4 October 2019

Sintaksis Ayat

Prognosis Sintaksis

1. memberi-siapa
memberikan-apa

Ayah memberi adik sebuah buku catatan.
Ayah memberikan sebuah buku catatan.

2. menghadiahi-siapa
menghadiahkan-apa

Ayah menghadiahi adik sebuah buku catatan.
Ayah menghadiahian sebuah buku cataan kepada adik.

3. menjalani-apa
menjalankan-apa

Cikgu Ravi menjalani bengkel tatabahasa itu.(mengikuti)
Cikgu Ravi menjalankan bengkel tatabahasa itu.(mengendalikan)

4. apa- memagari-apa
siapa-memagarkan-apa

Kawat berduri memagari kawasan kebun Pak Cik Ali.

Pak Cik Ali memagarkan kawasan kebunnya dengan kawat berduri.

5. apa-menghiasi-apa
siapa-menghias-apa

Potret panorama gunung menghiasi ruang tamu Mak Timah.

Mak Timah menghias ruang tamunya dengan potret panorama gunung.

6. menasihati-siapa
menasihatkan-apa

Pak Ali menasihati anak-anak buahnya supaya senantiasa bersendel bahu ketika melakukan tugasan.

Pak Ali menasihatkan bahawa amalan bersendel bahu senantiasa perlu diutamakan ketika melakukan tugasan kepada anak-anak buahnya.

rujukan - Telegram Cakna Bahasa Melayu

No comments:

Post a Comment