek yang tajam  

4 Membelah
Menjadikan sesuatu kepada dua atau banyak bahagian  

5  Mengerat
Memotong dengan tujuan menjadikan sesuatu beberapa bahagian

6  Memangkas
Memotong hujung sesuatu supaya kemas

7  Menebas
Memotong atau merambah pokok-pokok kecil atau rumput di suatu kawasan menggunakan sabit, parang atau cangkul   

8  Menarah
Meratakan sesuatu kawasan kecil seperti halaman rumah menggunakan alat seperti parang

9  Mencantas
Memotong sesuatu dengan sekali hayun

10.  Mengelar
Membuat hirisan yang tidak dalam pada sesuatu

11.  Melapah
Mengupas kulit atau memotong bahagian kulit binatang yang telah disembelih 

12.  Merenggut
Mengambil sesuatu dengan cara menarik, mencabut, menyentak

13.  Merentap
Menarik sesuatu dengan kuat secara paksa dengan tujuan supaya tercabut, terlucut atau putus

14.  Menenyeh
Menekan-nekan atau memicit-micit sesuatu


15.  Memerah
Memicit sesuatu menggunakan telapak tangan untuk mengeluarkan cecair.  

16.  Merenyuk
Meremukkan suatu menggunakan tangan

17.  Melenyek
Menekan atau meramas sesuatu sehingga leper

18.  Menggelek
Menindih sesuatu dengan menggunakan penggelek supaya leper atau pipih

19.  Mengadun
Mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dengan unsur lain

20.  Menyimbah
Menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak

21.  Menyiram
Mencurahkan air dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak   

22.   Merenjis
Memercikkan air dan sebagainya supaya berselerak tetapi lebih menghala ke sesuatu kawasan

23.   Merebus
Memasak sesuatu dalam air yang banyak sehingga empuk

24.   Menanak
Memasak nasi

25.   Menjerang
Merebus air

2 6.  Mengukus
Memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air  yang mendidih

27.   Mencelur
Memasukkan atau mencelupkan sesuatu sebentar ke dalam air panas

28.   Menatang
Membawa sesuatu dengan tapak tangan

29   Menjujung
Membawa sesuatu di atas kepala

30. Menjinjing
Membawa sesuatu dengan tangan yang tehulur ke tepi badan


31.  Mengelek
Membawa sesuatu di bawah ketiak

32.  Menjulang
Mengangkat ke atas     

   3. Membimbit
Membawa sesuatu menggunakan telapak tangan
                           
34.  Menjolok
Menolak sesuatu menggunakan galah dan sebagainya supaya gugur

35.  Merodok
Mencucuk sesuatu dengan benda yang tajam

36.   Menusuk
Mencucuk sesuatu dengan benda yang tajam sehingga tembus

37.   Menenun
Proses menukarkan benang menjadi kain

38.  Menyulam
Menjahit sulam, iaitu sejenis jahitan yang selari dan rapat-rapat


39.  Memintal
Proses membuat benang atau tali dengan cara memulas atau memutarnya.

4  Menganyam
Proses menyilang sesuatu supaya berselang-seli

 Menekat
Membuat tekat, manyuji, atau menyulam

    Mengait
Merajut dengan jarum kait atau besi yang bercangkuk di hujungnya

4  Memilin
Memintal atau memulas beberapa urat benang atau tali menggunakan tangan supaya menjadi benang atau tali yang lebih besar          

    Menyirat
Menjalin atau membetulkan jala atau jaring

4  Melumur
Menyapukan  keseluruhan sesuatu  menggunakan tangan  

4  Memalit
Menyapukan sesuatu pada sesuatu

sumber : http://salina0402.blogspot.com/2012/12/penggunaan-kata-yang-tepat.html