23 July 2019

Peribahasa

Senarai peribahasa yang membawa maksud yang sama:

1. Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
(a) sambil menyelam minum air
(b) belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
(c) berkayuh sambil bertimba
(d) berkayuh sambil ke hilir
(e) sambil berdendang, biduk hilir
(f) sambil berdiang, nasi masak
(g) sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar
(h) sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

2. Menuruti kehendak hati sendiri
(a) nafsu-nafsu, raja di mata, sultan di hati
(b) beraja di hati, bersultan di mata
(c) bersultan di mata, beraja di hati

3. Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri
(a) tiada sakit, makan ubat
(b) memelihara gajah putih
(c) menolong orang ditangkap harimau
(d) menolong kerbau ditangkap harimau
(e) mendukung biawak hidup

4. pergaduhan antara adik-beradik yang tidak berpanjangan
(a) air yang dicencang tidak akan putus
(b) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(c) cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas
(d) biduk lalu kiambang bertaut

5. penyesalan yang terlambat
(a) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna
(b) sudah terhantuk baru tengadah
(c) sudah kalah baru berkubu
(d) sudah kecurian baru mengunci pintu
(e) sudah lulus maka hendak berlantai
(f) Teperlus maka hendak menutup lubang
(g) sudah lulus maka hendak memasang lantai
(h) berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian
(i) apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat

6. Kesalahan orang lain nampak, kesalahan diri tak nampak
(a) kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
(b) langit dapat dilukis, sudut kabut diserayakan
(c) seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar
(d) kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiad tampak

7. berhati-hati apabila memperkatakan hal orang lain
(a) bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
(b) bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
(c) berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

8.sangat karib
(a) Setikar seketiduran
(b) Dua badan senyawa
(c) Satu nyawa dua badan
(d) Sejiwa dua tubuh
(e) Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
(f) Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
(g) Selauk senasi
(h) Seperti dua senyawa).

9. Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
(a) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
(b) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
(c) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
(d) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
(e) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan

10. Sesuai benar
(a) Seperti telap dengan tudungnya
(b) Bagai cembul dapat tutupnya
(c) Bagai dulang dengan tudung saji
(d) Cembul dengan tutupnya
(e) Seperti telepa dengan tudungnya

11. kembali ke asalnya / pulang ke asal
(a) belut pulang ke lumpur
(b) misai pulang ke bibir
(c) pulang ke kandang
(d) Ikan pulang ke lubuk
(e) Sirih pulang ke gagangnya

12. Berturut-turut mendapat kesusahan
(a) Sudah basah kehujanan
(b) Lagi jatuh ditimpa tangga
(c) Sudah hamba diperhambakan pula
(d) Sudah jatuh ditimpa tangga
(e) Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula
(f) Terjatuh dihimpit janjang

13. Seia-sekata; sehina semalu.
(a) Sekebat bagai sirih
(b) Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
(c) Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
(d) Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
(e) Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
(f) Serumpun bagai serai, selubang seliang bagai tebu

14. Besar belanja daripada penghasilan
(a) Masuk tiga, keluar empat
(b) Masuk bagai lubang penjahit, keluar bagai lubang tabuh
(c) Masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
(d) Masuk lima keluar sepuluh
(e) Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh

15. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah
(a) Dapat durian runtuh
(b) Dapat harta karun
(c) Dapat kijang teruit
(d) Dapat tebu rebah
(e) Dapat harta timbul

16. Lahirnya baik, batinnya jahat
(a) Di luar merah di dalam pahit
(b) Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu

(c) Di luar berkilat di dalam berongga

17. Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan
(a) Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut
(b) Malu bertanya sesat di jalan, malu berkayuh perahu hanyut
(c) Segan bergalah, hanyut serantau
(d) Segan berkayuh, perahu hanyut
(e) Malu berkayuh, perahu hanyut

Oh, indahnya peribahasa Melayu!

Sumber : CL Tan

KOSA KATA KARANGAN SPM

Kosa Kata Tinggi Untuk Karangan Bahasa Melayu SPM

1. Ironinya,Impak -Kesannya
2. Memorabilia -kenangan manis yg x dpt dilupakan.
3. Mutakhir ini, Marcapada ini, - Dewasa ini
4. Obses - terlalu terikut-ikut
5. Rencaman -Pelbagai
6. Wadah -Alat
7. Disemarakkan -digiatkan
8. Dijana -dijalankan
9. Memperkasa -meningkatkan
10. Kekangan -masalah
11. Kemelut -masalah
12. Glokal/lokal -peringkat tempatan
13. Global -peringkat dunia
14. Sarwajagat -peringkat antarabangsa
15. Dangkal -pengetahuan yg cetek
16. Arus Modenisasi -Zaman moden
17. Diuar-uarkan -diberitahu,dihebahkan
18. Rentetan itu, -Sehubungan itu
19. Sinergi -kerjasama
20. Kebejatan moral -keruntuhan moral
21. Ukhrawi -rohani (berkenaan akhirat)
22. Duniawi - berkenaan dunia
23. Nescaya -pasti
24. Enteng -ambil mudah/ringan
25. menerjah - (cth: menerjah masuk)
26. Remeh - (cth: dipandang remeh)
27. Diimplementasikan -digunakan
28. Nirmala -Hening (pagi yg hening)
29. Izhar -Jelas
30. Delinkuen -tidak mematuhi peraturan
31. Komentar -komen
32. Polemik -isu yg sering dibincangkan
33.Penuh iltizam -penuh semangat
34. Inovasi -kemajuan
35. Mangkin yang efektif -faktor-faktor penyebab..
36. Pragmatis -praktikal
37. Menjurus -menyebabkan
38. Mengorak -memulakan (cth: mengoral langkah)
39. Seantero - seluruh (cth: seantero dunia)
40. Perencah -faktor
41. Keakraban -hubungan yg erat
42. Belenggu -konkongan
43. Berkaliber -(cth: pemimpin yg berkaliber)
44. Mercu-menempa
45. Kontemporari -masa kini
46. Utopia -masyarakat yg terlalu ideal/sempurna (tidak mungkin diwujudkan)
47. Rohaniah dan insani -nilai-nilai kemanusiaan
48. Terhunus -telah sedia tercabut (cth: keris yang terhunus)
49. Khusyuk -menumpukan perhatian
50. Nafsi -sikap mementingkan diri
51. Evasif -sikap mengelak diri drpd sesuatu tanggungjawab
52. Hedonisme -mementingkan keseronokan
53. Serampang dua mata -dasar yg mempunyai 2 objektif
54. Signifikan -bermakna atau penting
55. Meledakkan -menyebabkan terbitnya sesuatu
56 Modal insan -pembangunan manusia (cth:modal insan yg cemerlang)
57. Komitmen -memberikan sepenuh tenaga (kerjasama)
58. Prestij -reputasi (cth: anugerah yg berprestij)
59. Entiti mithali -sesuatu yg patut diteladani
60. Justifikasi -suatu alasan yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan/diberikan
61. Darah setampuk pinang -belum ada pengalaman lagi
62. Anjakan paragdigma -perubahan yg baik
63. Altruisme -sifat suka mengutamakan kebajikan orang
64. Kendatipun begitu -walaupun begitu
65. Takuk lama -tahap lama
66. Tersohor -terkenal/termasyur
67. Sementelahan pula -tambahan pula,lebih-
lebih agi
68. Tergusur -terheret,tertarik
69. Sofistikated -bersifat kompleks
70. Mayapada -dunia
71. Luwes - tidak terlalu ketat (peraturan)
72. Memanifestasikan -melahirkan,menunjukkan
73. Arus globalisasi -Zaman global (dunia tanpa
sempadan)
73. Heterogen -pelbagai
74. Pidana -kejahatan
75. Aspirasi -cita-cita
76. Ghalibnya -biasanya,lazimnya
77. Swadaya -kekuatan sendiri
78. Uswah -teladan,contoh
79. Dominan -utama
80. Tarbiah -pendidikan
81. Menyoroti -membicarakan
82. Pasrah -menyerah
83. Kealpaan (alpa) -Kecuaian/lupa
84 Ideal -mulia
85 Berhempas pulas -berkerja keras
86. Dirangkaikan -dihubungkan
87. Mampan -mantap
88. Metropolitan -bandar raya
89. Tamsilan -contoh
90. Nescaya -sudah tentu
91. Filsafat -falsafah
92. Ideal -sempurna/sesuai
93. Petualang -penghalang
94. Efisien -menjlnkan tugas dgn cekap
95. Ruwet -kalut,kusut atau sulit
96 Mantan -bekas
97. Holistik –mulia
98.vital-penting
99. ikhtisas- mata pencarian
100. aktivis –org yg melibatkan diri
secara aktif
101. tidak bernoktah- tiada pengakhiran
102. turun padang- turuts serta
103.berintegriti-mempunyai kejujuran
104.meneroka- menyelidik
105. aroma- bau
106. alternatif- pilihan
107.vital- penting
108.pesimis-orang yang bersikap tidak yakin
akan pendirian
109.inderloka- syurga
110. teruja- timbul minat/keinginan yang kuat

12 July 2019

DRAMA - AKU BUKAN GILA

DRAMA - AKU BUKAN GILA (SHARIF SHAARY)

 

SINOPSIS

1.    Di wad sakit jiwa, Hospital Besar,  Azmir sedang mendapat rawatan.  Azmir sentiasa berkhayal tentang peranan Hamba dan Tuan Hamba. Azmir mendapati bahawa penderitaan Hamba merupakan satu kepuasan kepada Tuan dan Hamba. Seterusnya, Azmir berasa kesakitan yang tidak tertanggung. Ketika itu juga dia mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah, akal, takdir dan manusia budiman. Ucapan terima kasih tersebut diucapkan kerana semuanya telah memberi sumbangan kepada Azmir kepada petani dan nelayan

2.    Azmir juga berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya.Azmir juga meminta Ani mengeluarkannya dari tempat itu tetapi Ani terus memujuk Azmir supaya terus tinggal di situ kerana mereka boleh bahagia.


Azmir berkhayal pula tentang kemunculan bapanya. Azmir meminta Ani menghalau bapanya kerana bapanya tidak sayang akannya. Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong dan mereka bertengkar

3.    Muncul pula khayalan tentang  Pak  Haji datang dan memberi salam. Mereka berdebat  tentang hukum dan Pak Haji mempersoalkan nama Azmir yang telah diubah dan sikap manusia iaitu bercakap lain dan berbuat  lain.

Ani muncul semula dan menyatakan bahawa Ani masih cintaakannya. Azmir mempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap luaran.

4.    Azmir dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doktor membenarkannya bersiar-siar di luar. Azmir mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri. Akhirnya, dia tiba di lokasi penggambaran drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif tentang kekuasaan. Akhirnya Azmir memberikan pendapat bahawa system prorakyat yang menentukan kekuasaan bukan wang atau fikiran. Ketika ini, kepala Azmir berasa sangat  sakit

5.    Dia menyatakan bahawa penyakitnya adalah betul. Azmir ditanya tentang gila dan sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudiandia menghantukkan kepalanya sehingga berdarah.Dia menderita sakit sehingga tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian, doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif dan rakan-rakannya memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang sebenar

6.    Mereka meminta ibu bapa Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga menasihati ibu bapanya supaya memberi lebih kasih sayang kepada Azmir.
Di wad pesakit jiwa, Azmir teringat akan cintanya kepada Ani. Ketika itu dia lemah dan jatuh tersungkur.

Ani berada di rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani berasa bersalah.





PERISTIWA
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN

Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui tentang penyakitnya

Ketabahan seorang pesakit melawan penyakit


Seorang  yang tabah

Masyarakat yang tabah

ketabahan

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan dan membesarkannya.

Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya


Seorang yang menghargaijasa

Masyarakat yang menghargai jasa

Mengenang jasa

bertanggungjawab

Kita hendaklah mengenang jasa orang lain

Azmir mengucapkan terima kasih kepada petani, nelayan dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyatdan  negara.

Penghargaan terhadap insan yang berjasa


Seorang yang menghargai jasa

Masyarakat yang menghargai jasa

Mengenang jasa



Kita hendaklah mengenang jasa orang lain

Azmir amat setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah otak

Kesetiaan seseorang terhadap kekasih


Seorang  yang  setia

Masyarakat yang setia

Kesetiaan

Kita hendaklah  setia kepada seseorang

Azmir mempertikaikan sikap Pak haji yang sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib dengannya

Prihatin terhadap masyarakat yang menghadapi masalah


Seorang  yang  prihatin

Masyarakat yang prihatin

Mengambil berat

Kita hendaklah  prihatin terhadap masalah orang lain


PLOT
  
Permulaan
Watak Azmir yang berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan sentiasa berada dalam khayalan.

 Perkembangan
 Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal tentang kehadiran bapanya yang menziarahinya di wad. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya kerana menghantarnya ke situ. Seterusnya, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji yang melawatnya di wad. Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang Azmir yang menukar namanya kepada nama orang putih. Azmir berkhayal lagi tentang Ani yang  muncul semula dan menyatakan bahawa Ani masih cinta akannya. Azmi rmempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap luaran.
Azmir dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doctor membenarkannya bersiar-siar di luar. Azmir mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.Akhirnya, dia tiba di lokasi penggambaran drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif tentang kekuasaan. Akhirnya Azmi rmemberikan pendapat bahawa system prorakyat yang menentukan kekuasaan bukan wang atauf ikiran.
Ketikaini, kepala Azmir berasa sangat sakit. Dia menyatakan bahawa penyakitnya adalah betul. Azmir ditanya tentang gila dan sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu penderitaan  yang  tidak tertanggung.

Klimaks
Azmir  menghantukkan kepalanya sehingga berdarah. Dia menderita sakit sehingga tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian, doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif dan rakan-rakannya memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang sebenar. Mereka meminta ibu bapa Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga menasihati ibu bapanya supaya memberi lebih kasih sayang kepada Azmir.

Peleraian

Di wad pesakit jiwa, Azmir teringat akan cintanya kepada Ani.Ketika itu dia lemah dan jatuh tersungkur.
Ani berada di rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani berasa bersalah..



TEKNIK PLOT
1. Dialog
            Contoh: 1. Dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran kekasihnya.
                           2. Semasa Azmir melakonkan watak Hamba dan Tuan Hamba
2. Monolog
            Contoh: 1. Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.
3. Imbas Kembali
            Contoh: 1. Bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.
4. Pemerian
            Contoh: 1. Pengarang memerihalkan keadaan Azmir yang sedang sakit.



GAYA BAHASA

1. Perulangan
            Contoh: Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Dengan kuasa, dunia berada di bawahku. Kuasa mencipta kuasa.

2. Sinkope
            Contoh:  Abang dah tak sanggup lagi..

3. Simile
            Contoh:  Bapa pun macam doktor juga dan macam  mereka semua

4. Simpulan Bahasa
            Contoh: gila-gila bahasa, berbesar hati, minta diri

5. Bahasa Arab
            Contoh: Assalamualaikum, Astaghfirullah

6. Bahasa Inggeris
            Contoh: realistik, sensitif, realiti, horizon

LAMAN LATIHAN - SINI
NOTA GRAFIK - SINI

LATIHAN

1. Berikan contoh peristiwa berdasarkan nilai dibawah
     a. Kasih Sayang
     b. Kesetiaan
     c. Ketabahan

2. Seandainya anda ialah rakan Azmir, apakah yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh Aznmir? [KBAT]

10 July 2019

Latihan Karangan Bahan Rangsangan

SOALAN SEBENAR PERCUBAAN SPM NEGERI TERENGGANU 2017

Lihat rajah dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sebuah pusat sumber sekolah yang baik. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



sumber rujukan : SINI