Showing posts with label Syair Ting2. Show all posts
Showing posts with label Syair Ting2. Show all posts

26 February 2015

SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH) - ABU HASSAN SHAM



Analisis Teks Syair

Syair
Maksud
Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajika ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.


Nasihat  yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.


Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajinpada bekerja.

Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.


Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.

Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.


Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.


Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.


Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan.


Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.

Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang salah.


Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.



Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.




Gambar sekadar hiasan
Remaja hari ini adalah pemimpin masa depan

Tema : Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

Persoalan:

·         Kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan.
·         Keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin.
·         Ajaran betul dan ajaran songsang yang telah diwartakan.
·         Hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri.

Bentuk:

·         Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap.
·         Setiap rangkap mengandungi empat baris.
·         Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris
·         Rima akhir tetap iaitu ’a,a,a,a’.


Gaya Bahasa
Contoh
Inversi
Menuntut ilmu janganlah segan, (R4,B1)
Simile
Seperti air di dalam gelas. (R3,B4)
Kata Ganda
Jika sebarang-barang diramu, (R6,B3)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Jika anakandmenjadi raja(R2,B2)
Aliterasi
Amalkan jangan malas dan ngeri.(R1,B4)

Nilai:

·         Mendengar nasihat: Mendengar nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan masa hadapan.
·         Kerajinan: Rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan.
·         Keadillan: Seorang pemimpin perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
·         Keikhlasan: Kerja kebajikan perlu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

Pengajaran:

·         Kita mestilah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati.
·         Kita perlulah menyiasat sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman.
·         Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang tindakan.
·         Kita haruslah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.

rujukan : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/syair-nasihat-penghujung-thamarat-al.html

17 April 2014

SYAIR PERANG SAUDARA DI PAHANG

SYAIR PERANG SAUDARA DI PAHANG - MOHD YUSOF M NOR & DR. ABD. RAHMAN KAER


Syair
Maksud
Kisah nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.

Permulaan kisah perang iaitu kisah perang saudara di Pahang.
Putera laki-lakiyang tuanya,
Ialah memangku paduka ayahandanya,
Perintah negeri terserah kepadanya,
Bendahara Tun Tahir kononnamanya.

Pemangku sultan merupakan putera sulung yang memerintah negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir.
Encik Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera yang tengah raja berida,
Lima orang laki-laki padukan anakanda,
Sikapnya elok lakunya syahda.

Putera yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang baik.
Selang tiada berapa lama,
Encik Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi belayar ke Singapura,
Sambil menghibur hati yang lara.

Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil menghiburkan hatinya yang lara.
Pelayaran tiada berapa lamanya,
Sampailah sudah konon dianya,
Di Kampung Gelam tempat berhentinya,
Di dalam kota tempat berhentinya.

Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung Gelam dan singgah di tempat tersebut.
Duduk bersama putera Sultan,
Tengku Jafar namanya tuan,
Itulah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.

Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan.
Serta beriringan teman dan kawan,
Ramai menghantar handai dan taulan,
Seketika sampai di dalam kenaikan,
Lalu kembali mereka sekalian.

Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan untuk kembali ke negerinya.
Sauh pun dibongkar dengan segera,
Belayarlah sudah muda perwira,
Ke sebelah barat mencari kira,
Pergi Kemaman kononnya cetera.

Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman.
Kata orang empunya madah,
Ke dalam Kemaman sampailah sudah,
Di situlah berhenti muda yang indah,
Sultan Terengganu punya perintah.

Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan Terengganu memerintah.
Tiada berapa lama antara,
Sampai di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah pakatan dengan segera,
Hendak melanggar Pahang segera.


Mereka membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.

Tema:
Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang.

Persoalan:
·         Peperangan tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan.
·         Hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan.
·         Golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.

Bentuk:
·         Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
·         Setiap rangkap mengandungi empat baris.
·         Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris.
·         Rima akhir tetap  iaitu ’a,a,a,a’.

Gaya Bahasa
Contoh
Kata Ganda
Putera laki-laki yang tuanya,(R2,B1)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Kisah nan tidak hamba panjangkan,(R1,B1)
Aliterasi
Ini sekadar sahaya ringkaskan, (R1,B4)


Nilai:

·         Setiakawan: Tengku Jaafar yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti dengan baginda.
·         Keberanian: Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang.
·         Kesetiaan: Setia mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul pakatan menyerang Pahang.


Pengajaran:

·         Kita perlulah mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman.
·         Kita haruslah merantau untuk mencari pengalaman hidup.
·         Kita mestilah pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.

ssumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/syair-perang-saudara-di-pahang-mohd.html