23 August 2013

Peraturan Perbahasan

PERATURAN PERTANDINGAN BAHAS 

Peraturan pertandingan ini perlu dibacakan oleh Yang Arif Tuan Speaker untuk perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat. 

Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali. 

Setiap pembahas diberi masa 8 minit untuk berucap manakala penggulung diberi masa 4 minit untuk membuat ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas/penggulung berucap. 

Loceng
 akan dibunyikan sekali pada akhir minit pertama menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat Izin Laluan manakala pada akhir minit ketujuh loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan membuat Izin Laluan. 

Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan menandakan bahawa masa untuk pembahas berucap telah tamat. 

Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan diberi masa 3 minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing. 

Pada akhir minit ketiga masa penggulungan, loceng amaran akan dibunyikan sekali dan pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk penggulungan telah tamat. 

Semasa seseorang pembahas sedang berucap, pihak lawan dibenarkan memohon/membuat Izin Laluan dalam bentuk: 

i. soalan 
ii. kenyataan 
iii. fakta/ penjelasan/ pembetulan 
iv. ayat-ayat pendek yang berkait dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas 

Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin Laluan. Izin Laluan haruslah padat dan bernas 

Izin Laluan tidak boleh disalahgunakan untuk mengganggu pihak lawan. Setiap pasukan perlu mematuhi etika Izin Laluan. Markah akan dipotong jika terdapat pelanggaran terhadap etika ini.

rujukan : http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/peraturan-pertandingan-bahas.html

DISINI SAYA INGIN MENEKANKAN BAHAWA SAYA TIDAK MENGIKUT KESEMUA PERATURAN DIATAS. CUKUP SEKADAR PELAJAR TAHU PERATURAN AM PERBAHASAN.

2 August 2013

Perbahasan Kelas 2E 2013


Berikutan daripada PBS B5DL1E1, cikgu sudah memilih untuk melakukan perbahasan. Mengikut kumpulan yang terdiri daripada 4-3 pelajar. Berikut adalah tajuk-tajuk yang akan dilakukan.
  1. Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal dibandar
  2. Belajar sendiri lebih baik daripada mengikuti kelas tusyen.
  3. Membawa bekalan makanan ke sekolah lebih baik daripada membeli makanan di kantin.
  4. Menyambung pelajaran ke IPTA lebih baik daripada memilih ke IPTS.
  5. Sekolah SBP, MRSM lebih baik daripada sekolah harian?
  6. Masalah pelajar lari daripada rumah adakah salah ibubapa?
  7. Perlukah Ibu bapa sering mendengar cakap anak-anaknya? membuatkan anak-anak menjadi manja.
  8. Sukan lebih baik daripada akademik?
  9. Belajar secara online lebih baik daripada belajar di perpustakaan atau sendiri?
  10. Mempunyai pekerjaan yang bergaji tinggi lebih baik daripada pekerjaan mempunyai gaji yang rendah?
Arahan : Pelajar akan mempunyai kumpulan masing-masing, setiap kumpulan akan menbuat undian untuk pencadang, pembangkang dan juga soalan.
 

Ciri-ciri Perbahasan yang baik


Ciri-ciri Perbahasan

1.  Hujahan menggunakan ayat  yang jelas. Teratur dan tertib semasa berhujah.

2.  Pemilihan perkataan: kata-kata yang digunakan dalam perbahasan mestilah tepat
     dengan maksud  yang ingin disampaikan.

3.  Penyebutan: disaran menggunakan sebutan baku dan lagu bahasa atau rentak
     yang lazim orang gunakan semasa berbincang

4.  Kehalusan bahasa iaitu  ciri yang memperlihatkan kesopanan dan kesantunan
     berbahasa semasa berhujah- sewajarnya tidak menyinggung perasaan pihak lain.

5. Penyampaian hujah  merupakan  proses pembentukan dan pengeluaran buah 
    fikiran- bergantung pada penguasaan bahasanya.Hujah menjadi bernas apabila
    disampiakan dengan pengeluran buah fikiran yang baik. 

6. Gerak laku: sewasktu perbahasan dimaksudkan dengan peraturan paralinguistik
     yang sesuai dalam konteks budaya sesuatu masyarakat bahasa.

7. Maklumat bersama: maklumat inti dan maklumat tambahan-merupakan jenis
    maklumat yang  disampaikan atau diperoleh melalui perbahasan.

Kesimpulan

     Perbahasan merupakan pertemuan antara individu-individu yang tidak sama dari segi taraf sosial dan peranan.  Fairclough - ianya memerlukan usaha yang berhati-hati dalam menggunakan bahasa sewaktu perbahasan.   
Apa jua jenis perbahasan - kajian wacana bahasa memerlukan peraturan tertentu  dalam peristiwa bahasa perbahasan. 

Permakahan

Isi/Bidasan
  • Ketepatan dan kemampatan isi/bidasan
  • kejelasan isi
Gaya
  • Cara berhujah yang menyakinkan dan menarik
  • Cara pengucapan yang tidak keterlaluan
Strategi
  • Ketetapan memilih isi/isu yang dibahas
Bahasa
  • Penggunaan bahasa baku
  • Terdapat keragaman ayat
  • Penggunaan kosa kata yang luas
  • Kejelasan dan kelancaran sebutan
  • Kesesuaian intonasi dan nada


1 August 2013

Kerja Rumah Cuti Sekolah Hari Raya Aidilftri

Makluman kepada semua pelajar-pelajar 2E disini saya akan menyenaraikan kerja rumah yang perlu dibuat semasa cuti sekolah nanti. Kesemua tugasan haruslah siap dan di hantar pada minggu pertama buka cuti sekolah nanti.

TATABAHASA
Pelajar dikehendaki menyiapkan kesemua latihan Tatabahasa yang terdapat dalam Booster dalam bahagian Sistem Bahasa dari muka surat 1 hingga 42

KARANGAN
Soalan :
"...... Sejak dahulu aku memegang prinsip 'berani kerana benar, takut kerana salah'.
Akhirnya aku berjaya juga membuktikan kepada kawan-kawan bawah aku tidak bersalah dalam hal ini.'
Tulis sebuah cerita yang mempunyai pengakhiran seperti yang diberikan diatas.

Menggunakan buku Karangan 2.

Selamat Bercuti
kepada Muhammad Bukhari : SELAMAT HARI RAYA