- Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja (tulis di bahagian bawah sebelah kanan).
- 1 perenggan sahaja. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
- Jumlah isi - 5-6 isi sahaja.
- Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan
- Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
- Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Seterusnya, Akhir sekali).
- Pengiraan perkataan berikut - SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
- Kata nama khas - nama orang, tempat, judul buku dll
- Kata sendi - kepada, daripada, ke, dari.
- Kata hubung - biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
- Penanda wacana - Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
- Kata ganda - murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
- Kata majmuk - beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
- Peribahasa/simpulan bahasa - anak emas, ulat buku, hati batu dll
- Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
- Pemarkahan ringkasan.Markah isi ( 10 markah ) - 1 isi = 2 markah.Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
- Kelemahan pelajar membuat ringkasan
- Bahasa kurang lancar.
- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
- Melebihi 80 patah perkataan.
- Isi kurang.
- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.
Contoh penulisan ringkasan :Pastikan anda faham kata kunci soalan iaitu:
1. faktor/punca/sebab
2. kesan/implikasi/akibat
3. cara/langkah/strategi
4. kekangan/halangan/kerumitan/kesulitan/masalah
5. kebaikan/manfaat/faedah
6.keburukan
Contoh Ringkasan Berpandu : Punca gejala lepak
Antara punca gejala lepak ialah.........(jawapan 1) ............................... Seterusnya, ............(jawapan 2) ...................... Selain itu, ...............(jawapan 3) ......... Di samping itu, .............(jawapan 4).................. Akhir sekali, ...................(jawapan 5)................
Showing posts with label Ringkasan. Show all posts
Showing posts with label Ringkasan. Show all posts
3 May 2013
Teknik Menjawab Ringkasan
Subscribe to:
Posts (Atom)