Link :
Site 1
Site 2
Site 3 - 80 Umum kesalahan tatabahasa
11 July 2013
Drama - Di Sini Bakti Bersemadi
DRAMA "DI SINI BAKTI BERSEMADI" KOMSAS TINGKATAN 2 (RURAL BASED ENTREPRENEURSHIP)
Pengenalan
Ajes Tuah berjaya menghasilkan skrip drama yang mendedahkan peluang keusahawanan desa yang jarang-jarang menarik perhatian generasi muda sebagai mata pencarian hidup yang lumayan. Dengan susunan cerita dan kata bual yang mudah difahami, hanya lima orang watak dimasukkan iaitu Tini, Amin, Kamal, Malek dan Ayah (Tini). Tema drama berkisar pada kegigihan seorang wanita muda berkelulusan tinggi bekerja sendiri di desa.
Watak dan Perwatakan
Tini
- nekad / berdikari: walaupun memiliki diploma, tidak mahu melamar kerja makan gaji di bandar
- tetap pendirian: walaupun mendapat bantahan ayah dan tunang (Kamal), masih mahu meneruskan hasrat
- penyayang: menghormati pendapat ayahnya, berbincang dengan lemah lembut
- berterus terang / jujur: mahu memberitahu Kamal tentang hal sebenar tentang rancangannya
- merendah diri: tidak kekok menjadikan Amin, pemuda kampung sebagai pendorong kejayaan
- tegas: tetap memutuskan pertunangan dengan Kamal setelah mengetahui pakatan Kamal dengan Malek membuat khianat terhadap Amin dan dirinya
Amin
- gigih: seorang penternak kambing yang berjaya walaupun awalnya menerima cemuhan orang kampung
- budiman: sanggup berkongsi pengalaman keusahawanan desa dengan Tini
- berbudi bahasa: tahu batasan berkomunikasi dengan Tini, tunang Kamal
- ramah: tidak kekok berbual dengan ayah Tini, bahkan berjaya membetulkan tanggapan orang tua itu tentang kerja kampung
- tabah: menghadapi perbuatan khianat dengan tenang, walaupun dicederakan tidak patah semangat
Kamal
- tidak jujur: seperti yang dikatakan oleh Tini: telunjuk lurus kelingking berkait, menghalang rancangan Tini dalam diam.
- hipokrit / pura-pura: memuji Tini di hadapan ayah Tini, tetapi dalam masa yang sama berpakat dengan Malek melakukan khianat
- suka mengongkong / berfikiran sempit / penting diri: tidak suka Tini bertindak tanpa restunya
- kurang berfikir / bertindak melulu: menyangka Tini akan memaafkannya
Malek
- pak turut: mengikut sahaja rancangan jahat Kamal tanpa memikirkan akibatnya
- sukar menyimpan rahsia: mengaku kesalahan setelah didesak oleh Amin / ayah Tini / polis. Juga memberitahu bahawa
dalang sebenar ialah Kamal
Ayah Tini
was-was: tidak yakin akan kebolehan anak sendiri, mudah terpengaruh dengan cakap Kamal
cepat insaf: setelah melihat kejayaan Tini / keikhlasan Amin, pendirian berubah positif
bijak: cekap dalam membaca tindak-tanduk Malek yang baru keluar lokap, tetapi nampak senang hati
Sinopsis
Tini yang baharu tamat pengajian peringkat diploma mengunjungi tempat ternakan ayam milik Amin. Mereka bertukar-tukar fikiran, sambil Amin mengingatkan risiko berdikari di kampung. Pada awalnya ayah Tini membantah kerana tidak setimpal dan memalukan keluarga. Kamal yang hanya mementingkan perkahwinan mereka juga demikian. Tini meneruskan niat membuka kilang kraf tangan yang membuka peluang pekerjaan kepada belia kampung. Kamal lalu mencadangkan tarikh perkahwinan dipercepat, tetapi Tini menolak dengan baik. Sementara itu, Amin berjaya menangkap Malek yang mencuri ayamnya, tetapi dijamin oleh Kamal. Malek mencederakan Amin dan juga merosakkan mesin di kilang Tini atas arahan Kamal. Ayah Tini berjaya memerangkap Malek dengan soalan-soalan provokasi, lalu dibawa semula ke balai polis. Di tempat kerja Kamal, Tini mencemuh Kamal yang cemburu buta, lalu memutuskan pertunangan mereka. Amin beransur pulih dan di rumahnya dia melafazkan kata bual yang dijadikan tajuk cerpen, "Ya, di situ bakti bersemadi!"
Perbincangan komsas
Nilai
Kecekalan / kegigihan / kerajinan
Kejujuran / keikhlasan / ketulusan
Ketegasan
Keyakinan
Kebijaksanaan
Persoalan
Sinopsis
Tini yang baharu tamat pengajian peringkat diploma mengunjungi tempat ternakan ayam milik Amin. Mereka bertukar-tukar fikiran, sambil Amin mengingatkan risiko berdikari di kampung. Pada awalnya ayah Tini membantah kerana tidak setimpal dan memalukan keluarga. Kamal yang hanya mementingkan perkahwinan mereka juga demikian. Tini meneruskan niat membuka kilang kraf tangan yang membuka peluang pekerjaan kepada belia kampung. Kamal lalu mencadangkan tarikh perkahwinan dipercepat, tetapi Tini menolak dengan baik. Sementara itu, Amin berjaya menangkap Malek yang mencuri ayamnya, tetapi dijamin oleh Kamal. Malek mencederakan Amin dan juga merosakkan mesin di kilang Tini atas arahan Kamal. Ayah Tini berjaya memerangkap Malek dengan soalan-soalan provokasi, lalu dibawa semula ke balai polis. Di tempat kerja Kamal, Tini mencemuh Kamal yang cemburu buta, lalu memutuskan pertunangan mereka. Amin beransur pulih dan di rumahnya dia melafazkan kata bual yang dijadikan tajuk cerpen, "Ya, di situ bakti bersemadi!"
Perbincangan komsas
Nilai
Kecekalan / kegigihan / kerajinan
Kejujuran / keikhlasan / ketulusan
Ketegasan
Keyakinan
Kebijaksanaan
Persoalan
Kecekalan / kegigihan / kerajinan dalam melakukan kerja
Kejujuran / keikhlasan / ketulusan dalam komunikasi / persahabatan
Ketegasan dalam mempertahankan pendirian / membuat keputusan
Keyakinan terhadap kebolehan diri
Kebijaksanaan dalam mendapatkan maklumat / menangani bantahan
Pengajaran
Kita hendaklah cekal / gigih / rajin dalam melakukan kerja
Kita hendaklah jujur / ikhlas / tulus dalam komunikasi / persahabatan
Kita hendaklah tegas dalam mempertahankan pendirian / membuat keputusan
Kita hendaklah yakin terhadap kebolehan diri
Kita hendaklah bijak dalam mendapatkan maklumat / menangani bantahan
sumber : http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/06/drama-di-sini-bakti-bersemadi-komsas.html
sumber : http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/06/drama-di-sini-bakti-bersemadi-komsas.html
Cerpen - Dendam
Cerpen: Dendam
DENDAM
( Shariza A Rahman )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:
Cerpen 'Dendam' ini mengisahkan hubungan kekeluargaan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu, Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.
Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.
Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.
Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk Angah kerana rasa terharu dan meyedari kasih sayang antara adik beradik.
Tema:
Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi Angah.
Persoalan:
1. Persoalan hubungan kekeluargaan.
- Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan kebencian kepada adik.
- Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku latihan sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang.
- Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.
Plot:
Permulaan
Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung Arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.
Perkembangan
Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukannya. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan, Along menghalau adiknya dari ruang tamu.
Klimaks
Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah disebatkan dengan tali pinggang oleh ayah.
Peleraian
Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatian.
Teknik Penceritaan:
1. Dialog.
Contoh:
- "Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along."
- "Angah cuma tengok saja ..."
2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.
3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?
Watak dan Perwatakan:
Along
- cepat meradang terutama kepada adiknya
- sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan
- membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan
- pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya
Angah
- gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along
- berwajah comel
- suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah
- wajahnya pucat apabila dimarahi
- buah hati ibu
Abah
- seorang yang tegas
- memukul adik dengan tali pinggang
Emak
- suka menyebelahi adik
- mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah
- bersikap garang dengan Along
Latar:
Masa
1. Malam.
- Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu.
2. Tengah hari.
- Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal Angah.
Tempat
1. Ruang tamu
- Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.
2. Di rumah.
- Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.
3. Di meja makan
- Contoh: Ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.
4. Di katil
- Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.
Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar.
- Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama. Juga buku latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.
2. Masyarakat Guru.
- Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik.
3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang.
- Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam menjatuhkan hukuman kepadanya.
Gaya Bahasa:
1. Sinkope
- Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. ( Singkatan kata ku ) Dan tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.
2. Kata Ganda
- Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayahmerunggut-runggut marah akan sesuatu.
3. Peribahasa
- Contoh: Berat sebelah, tebal muka, managih kasih.
4. Metafora
- Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.
Personifikasi
- Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.
Antomomisia ( memperlihatkan sifat seseorang )
- Contoh: Hantu Kecil
Totologi ( Perulangan untuk penegasan )
- Contoh: Benci. Aku benci
Nilai:
1. Nilai kasih sayang
- Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.
2. Nilai berdikari
- Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi
- Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat-menghormati
- Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran
- Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehingga sanggup menampar pipi adiknya.
Pengajaran:
- Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita. Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.
- Kita janganlah mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.
- Kita janganlah memperbesar perkara-perkara yang kecil. Contoh: Perkara macam itu pun engkau besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.
- Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat kali pertama ini aku memeluk dan mengucupinya.
- Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.
Cerpen - Maaf Kupinta
CERPEN: MAAF KUPINTA
( Rejab FI )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:
Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat menngongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.
Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.
Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.
Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Dia juga turut menunjuk ajar adiknya dalan pelajaran.
Tema:
Menghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa depan. Fauzi akhirnya menghargai apa yang dibuat oleh ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada mulanya dia memberontak.
Persoalan:
- Persoalan persahabatan: Contohnya, Syahir dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-sama.
- Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak: Contohnya, Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi.
- Persoalan ketegasan semasa mendidik: Contohnya, Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan.
Plot:
Permulaan
Pengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak dapat melelapkan matanya kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan rancangan yang telah diaturnya. Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum tidur walaupun hari telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia teringat punca dia tinggal di asrama sekolah. Bukan kerana pencapaiannya dan kemiskinannya tetapi ada sebab lain mengapa dia tinggal di asrama.
Perkembangan
Fauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia terdengar ayah tirinya berbual dengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama. Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat malam dan juga tidak dibenarkan menonton rancangan yang tidak berfaedah. Saban hari ayah tirinya akan bertanya kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja pulang dari sawah. Suatu ketika Fauzi terjatuh dan kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke rumah neneknya yang berada empat kilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur bapa tirinya kerana kasar dalam mendidik Fauzi.
Klimaks
Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya selama ini. Fauzi sedar akan tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini. Ayah tirinya cuba menyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk menyebabkan kepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan perasaannya kepada keluarganya tercapai.
Peleraian
Fauzi memenuhi cuti sekolahnya dengan membantu keluarganya di sawah. Dia juga akan turun ke laut mengikut ayah tirinya. Di samping itu, Fauzi menolong adik-adiknya dalam pelajaran. Kini Fauzi mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.
Teknik Penceritaan
- Monolog dalaman: Contohnya, "Benar kata-kata Syahir itu?" Fauzi berkata-kata sendirian.
- Dialog: Contoh, "Emak kamu tahukah kamu di sini?" Nenek Sapiah melepaskan keluhan kesal.
- Imbas kembali: Contohnya, Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung.
- Imbas muka: Contohnya, Fauzi membayangkan perkara yang akan dilakukannya apabila pulang bercuti.
- Pemerian: Contohnya, Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah. Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh pemandangan malam itu.
Watak dan Perwatakan:
Fauzi
- tinggal di Asrama A
- mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri
- mempunyai seorang sahabat yang bernama Syahir
- ayahnya meninggal dunia akibat penyakit barah
- mempunyai seorang nenek bernama Sapiah
- memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya
- pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan
- pintar dalam pelajaran
- terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama
Ayah Tiri
- ayah tiri Fauzi dan sangat menyayanginya
- memberi wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama
- baik kepada anak tirinya
- tegas dalam mendidik anak
- sering memberikan wang saku kepada Fauzi
Ibu
- suka mengawal pergerakan anaknya
- kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tiri mendidik Fauzi
- selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di asrama.
Latar:
Masa
- Waktu malam. Contohnya, ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual sebelum tidur.
- Waktu pagi. Contohnya, Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke kampung.
- Cuti sekolah akhir tahun. Contohnya, Fauzi pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti.
- Lima minggu. Contohnya, jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun.
Tempat
- Rumah. Contohnya, Fauzi menonton televisyen.
- Asrama A. Contohnya, Fauzi tinggal di Asrama A.
- Rumah Nenek Sapiah. Contohnya, Fauzi lari ke rumah neneknya ketika menghadapi masalah dengan keluarganya.
- Stesen bas. Contohnya, Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke kampung.
- Sekolah. Contohnya, Ayah tiri dan ibunya datang ke asrama untuk melawat Fauzi.
Masyarakat
- Masyarakat pelajar. Contohnya Fauzi dan Syahir merupakan pelajar sebuah sekolah menengah dan tinggal di Asrama A.
- Masyarakat petani. Contohnya, Ayah tiri Fauzi merupakan seorang petani yang mengerjakan sawah.
- Masyarakat pendidik. Contohnya, Cikgu Zainuddin merupakan seorang guru kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama.
- Masyarakat yang bersifat prihatin. Contohnya, Ayah tiri Fauzi sangat prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan selalu bertanya dengan siapa dia berkawan.
- Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Contohnya, Ayah tiri Fauzi selalu bertanya tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi.
Gaya Bahasa
- Kata ganda. Contohnya, berbalam-balam. buku-buku, kegiatan-kegiatan, kawan-kawan, kerja-kerja.
- Sinkope. Contohnya, Ayahku tidak seperti ayahmu.
- Hiperbola. Contohnya, Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam.
- Peribahasa. Contohnya, Buah tangan.
Nilai
- Nilai berdikari. Contohnya, Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di asrama A.
- Nilai kerajinan. Contohnya, Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut untuk mencari rezeki untuk keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama.
- Nilai kasih sayang. Contohnya, Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi.
- Nilai kesyukuran. Contohnya, Fauzi bersyukur kerana dia sedar daripada kesilapannya yang bersikap buruk sangka terhadap ayah tirinya.
- Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Fauzi sangat menghormati ayah tirinya.
Pengajaran
- Kita hendaklah taat kepada kedua-dua orang tua kita. Contohnya, Fauzi taat kepada ayah tirinya walaupun ayah tirinya bersikap tegas terhadapnya.
- Kita perlu berbincang dalam membuat satu keputusan penting. Contohnya, Ayah tiri dan ibu Fauzi telah berbincang sebelum menghantar Fauzi ke asrama.
- Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita. Contohnya Fauzi sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
- Kita hendaklah menolong orang ketika berada dalam kesusahan. Contohnya, Cikgu Zainuddin menolong Fauzi untuk mendapat tempat tinggal di asrama.
- Kita hendaklah meminta maaf apabila elakukan kesalahan. Contohnya, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya atas kesalahannya
8 July 2013
Nilai & Pengajaran - Wira Persona Avatari
NILAI
Nilai kasih sayang.
|
Contoh: Anas sangat menyayangi adiknya, Aina
|
Nilai kegigihan.
|
Contoh: Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
|
Nilai keberanian
|
Contoh: Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.
|
Nilai kesabaran
|
Contoh: Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.
|
Nilai keinsafan
|
Contoh: Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.
|
Nilai bertanggungjawab
|
Contoh: Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.
|
PENGAJARAN
Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat
|
Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
| |
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat
|
Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
| |
Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama
|
Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.
| |
Kita tidak harus Mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita
|
Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.
| |
Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan
|
Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
|
2 July 2013
Cerpen Warkah Daripada Ibu
Cerpen: WARKAH DARIPADA IBU
( Rohani Deraman )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
Sinopsis:
Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun nenek telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali tempat di kampung neneknya itu. Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulang kaji pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.
Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu bapa Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat daripa ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir. Mira baru faham akan tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira.
Tema:
Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa hadapan. Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke kampung untuk tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar.
Persoalan:
1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
- Contoh: Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak-anak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.
2. Persoalan kesediaan anak melepaskan kemewahan yang dikecapi.
- Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.
3. Persoalan masalah sosial di bandar.
- Contoh: Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.
4. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama.
- Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira diminta oleh nenek memakai tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.
Plot:
Permulaan
Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan kepadanya.
Perkembangan
Mira dan keluarganya telah bersiap-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidur bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira. Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mula bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulang kaji pelajaran.
Klimaks
Mira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adiknya ke kampung kerana bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadi anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.
Peleraian
Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya dan adik-adiknya tinggal di kampung.
Teknik Penceritaan:
1. Dialog
Contoh: "Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di kampung pada hujung bulan ini," tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada suatu hari. ( m.s:60 )
2. Deskriptif ( Pemerian )
Contoh: Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia dengan ayah. ( m/s 61 )
3. Monolog Dalaman
Contoh: Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan berbagai-bagai pertanyaan. ( m/s 1 )
Watak dan Perwatakan:
Watak Utama
Amira
- Anak sulung daripada tiga beradik.
- Kakak kepada Aidil dan Manja.
- Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.
- Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.
- Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
Watak Sampingan
Ibu
- Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.
- Seorang yang lemah lembut.
- Setia kepada suami.
- Merupakan anak tunggal.
- Seorang ibu yang penyayang.
Ayah
- Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.
- Seorang yang memahami perasaan isteri.
- Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.
- Seorang bapa yang penyayang.
Latar:
Masa
1. Waktu malam
- Ketika Mira dan ahli keluarga bermalam di rumah datuk dan neneknya.
2. Waktu siang
- Hari ketika ibu Mira bersama-sama anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Selain itu, semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.
3. Waktu senja
- Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.
Tempat
1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu.
- Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
2. Di rumah datuk dan nenek Mira.
- Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya.
3. Di kedai Pak Uda Usop.
- Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.
Masyarakat
1. Masyarakat Bandar.
- Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibi Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.
2. Masyarakat Kampung.
- Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.
Gaya Bahasa:
1. Sinkope
- Cobtoh: bu ( ibu ), tak ( tidak ), nek ( nenek ), nak ( hendak )
2. Metafora
- Contoh: Sembili rindu ( m/s 64 )
3. Diksi
- Contoh: Bahasa Arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam ( m/s 63 )
4. Peribahasa
- Contoh: Tidur-tidur ayam ( m/s 62 ), makan angin (m/s 61 )
Nilai
1. Nilai kasih sayang
- Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.
2. Nilai pengorbanan
- Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham betapa besarnya pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.
3. Nilai kepatuhan
- Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.
Pengajaran
- Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi.
- Kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan.
- Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.
Teknik Plot - Wira Persona Avatari
Teknik Plot
|
Teknik pemerian
|
Pengarang memerihalkan persona Badang yang
|
digunakan oleh pasukan Za mrud II dalam
|
pertandingan Avata ri. Contohnya:
|
Pasukan Zamrud II menggunakan pers ona
|
Badang untuk mewakili mereka dalam sar ingan
|
pertama. Badang, watak wira dalam Sejarah
|
Melayu, difikirkan watak paling s esuai untuk
|
melambangkan aspirasi pasukan mereka. E mpat
|
buah avatar yang sama rupa itu sah berjaya
|
memasuki ruang siber. Hanya nombor satu hingga empat di baju mereka yang
|
membezakan mereka.
|
(hal. 111)
|
Teknik dialog
|
Terdapat banyak dialog antara watak-wata knya. Contohnya:
|
³Hah, bagaimana, nak datang petang ni?´ gesa Aina apabila melihat
|
kawannya masih diam.
|
³Baiklah, Zu datang. Di mana kita nak jumpa?´
|
³Zu datanglah ke rumah Aina. Kita pergi bersama-sama dengan Abang
|
Anas.´
|
³Setuju?´
|
³Tentu sekali
|
setuju!´
|
(hal.86)
|
Teknik imbas kembali
|
Ada beberapa peristiwa yang disorot kembali oleh pengarang.Antaranya
|
termasuklah Aina membayangkan semula peristiwa sebelumnya bagaimana dia
|
menyertai Avatari.Contohnya:
|
Aina yang masi
|
di pangku i
|
unya tidak dapat berkata apa -apa. Matanya
|
¡
|
¢
|
berpinar-pinar dan keadaan sekeliling semakin gelap dirasakan. Antara
|
separuh sedar itu, fikirannya melayang -layang memikirkan kenapa dia sanggup
|
menentang ibunya dan memasuki pertandingan itu? Mindanya yang semakin
|
lemah itu cuna juga mencari jawapan.
|
(hal.19)
|
Teknik imbas muka
|
a) Ketika peringkat akhir Avatari, pasukan Rusia memilih untuk mengubah
|
sejarah menggunakan mesin masa dengan membunuh Rasulullah. Anas
|
berfikir sekiranya pasukan Rusia menang Avatari, mereka dapat memenangi
|
kemenangan moral terhadap panganut Islam.
|
b) Aina mengajak Zuriani mengajak menyertai Zamrud II sebagai ahli simpanan.
|
Dia mengatakan kepada Zuriani bahawa ahli yang bertanding akan dipilih
|
kemudian. Zuriani akhirnya menggantik an tempat Aina yang ditembak pada
|
peringkat terakhir Avatari.
|
Teknik suspens/saspens
|
a) Pembaca ingin tahu mengapa Zamrud II yang memenangi Avatari walaupun
|
mereka tidak memenuhi kehendak arahan.
|
b) Pembaca ternanti-nanti akan keadaan Aina setelah terjatuh ke dalam sebuah
|
lubang ketika peringkat kedua Avatari.
|
Teknik kejutan
|
a) Ketika peringkat kedua Avatari hendak bermula, Adeen tidak menyangka
|
bahawa salah satu cip mesin Avatari kumpulannya hilang. Mujurlah, Pak Cik
|
Tan membawa papan litar gentian dan cip yang sama ada pada papan litar
|
tersebut.
|
b) Semasa Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen, dia telah mengatakan
|
bahawa Anas sudah mencupnya. Anas dan Pauline terkejut tidak menyangka
|
Aina akan berkata sedemikian.
|
Teknik monolog
|
a) Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina.Contohnya:
|
³Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,´
|
kata Anas sendirian.
|
(hal. 37)
|
Teknik monolog dalaman
|
a) Semasa Aina membuat kerja seko lahnya, dia dipanggil oleh Zuriani.
|
Contohnya:
|
³Aina!´
|
Itu suara Zuriani, detik hati Aina.
|
(hal.9)
|
b) Pauline memikirkan akan kata -kata Anas untuk mengajak Anjali menjadi ahli
|
pasukan kelima Zamrud II. Contohnya:
|
Ahli kelima? bisik hati kecilnya.
|
(hal. 81)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)