5 April 2020

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA (TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF)

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.

Kata kerja terdiri daripada :
1.Kata kerja transitif
2.Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat :

Kakak suka menonton drama.

(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud ayat ini lengkap)

Emak sedang menjahit baju.

(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini lengkap)
Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:

Bentuk Kata Kerja Transitif
Contoh
Contoh ayat
Kata kerja berawalan ter-
Terlanggar, termakan, terpijak
Ibu termakan coklat adik.
Kata kerja berawalan meN-
Mencuci, menendang, memandu
Adik menendang bola di padang.
Kata kerja berapitan meN…-i
Menaiki,mendekati,
Amir menaiki bas ke sekolah.
Kata kerja berapitan meN…._kan
Mengemaskan, memasukkan
Profesor Ali mengemukakan idea yang bernas.
Kata kerja berawalan memper-
Memperbuat, memperlebar
Buruh-buruh itu sedang memperlebarkan jalan raya.
Kata kerja berapitan memper-….-i
Memperbaiki, mempelajari
Dia mempelajari bahasa asing.
Kata kerja berapitan memper-….-kan
Memperkanalkan, mempertemukan
Dia cuba mempertemukan ibu dan anak yang sudah lama terpisah itu.

KATA KERJA TAK TRANSITIF

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

Ayat contoh :
Ayah sedang rehat.
(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebagai pelengkapnya)
Terdapat beberapa bentuk kata kerja :

Bentuk kata kerja Tak transitif
Contoh
Contoh ayat
Kata kerja tanpa imbuhan
Duduk, mandi ,tidur
Dia asyik mandi dari tadi.
Kata kerja berawalan beR-
Berjalan, bersenam
Adik berjalan menuju ke kantin.
Kata kerja berawalan meN-
Menyanyi, menangis
Lili menyanyi sambil menari.
Kata kerja berawalan teR-
Tersenyum, termenung
Wei Mun termenung memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan ber-….-an
Bersalaman, berpelukan
Mereka berpelukan sebaik saja bertemu.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Contoh ayat :
Mereka berdua asyik berbual.

Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan

Contoh ayat :
 Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.


Kata kerja tak transitif berpelengkap.

Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.

Contoh ayat:

1.Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )

2.Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )

3.Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )

SUMBER : LINK 

No comments:

Post a Comment