26 September 2018

AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

TATABAHASA: AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT TUNGGAL (AT)
1.     Ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.
2.     AT terbahagi kepada dua iaitu, ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang.
3.     AT biasa bermaksud unsur frasa subjek mendahului frasa predikat.

AYAT MAJMUK (AM)
1.     AM gabungan ialah ayat yang terdiri daripada cantuman dua atau lebih ayat tunggal.

Ayat majmuk gabungan
1.     Beberapa ayat tunggal diabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung seperti, dan, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
2.     Contoh:
a.      Saya dan Hamid mengulangkaji pelajaran di sekolah.
3.     Apabila berlaku pencantuman, unsur yang sama dalam ayat disusurkan.
a.      Contohnya:
Aimin belajar di Universiti Putra Malaysia
Aina belajar di Universiti Putra Malaysia
      Jadi, Aimin dan Aina belajar di Universiti Putra Malaysia.

Ayat Majmuk pancangan relatif
1.     Terbentuk melalui cantuman dua ayat dengan menggunakan kata relatif iaitu yang.
2.     Ramli dan Syarif yang ponteng sekolah semalam.

Ayat Majmuk Pancangan Komplimen
1.     Terbentuk melalui percantuman dua ayat yang menggunakan penanda komplemen iaitu bahawa, supaya, untuk, dan sebagainya.
2.     Contohnya,
a.      Ketua pemerintah memberi penerangan agar rakyat bersatu padu supaya tidak berlaku rusuhan.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan.
1.     Cantuman ayat induk dengan ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
2.     Kata hubung yang digunakan ialah kerana, apabila, dengan, ketika, seperti, bagi, setelah, bak, macam dan sebagainya.
a.      Setiap remaja akan melakukan kesalahan moral apabila terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif.

Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.

  1.  Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
  2.   Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
  3. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar negara.
  4.  Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.
  5.  Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
  6.   Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.
Rujukan : BLOG CIKGU NUROL

Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Tajuk : Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

LATIHAN SPM 1Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.

LATIHAN SPM 4Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN SPM 5Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.

LATIHAN SPM 6Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.

LATIHAN SPM 7Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.
2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang cemerlang.
4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

LATIHAN SPM 8Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

LATIHAN SPM 9Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.

LATIHAN SPM 10Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

Jawapan

LATIHAN SPM 1
1. Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil. Atau Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
1. Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.
3. Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula. Atau Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.
5. Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
1. Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.
2. Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.
3. Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.
4. Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.
5. Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.

LATIHAN SPM 41. Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara. Atau Adik telah saya kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.
4. Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh beliau. Atau Jawatan yang sangat penting disandang oleh beliau dalam organisasi tersebut
5. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN SPM 51. Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.
5. Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.
LATIHAN SPM 61. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.
2. Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
3. Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
4. Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva.
5. Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun yang gugur. Atau Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari kerana banyak daun yang gugur.

LATIHAN SPM 71. Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.
2. Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai.
3. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan Awam daripada pelajar yang cemerlang.
4. Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.
5. Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
LATIHAN SPM 81. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4. Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5. Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.
LATIHAN SPM 91. Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
2. Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
3. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung. Atau Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.
5. Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.
LATIHAN SPM 101. Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
2. Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.
3. Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.
5. Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

Kredit kepada: http://cikgurazak.blogspot.com

KOLEKSI SOALAN SEBENAR SPM

Sila klik link dibawah untuk soalan sebenar SPM

  1. BM SPM JUN 2018 (SPM U)
  2. BM SPM NOVEMBER 2017
  3. BM SPM JUN 2017 (SPM U)
  4. BM SPM NOVEMBER 2016
  5. BM SPM JUN 2016 (SPM U) - KERTAS 1
  6. BM SPM JUN 2016 (SPM U) - KERTAS 2
  7. BM SPM NOVEMBER 2015
  8. BM SPM VOKASIONAL 2015
  9. BM SPM JUN 2015 (SPMU)
Rujukan : Bumi Gemilang

23 September 2018

Ayat Pasif dan Aktif

Mari kita lihat video

Jom kita membuat latihan ayat aktif dan pasif.

18 September 2018

Karangan : Produk Makanan Kesihatan

Tajuk : Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang
bertajuk 'Kesan-kesan pengambilan pelbagai produk makanan kesihatan kepada
masyarakat'.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

sumber : PAT MRSM 2016




RUJUKAN 1
RUJUKAN 2
RUJUKAN 3
RUJUKAN 4

6 September 2018

Watak - Novel Leftenan Adnan

LATIHAN NOVEL 1 

  1. Watak utama sering diberi perhatian oleh pengarang. Pada pendapat anda, mengapakah hal ini berlaku? (7 markah)
  2. Watak sampingan memainkan peranan dalam memastikan perjalanan cerita menjadi lebih menarik. Berdasarkan sebuah novel yang dikaji, huraikan perbezaan perwatakan antara dua orang watak sampingan. ( 8 markah)