2 February 2016

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
1 subjek
1 predikat
Saya
sakit
Rumah Ali
cantik
Ahmad
tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk
Kata hubung
Ayat tunggal
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.
dan
(a)      Suhaili  suka makan nasi lemak.
(b)      Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu rumah Fazli.
Yang
(a)      Rumah itu besar.
(b)      Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
bahawa
(a)      Dia memberitahu.
(b)      Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.
Apabila
(a)      Dia akan balik ke kampung.
(b)      Dia ada masa lapang.

Latihan :
(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.
1.     Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.                                   sambil
________________________________________
2.    Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             dan
_________________________________________
3.    Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk
_________________________________________
4.    Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.                                       yang
_________________________________________
5.    Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila
_________________________________________
6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  tetapi
_________________________________________
7.  Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  sebelum
__________________________________________
8.  Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang.                              kerana
__________________________________________
9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat.                                             walaupun
__________________________________________