Showing posts with label Pantun Ting 2. Show all posts
Showing posts with label Pantun Ting 2. Show all posts

19 March 2014

Latihan Pantun 4 kerat Agama

Latihan pada hari Selasa 18/3/2014

Pantun 4 kerat Agama

Jawab semua soalan dibawah.





1.      Huraikan dua nilai yang wujud dalam Pantun Agama ini.

2.   Senaraikan 3 jenis amalan untuk mengamalkan agama bagi sesuatu kaum.







3.      Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh menilai seseorang itu daripada luaran sahaja.

** Jawab dan salin soalan dalam buku latihan KOMSAS.

10 February 2014

Pantun Dua Kerat (Nasihat) -

Pantun Dua Kerat (Nasihat) - 

Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari

Analisis Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Pantun
Maksud
Gaharu, cengal, giam,
      Tak tahu, tak kenal, diam. 
Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.
Jika ada padi berhampalah,
       Jika ada hati berasalah.
Orang yang berasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.
Sakit pandan tak tahukan duri,
        Sakit badan tak tahukan diri.  
Orang yang tidak  insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya.
Dengar cakap enggang makan buah belolok,
       Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.
Ada beras taruh dalam padi,
        Ada ingat taruh dalam hati.
Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.
Mahal imam, murahlah khatib,
        Mahal demam, murahlah sakit.
Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.
Diam itu emas, sedangkan berkata-kata itu perak.
Tema:Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi
segala cabaran dalam kehidupan.
Persoalan:
·         Suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.
·         Perasaan yang mudah tersentuh.
·         Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.
Bentuk:
·         Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.
·         Pantun ini merupakan pantun dua kerat yang terdiri daripada
sebaris pembayang dan sebaris maksud.
·         Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap.
·         Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.
·         Rima pantun ialah ’aa’ tetapi baris akhir sekali berbeza kerana mempunyai
rima akhir ’ab’.
Gaya Bahasa
Contoh
Repitasi
Tak tahu, tak kenal, diam.  (R1,B2)
Sinkope
Sakit pandan tak tahukan duri. (R3,B1)
Anafora
Jika ada padi berhampalah,
                     Jika ada hati berasalah. (R2)
Responsi
Ada beras taruh dalam padi,
                    Ada ingat taruh dalam hati. (R4)
Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Mahal imam, murahlah khatib, (R6,B1)
Aliterasi
Mahal demam, murahlah sakit. (R6,B2)
Gambar sekadar hiasan
Nilai:
·         Rasional: Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah
difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya.
·         Keinsafan: Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi
kesilapan yang telah dilakukan.
·         Merendah diri: Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.
Pengajaran:
·         Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara.
·         Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain.
·         Kita janganlah terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang.
·         Kita mestilah beringat sebelum mendapat kesusahan.

sumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/pantun-dua-kerat-nasihat-anwar-ridhwan.html

 

21 January 2014

Pantun Empat Kerat Agama

Analisis Teks

Pantun
Maksud
Kemuning daunnya lampai,
Tumbuh di pusara paduka tuan,
Di atas dunia kau tak sampai,
Di dalam syurga bernantian.
Sekiranya kita tidak mengerjakan suruhan Tuhan di dunia, di akhirat nanti kita tidak akan mendapat ganjarannya.
Halia ini tanam-tanaman,
Di barat saja akan tumbuhnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
Dunia bukanlah tempat yang kekal bagi semua makhluk, akhirat jualah tempat yang abadi.
Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail,
Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.
Orang alim juga tidak lepas dari berbuat dosa, apatah lagi kita orang biasa. Sudah tentu banyak berbuat dosa.
Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang,
Menangis mayat di pintu kubur.
Teringat badan tidak sembahyang.
Kita akan menyesal pada kemudian hari jika tidak mengerjakan ibadah sembahyang.
Buat serunai batang padi,
Bunyi lagu seri pualam,
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.
Pakaian tidak melambangkan darjah kealiman seseorang tetapi melalui amalannya.
Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah,
Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
                      
Kita hendaklah sentiasa mengikuti ajaran atau perintah Allah bukanlah mengikut kehendak hati sendiri.
Dunia adalah ladang Akhirat

Tema:Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari.
Persoalan:
  • Taat akan hukum agama akan menjamin kehidupan bahagia di akhirat nanti.
  • Kejahilan manusia yang tidak tahu akan hukum-hakam agama.
  • Penampilan fizikal tidak melambangkan keperibadian dan tahap keimanan seseorang.
Bentuk:
  • Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam rangkap.
  • Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.
  • Setiap rangkap mengandungi empat baris.
  • Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat patah perkataan.
  • Rima akhirnya tetap iaitu ’a,b,a,b’.
Gaya Bahasa
Contoh
Repitasi
Asam kandis asam gelugur, (R4,B1)
Sinkope
Di atas dunia kau tak sampai, (R1,B3)
Di barat saja akan tumbuhnya, (R2,B2)
Hiperbola
Menangis mayat di pintu kubur. (R4,B3)
Kata Ganda
Halia ini tanam-tanaman, (R2,B1)
Dunia ini pinjam-pinjaman, (R2,B3)
Ketiga asam si riang-riang, (R4,B2)
Papan di Jawa dibelah-belah, (R6,B2)
Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Teritip di tepi kota, (R3,B1)
Aliterasi
Kemuning daunnya lampai, (R1,B1)
Indahnya hidup bersyariat

Nilai:
·         Keinsafan: Terdapat pada rangkap kedua (Baris 3 dan 4)
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya
·         Kesederhanaan: Terdapat pada rangkap kelima (Baris 3 dan 4)
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.
Pengajaran:
  • Kita janganlah terlalu menurut kata hati.
  • Kita janganlah menilai seseorang itu dari luaran sahaja.
  • Kita perlulah beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja.
  • Kita mestilah mengerjakan solat supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
  • Kita haruslah memelihara amalan hidup di dunia.
sumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/pantun-empat-kerat-agama-mohd-yusof-md.html

Pantun Empat Kerat Muhibah dan Perpaduan

Analisis Teks Pantun

Pantun
Maksud
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan rakyatnya perlu mengamalkan cara hidup muhibah.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
Dalam semua urusan, rakyat hidup bersatu padu dan bergotong-royong berkat hidup bekerjasama.
Tuan Puteri dari kayangan,
        Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
       Untuk membina bangsa yang padu.
Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat Malaysia
membentuk menjadi bangsa yang bersatu padu.
Enak nian air kelapa,
        Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
        Kebudayaan nasional mereka banggai.
Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan cara hidup.
Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional
diamalkan.
Tema:Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat berbilang bangsa.

Persoalan:
  •   Amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.
  • Cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya.
  • Amalan bekerjasama dan bergotong royong dapat memudahkan segala urusan.
  • Kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu.
  • Kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.


Gambar sebagai hiasan : Aktiviti bergotong-royong memasak
"Bersendiri, terlalu sedikit untuk dilakukan. Bersama, banyak perkara boleh dilakukan" 

Bentuk:
·         Terdiri daripada lima rangkap.
·         Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.
·         Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap
·         Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
·         Rima akhir tetap ‘a,b,a,b’.


Gambar sekadar hiasan : tolong-menolong
"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing."

Gaya Bahasa
Contoh
Repitasi
Masak dipetik satu per satu; (R2,B2)
Simile
Senyuman manis seperti madu; (R4,B2)
Hiperbola
Mengairi sawah beratus relung; (R3,B2)
Anafora
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
(R5,B3 – 4)
Responsi
Ada beras taruh dalam padi,
                    Ada ingat taruh dalam hati. (R4)
Kata Ganda
Tanda bersatu bergotong-royong. (R3,B4)
Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Petang hari pergi ke pekan, (R1,B1)
Aliterasi
Walaupun berlainan bangsa budaya, (R2,B3)
Nilai:
·            Bekerjasama: Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong.
·            Hormat-menghormati: Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya masing-masing.
·            Semangat bermasyarakat: Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup bermasyarakat.
·            Patriotisme: Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan   tempatan.
Pengajaran:
·                     Kita mestilah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
·                     Kita perlulah hidup bersatupadu agar keharmonian negara dapat dikekalkan.
·                     Kita hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi tanpa mengira bangsa.



sumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/pantun-empat-kerat-muhibah-dan.html