Showing posts with label Sastera. Show all posts
Showing posts with label Sastera. Show all posts

23 July 2024

SELOKA - SANTAP ISTIADAT (TINGKATAN 3)


Seloka Seloka Santap Istiadat (Za’ba)




Seloka Santap Istiadat
Maksud
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.

Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.
Selesai santap nasi —
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan
Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.
Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua;
Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan
Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.

Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.
Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis  telah diamalkan sejak zaman dahulu.
Za'ba
Kalung Bunga Za'ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka



Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan
Nilai
Pengajaran
Persoalan adab sopan ketika makan
Sopan -santun
Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang makan.
Persoalaan keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera
Kepatuhan
Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan
Persoalan kesederhanaan ketika menjamu selera
kesederhanaan
Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Anafora
Santap beradat,
santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;

Repetisi
Santap beradat, santap istiadat,

Bahasa Istana
santap
Inversi
Bukan santap hendakkan kenyang,
Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang
Metafora
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Unsur Bunyi

Asonansi
(a)                       Perulangan vokal “a”

Kelima halwa juadah,

Aliterasi
(b)                      Perulangan konsonan “m”

Sampai ke mulut mamah perlahan,

Rima akhir
Rangkap 1: abacb
Rangkap 2: aaaabaa
Rangkap 3:aabcbc
Rangkap 5: ab

Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.

SOALAN PEMAHAMAN
Jawab soalan-soalan dibawah.

1. Mengapa kita disarankan agar makan dengan sopan tidak gelojoh?

2. Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang hendak disampaikan dalam seloka tersebut?

24 January 2019

BEBERAPA PETUA HIDUP



GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)

Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.

Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Sifat-sifat yang Baik
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bonda di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.

Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.

Perbuatan yang Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.

Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
                                                         Kalung Bunga Za’ba, 2008 , Dewan Bahasa dan  Pustaka

Maksud Gurindam GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
Rangkap 1
Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.

Rangkap 2
Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.

Rangkap 3
Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh memudaratkan hidup masyarakat.

Rangkap 4
Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar.

Rangkap 5
Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
Rangkap 6
Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.

Rangkap 7
Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang sesuai untuk diamalkan.

Rangkap 8
Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk menuntut ilmu.

Rangkap 9
Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.

Rangkap 10
Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang didampinginya.

Rangkap 11
Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.

Rangkap 12
Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan disanjung tinggi.

Rangkap 13
Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat melawan hati orang di sekelilingnya.

Rangkap 14
Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat bantuan dan pertolongan.

Rangkap 15
Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.
Rangkap 16
Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu sebelum menolong sesama manusia

Rangkap 17
Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.

Rangkap 18
Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia kerana Tuhan pasti akan melaknati orang yang berbiat demikian


Tema
Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari.  Nilai-nilai murni yang positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

Persoalan
1.      Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia.
2.      Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
3.      Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
4.      Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5.      Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6.      Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.
7.      Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

Bentuk Gurindam
1.      Gurindam “Beberapa Petua Hidup” ialah puisi terikiat/tidak bebas.
2.      Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
3.      Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.  Baris pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4.      Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris.
5.      Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata.
6.      Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1.      Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam ”Beberapa Petua Hidup” termasuklah :
a)     Kata arkaik (kata klasik).  Contohnya: upas
b)     Kata pinjaman bahasa Arab.  Contohnya: khianat; laknat
c)     Perulangan atau repetisi.  Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d)     Peribahasa.  Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
e)     Simile.  Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
f)       Metafora.  Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
g)     Inversi.  Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

2.      Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan termasuklah:
a)     Asonansi.  Contohnya:
                                     i.          Perulangan vokal a:  Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.

                                    ii.          Perulangan vokal i: Manusia dikenal sifat budinya
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.
b)     Aliterasi.  Contohnya:
                                     i.          Perulangan konsonan s: Supaya terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.
                                    ii.          Perulangan konsonan t: Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua kali.

Nilai
1.      Nilai kebijaksanaan.  Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.
2.      Nilai rasional.  Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
3.      Nilai kesopanan.  Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
4.      Nilai kerajinan.  Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
5.      Nilai mengenang jasa.  Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
6.      Nilai kerjasama.  Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
7.      Nilai baik hati.  Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
8.      Nilai setia kawan.  Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke arah kebaikan.

Pengajaran
1.      Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
2.      Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar.
3.      Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk mengelakkan sengketa. 
4.      Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.
5.      Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
6.      Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu sendiri berada dalam kesusahan.
7.      Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.

LATIHAN GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

(i)               Apakah maksud rangkap kedua gurindam di atas?                           [2 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(ii)             Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berwaspada ketika menuturkan kata-kata kepada seseorang?
Nyatakan tiga alasan anda.                                                                    [3 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii)           Jelaskan dua nilai murni yang terkandung dalam gurindam tersebut. [4 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________


17 January 2019

Soalan Novel Tirani - Keseluruhan

Latihan Novel

Sila jawab ke semua soalan di bawah 

  1. Secara umum, Novel Tirani mengisahkan tentang apa?
  2. Siapakah Waheeda?
  3. Mengapa Waheeda mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan plastik?
  4. Apa yang berlaku kepada Waheeda sehingga dia dikerjakan ke hospital?
  5. Nyatakan satu berita yang menggembirakan Waheeda?
  6. Senaraikan 2 pengajaran daripada sinopsis keseluruhan novel ini?
  7. Siapakah TIRANI?

16 January 2019

Istilah Sastera

Kenali Istilah Sastera

1.1 Sinopsis
1.     Sinopsis ialah suatu ringkasan keseluruhan cerita yang dibuat untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu cerita atau perkara dalam            sesebuah cerpen, drama, dan novel.

2.     Sinopsis sangat penting bagi pembaca untuk membuat penilaian tentang kekalutan cerita yang hendak disampaikan.


1.2 Tema dan Permikiran
1. Tema ialah idea dasar atau persoalan utama yang menjadi dasar penceritaan.

2. Tema dinyatakan secara langsung (eksplisit) dan secara tidak langsung (implisit). Tema akan diperoleh apabila seseorang itu membaca keseluruhan cerita dalam sesebuah karya.

3. Terdapat satu tema sahaja dalam sesebuah karya.

4. Pemikiran mempunyai maksud yang sama dengani tema, tetapi pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.


1.3 Persoalan
1.      Persoalan ialah sesuatu hal atau perkara kecil yang hendak diperkatakan dalam sesebuah genre sastera dan mempunyat kaitan dengan tema.

2.     Dalam sesebuah genre sastera, terdapat banyak persoalan yang hendak dipaparkan oleh penulis. Dalam novel, terdapat persoalan yang sangat banyak berbanding dengan cerpen. Kesimpulannya, semakin panjan sesebuah karya, semakin banyak persoalannya.

3.     Persoalan yang timbul dalam sesebuah karya adalah untuk menghidupkan dan memperkukuh tema.



1.4 Plot
1.      Plot ialah suatu susunan, jalinan, jalan cerita, atau peristiwa yang digambarkan dan diceritakan berdasarkan sebab dan akibat.

2.     Plot boleh dibina secara urutan (kronologi) dan tidak secara urutan (tidak kronologi). Plot terbahagi kepada dua, iaitu binaan plot dan teknik plot.

3.     Binaan plot ialah cara cerita itu disusun, mengikut bahagian, iaitu permulaan, perkembangan, klimaks, dan peleraian.

4.     Teknik plot pula dikenal sebagai teknik penceritaan, iaitu bagaimana cara atau kepelbagaian cara yang digunakan untuk mempersembahkan sesuatu cerita supaya menarik.

Teknik Plot
Huraian
Dialog
Pertuturan atau perbualan antara watak dalam sesebuah karya sastera.
Monolog
Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang atau watak bercakap secara bersendirian seperti dalam bentuk rayuan, ratapan, doa, dan kata-kata harapan.
Monolog
Dalaman
Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang watak. Keadaan ini menampakkan watak itu bertutur seorang diri dalam hatinya untuk menunjukkan adanya pergolakan jiwa, tekanan perasaan, dan kekalutan fikiran.
Imbas kembali
Suatu cara untuk mengenang kembali peristiwa atau kejadian yang telah berlaku. Peristiwa ini dikenang melalui cara dialog, monolog, monolog dalaman, dan pemerian.
Imbas
Muka
Suatu cara yang digunakan untuk memberikan gambaran awal atau ramalan dan kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku.
Pemerian
Untuk menyatakan, menceritakan, atau memberitahu sesuatu perkara dengan jelas atau secara langsung.
Laporan
Suatu teknik memberitahu sesuatu perkara, mengadukan sesuatu maklumat, atau menerangkan perkara.
Kolaj
Teknik yang memasukkan petikan surat, berita, puisi, dan lain-lain dalam sesebuah karya.
Kejutan
Unsur dalam sesuatu urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba dan dapat menimbulkan ketegangan perasaan.
Saspens
Sesuatu keadaan yang dapat menimbulkan kegelisahan, teruja, cemas, dan bimbang ketika menanti sesuatu berita atau menghampiri sesuatu klimaks. Teknik ini digunakan sebagai cara untuk menimbulkan keadaan tertanya-tanya
dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca bagi menarik minat mereka untuk meneruskan pembacaan hingga akhir cerita.




1.5 Watak dan Perwatakan

1.      Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, sama add manusia ataupun makhluk lain seperti haiwan atau tumbuhan.

2.     Perwatakan ialah pelukisan dan pernaparan atau penggambaran seseorang pelaku atau watak dalam sesebuah genre sastera.

3.     Gambaran pelaku ini dibuat secara luaran atau dalaman. Gambaran secara luaran adalah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah laku, manakala dalaman pula adalah seperti perasaan, sikap, dan pemikiran.

4.     Watak boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:
(a)   Watak utama - watak penting yang menggerakkan cerita dalam genre sastera. Watak ini difokuskan secara terperinci dalam cerita dan berkembang luas.
(b)  Watak sampingan - watak yang berperanan sebagai watak pembantu untuk menggerakkan jalan cerita. Peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya.
(c)   Watak dinamik - watak yang sentiasa berkembang dari segi aksi, pemikiran dan penonjolan serta keupayaannya.
(d)  Watak bundar (bulat) - watak yang bersifat rumit dan berkembang kerana mengalami pelbagai keadaan seperti konflik, suka, sedih tekanan, dan sebagainya.
(e)  Watak pipih - watak yang tidak rumit dan berkembang, tetapi sekadar sebagai penonjolan dalam sesuatu genre sastera untuk memegang satu aspek atau peranan.
(f)   Watak protagonis (putih) - watak yang bersifat baik atau mempunyai nilai murni.
(g)   Watak antagonis (hitam) - watak yang sentiasa berlawanan dan bersifat jahat.
(h)  Watak statik - watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.


1.6 Latar
1.      Latar ialah keterangan tentang keadaan masyarakat, tempat, dan masa terjadinya sesuatu peristiwa yang terdapat dalam sesuatu cerita.

2.     Latar sangat penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, tema, persoalan, dan plot.

3.     Latar masyarakat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, aksi, cara hidup, amalan, agama, pekerjaan, dan pemikiran masyarakat yang berada di sesuatu tempat dalam cerita. Binatang juga termasuk dalam latar masyarakat.

4.     Latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, peristiwa, ciri-ciri, dan sejarah di sesuatu tempat dalam cerita.
5.     Latar masa ialah semua jenis keterangan tentang masa sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita. Masa itu meliputi aspek saat, ketika, waktu, jam, zaman, musim, ataupun era.


1.7 Gaya Bahasa / Unsur Keindahan
1.      Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikansesuatu perkara, maklumat, persoalan, dan pemikiran dalam sesebuah karya sastera.

2.     Gaya bahasa merangkum semua aspek bahasa seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa, pembinaan ayat, dan sebagainya.

3.     Gaya bahasa sangat penting untuk menarik minat pembaca dan mewujudkan keindahan bahasa dalam sesuatu cerita.


Gaya Bahasa
Huraian
Pemilihan
diksi yang
menarik
Penggunaan kata-kata yang menarik, indah, kemas, dan kadang-kadang dapat meniupkan semangat remaja. Diksi yang baik terlihat pada pemilihan kata yang tepat, penggunaan kata yang munasabah, serta penggunaan kata yang jelas dan khusus.

Penggunaan
Ayat yang
menarik
Cara ayat disusun dan dibina juga menarik dengan kepelbagaian ragam. Ada ayat yang pendek dan ayat yang panjang. Kadang-kadang diselitkan dengan ayat yang berunsur kiasan.

Personifikasi
Unsur  ini melambangkan perorangan atau memberikan sifat manusia kepada benda lain atau unsur alam. Unsur ini menjurus kepada suatu perlambangan benda yang tidak bernyawa sebagai sifat-sifat manusia.

Simile
Unsur ini merupakan suatu perumpamaan yang mengungkapkan kata perbandingan dengan menggunakan perkataan seperti, persis, laksana, bak, umpama, bagai, dan sebagainya.

Hiperbola
Penggunaan bahasa kiasan sebagai suatu perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan, membesar-besarkan, dan agak melampau.

Metafora
Perkataan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa. Unsur mi digunakan sebagai suatu perbandingan atau kiasan secara terus atau secara langsung tanpa menggunakan kata seperti, bak, bagai, dan sebagainya.

Peribahasa
Terdiri daripada simpulan bahasa, pepatah, perumparnaan, bidalan, dan sebagainya.

Paradoks
Untuk menunjukkan keadaan berlawanan dengan kata-kata dalam sesuatu ayat.




Gaya Bahasa
Huraian
Retorik
Penggunaan bahasa yang indah dan menarik serta sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian umum, memujuk, atau mempengaruhi seseorang.

Bahasa asing
Kepelbagaian bahasa selain bahasa Melayu.

Inversi
Penggunaan ayat songsang. Contohnya, "Terletak di sini rumahnya" dan "Belum lagi dia menerima kiriman itu."

Anafora
Pengulangan diksi pada awal baris ayat. Contohnya, perulangan kata "yang" dalam baris-baris sajak di bawah.
Yang akan kucatat
Yang akan kupetik

Responsi
Pengulangan diksi pada bahagian tengah baris ayat. Contohnya, pengulangan kata "ialah" dalam baris-baris sajak di bawah.
Engkau ialah pusaka moyang
Aku ialah pelayar yang dahaga
Epifora
Pengulangan diksi pada akhir baris ayat. Contohnya, pengulangan kata "tanah air" dalam baris-baris sajak di bawah.
sastera yang mewarnai tanah air
sastera membesarkan tanah air

Kata ganda
Perulangan kata sama ada secara penuh, berirama, berubah, ataupun separa. Contohnya, layang-layang, lelayang, dedaun, bukit-bukau, dan sebagainya.

Repetisi
Perulangan ayat. Contoh:
"Jangan bawa pergi anakku"
"Jangan bawa pergi anakku"
"Jangan bawa pergi anakku"

Sinkope
Singkatan sesuatu kata seperti ku, kau, mu, tu, dan sebagainya.

Perlambangan
Kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.



1.8 Unsur Bunyi
1.      Asonansi, iaitu pengulangan bunyi vokal dalam satu baris sajak. Contohnya, pengulangan vokal u, iaitu maju ke ruang buku.

2.     Aliterasi, iaitu pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris sajak. Contohnya, pengulangan konsonan n, iaitu ke kedinginan yang menerpa.

3.     Rima, iaitu unsur bunyi akhir pada setiap hujung baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya, rima rangkap di bawah ialah abcbdef.
Di pohon sana (a)
pada dahan pohon tualang (b)
lihatlah lebah-lebah (c)
sudah membuat sarang (b)
serangga yang cergas (d)
sentiasa hidup sepakat (e)
sikap yang terpuji (f)


1.9 Sudut Pandangan
1.      Sudut pandangan melambangkan kedudukan pengarang semasa menceritakan sesuatu dalam karya mereka sama ada pengarang terlibat secara langsung ataupun pengarang menggunakan orang yang ketiga.

2.     Ada tiga jenis sudut pandangan:
(a)   Sudut pandangan orang pertama.
Pengarang menggunakan watak dirinya sendiri dan juga mempunyai kebebasan untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku melalui wataknya sendiri. Di sini, watak pengarang disentuh dalam cerita secara terperinci dan menjadi watak utama. Kebiasaannya, pengarang akan menggunakan kata ganti diri orang pertama, iaitu "aku" atau "saya". Watak-watak lain tidak akan disentuh secara terperinci. Pengarang cuba menyelami segala peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan, dan lain-lain berdasarkan apa-apa yang disaksikan, pengalaman, dan khayalan dengan menggunakan wataknya sebagai orang yang menjadi watak utama dalam cerita.
(b)  Sudut pandangan orang ketiga.
Pengarang menggunakan watak lain dan mempunyai kebebasan untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku. Di sini, watak pengarang tidak disentuh dalam cerita. Pengarang cuba menyelami segala peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan, dan lain-lain berdasarkan apa-apa yang disaksikan, pengalaman, dan khayalan dengan menggunakan watak sebagai orang yang ketiga. Pengarang akan menjadi orang yang serba tahu dalam cerita tersebut.
(c)   Sudut pandangan objektif.
Pengarang menyampaikan cerita berdasarkan apa-apa yang dilihat dan didengar sahaja. Pengarang tidak terlibat dalam cerita. Namun begitu, kata ganti nama diri ketiga masih digunakan. Pembaca berpeluang untuk menilai apa-apa sahaja yang disaksikan, peristiwa, tingkah laku, dan dialog para watak.

1.10 Nilai Murni
1.      Nilai murni ialah suatu perlakuan atau tingkah laku positif seseorang yang dapat memberikan kesan baik dan teladan kepada orang lain.
2.     Setiap nilai murni dalam cerita dapat memberikan kesan terhadap pemikiran, perasaan, tingkah laku, dan perhatian kepada seseorang untuk memperoleh ciri-ciri nilai murni dalam kehidupannya.
3.     Terdapat 16 nilai murni yang ditetapkan oleh KPM dan ditambah dengan nilai patriotisme.
(a). Untuk memastikan jawapan murid terdapat dalam skema pemarkahan, jawapan murid hendaklah berdasarkan nilai murini tersebut.

(b) Jangan letakkan imbuhan dalam nilai murni yang diberi.

2.11 Pengajaran

1.      Pengajaran ialah suatu perutusan, amanat, peringatan, dan pedoman yang hendak diberitahu oleh pengarang kepada seseorang.
2.     Pengajaran juga merupakan unsur teladan yang diterapkan oleh penulis dalam sesebuah karya sastera.
3.     Pengajaran lazimnya disampaikan secara tersirat dalam sesebuah novel, cerpen, sajak, dan sebagainya.
4.     Kebiasaannya, pengajaran dimulakan dengan awalan ayat seperti di bawah:
(a)   Kita seharusnya
(b)  Kita mestilah
(c)   Kita perlulah
(d)  Kita janganlah

sumber http://vckis.blogspot.com/2017/07/komsas-kenali-istilah-sastera.html