Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya seekor saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih dengan keadaannya itu dan memohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman kepada Sang Memerang.
Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka terhadap Sang Memerang suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan mengakui akan kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-anak dan kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang Memerang.
1. Tema
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.
Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang Sebarau. Sebagai balasannya, dengan takdir Allah Subhanahuwataala, an anak Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang perang yang dilakukan oleh Sang Bubut.
2. Persoalan
(a) Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain.
Contohnya, Sang Memerang telah makan semua anak Sang Sebarau sehingga hanya Sang Sebarau yang tinggal dalam keadaan bersusah hati.
(b) Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa.
Contohnya, Sang Memerang membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa, iaitu Nabi Allah Sulaiman tentang peristiwa kematian anak-anaknya disebabkan perbuatan Syah Alam di Rimba.
(c) Pengadilan memerlukan saksi.
Contohnya, Nabi Allah Sulaiman memanggil semua rakyat yang terlibat dengan hal yang menyebabkan kematian anak-anak Sang Memerang.
(d) Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba bijak mencari jalan penyelesaian untuk memberikan kesedaran kepada Sang Memerang.
(e) Bercakap benar di hadapan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.
(f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.
3. Plot
3.1 PERMULAAN
Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar bunyi paluan gendang perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang terbunuh. Ibu bapa memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati.
3.2 PERKEMBANGAN
Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak mereka akibat perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri Syah Alam di Rimba untuk mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk mencari punca yang sebenarnya.
3.3 KLIMAKS
Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahat pasangan memerang terhadap kaum keluarganya. Nabi Sulaiman berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.
3.4 PELERAIAN
Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya, Nabi Sulaiman memberi kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.
4. Teknik Plot
(a)Dialog.
Contohnya, • "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?" [hlm. 35] • "Hai Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan." [hlm. 38] •
(b)Monolog dalaman.
Contohnya, • Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan memerang ini, selalu saja ia membuat aniaya atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia." [hlm. 36]
(c) Pemerian.
Contohnya, • Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang ternpat memerang, ada anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]
5. Latar
5.1 Latar Ternpat
(a) Hutan rimba.
Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah pemerintahannya.
(b) Lubang.
Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
(c) Kota istana.
Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
(d) Lubuk.
Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam lubuk.
6.2 Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman dahulu.
(b) Siang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.
(c) Petang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu petang.
(d) Malam.
Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.
6.3 Latar Masyarakat
(a) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
(b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib yang menimpa ikan-ikan tersebut.
c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.
(d) Masyarakat yang patuh akan pemerintah.
Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
(e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.
(f) Masyarakat yang cepat bertindak.
Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang lain untuk datang menghadap baginda.
(g) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri.
Contohnya, mak dan bapa memerang telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang dilakukan di hadapan Nabi Allah Sulaiman.
(h) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.
6. Watak dan Perwatakan
7.1 Pelanduk atau Syah Alam di Rimba
(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana kebijaksanaannya.
(c) Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
(d) Pandai bersilat.
(e) Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat akan kehidupan rakyatnya.
(f) Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.
(g) Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang masalah.
(h) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.
7.2 Memerang atau Sang Memerang
(a) Mempunyai tujuh orang anak.
(b) Menjadikan ikan sebagai makanan.
(b) Tamak terutamanya dalam hal makanan.
(c) Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan untuk anak-anak.
(d) Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.
(e) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
(f) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
7.3 Nabi Allah Sulaiman
(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang.
(b) Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
(c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
(e) Pemerintah yang adil.
(f) Tegas dalam membuat keputusan.
7. Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Ayat pendek
|
Seketika lagi hari pun siang
|
Ayat panjang
|
Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu.
|
Penggunaan bahasa Arab
|
Allah Subhanahuwataala
|
Penggunaan bahasa istana
|
bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah • tuanku • beta
|
Penggunaan bahasa klasik
|
• Hatta
|
Sinkope
|
Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;
|
Repetisi
|
Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu,
|
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Ayat pendek
|
Seketika lagi hari pun siang
|
Ayat panjang
|
Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu.
|
Penggunaan bahasa Arab
|
Allah Subhanahuwataala
|
Penggunaan bahasa istana
|
bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah • tuanku • beta
|
Penggunaan bahasa klasik
|
• Hatta
|
Sinkope
|
Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;
|
Repetisi
|
Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu,
|
8. Nilai dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai prihatin
|
Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat
|
Nilai patuh akan pemimpin
|
Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah
|
Nilai keadilan
|
Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil
|
Nilai bertanggungjawab
|
Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
|
Nilai kejujuran
|
Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.
|