Daripada nota yang sebelum ini bertajuk karangan peribahasa.
Soalan :
Peribahasa " Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama" sering digunakan untuk menggambarkan manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
Tulis sebuah karangan berkaitan dengan peribahasa di atas.
Guna buku karangan 2 untuk karangan ini.
Showing posts with label Kerja Rumah. Show all posts
Showing posts with label Kerja Rumah. Show all posts
12 September 2014
karangan peribahasa
Penggunaan peribahasa dalam karangan akan memberi impresi positif kepada pemeriksa bahawa anda mempunyai pengetahuan bahasa yang luas termasuk peribahasa. Oleh itu, anda perlu menggunakan peribahasa dalam setiap karangan.
Panduan menulis peribahasa dalam karangan.
1. Menggunakan satu tanda petik ` ’
Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan.
Contoh:
Peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.
2. Menggunakan dua tanda petik " "
Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah’ itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.
Contoh:
(a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,”kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”
(b) Orang tua-tua mengatakan, “jauh perjalanan, luas pengalaman.” (Tiada kata hubung `bahawa')
3. Tanpa menggunakan tanda petik
Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan.
Contoh:
(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
(b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa')
Peribahasa (Perumpamaan dan pepata) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3

| 1. | Air beriak tanda tak dalam |
| Banyak bercakap tanda tiada berilmu. |
| 2. | Alang-alang berminyak biar licin |
| Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
| 3. | Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan |
| Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. |
| 4. | Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan |
| Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. |
| 5. | Bagai air mencari jenisnya |
| Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. |
| 6. | Bagai ayam disambar helang |
| Mati tanpa sakit. |
| 7. | Bagai cendawan tumbuh selepas hujan |
| Terlalu banyak pada sesuatu masa. |
| 8. | Bagai cincin dengan permata |
| Pasangan pengantin yang sepadan. |
| 9. | Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu |
| Hidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.) |
| 10. | Bagai layang-layang putus tali |
| Tiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja. |
| 11. | Bagai menatang minyak yang penuh |
| Memelihara anak dengan penuh kasih sayang. |
| 12. | Bagai murai dicabut ekor |
| Orang yang suka bercakap. |
| 13. | Bagai minyak dengan air |
| Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat. |
| 14. | Bagai pucuk dilancarkan |
| Amat cepat |
| 15. | Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya |
| Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya. |
| 16. | Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang |
| Tidak sombong; rendah diri. |
| 17. | Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar |
| Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
| 18. | Belum duduk sudah berlunjur |
| Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu. |
| 19. | Berat mata memandang berat lagi bahu memikul |
| Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya. |
| 20. | Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak |
| Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah. |
| 21. | Bagai murai dicabut ekor |
| Orang yang suka bercakap. |
| 22. | Biar mati anak jangan mati adat |
| Adat yang tidak boleh dilanggar |
| 23. | Biar putih tulang jangan putih mata |
| Lebih baik mati daripada menanggung malu. |
| 24. | Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga |
| Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula. |
| 25. | Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat |
| Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu. |
| 26. | Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh |
| Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan. |
| 27. | Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan |
| Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya. |
| 28. | Genggam bara api biar sampai jadi arang |
| Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. |
| 29. | Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama |
| Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya. |
| 30. | Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai |
| Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan. |
| 31. | Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih |
| Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu. |
| 32. | Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung |
| Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan. Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung. |
| 33. | Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau |
| Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.. |
| 34. | Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah |
| Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap kejadian meninggalkan kesan.. |
| 35. | Kalau tiada rotan akar pun berguna |
| Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada. |
| 36. | Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya |
| Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha. |
| 37. | Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang |
| Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. |
| 38. | Perempuan serasan, lelaki pemalu |
| Pegangan hidup yang tidak serupa. |
| 39. | Sebagai gembala diberi keris |
| Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna. |
| 40. | Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar |
| Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
| 41. | Semacam besar pacak daripada tiang |
| Belanja lebih besar daripada pendapatan. |
| 42. | Seperti air dalam dulang |
| Negeri yang aman sentosa. |
| 43. | Seperti api di dalam sekam |
| Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari. |
| 44. | Seperti aur dengan tebing |
| Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.. |
| 45. | Seperti aur ditarik songsang |
| Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan. |
| 46. | Seperti embun dihujung rumput |
| Tidak kekal. |
| 47. | Seperti harimau menyembunyikan kukunya |
| Orang yang menyembunyikan kelebihannya. |
| 48. | Seperti hujan jatuh ke pasir |
| Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia. |
| 49. | Seperti lintah menghisap darah |
| Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut. |
| 50. | Seperti lipas kudung |
| Selalu bergerak dengan cepat. |
| 51. | Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya |
| Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. |
| 52. | Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran |
| Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki. sumber : http://karangan-bahasa-melayu-pmr.blogspot.com/2013/09/panduan-mengarang-karangan-peribahasa.html |
19 March 2014
Latihan Pantun 4 kerat Agama
Latihan pada hari Selasa 18/3/2014
Pantun 4 kerat Agama
Jawab semua soalan dibawah.
Pantun 4 kerat Agama
Jawab semua soalan dibawah.
1.
Huraikan
dua nilai yang wujud dalam Pantun Agama ini.
2. Senaraikan 3 jenis amalan untuk mengamalkan agama bagi sesuatu kaum.
3.
Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh menilai
seseorang itu daripada luaran sahaja.
** Jawab dan salin soalan dalam buku latihan KOMSAS.
1 August 2013
Kerja Rumah Cuti Sekolah Hari Raya Aidilftri
Makluman kepada semua pelajar-pelajar 2E disini saya akan menyenaraikan kerja rumah yang perlu dibuat semasa cuti sekolah nanti. Kesemua tugasan haruslah siap dan di hantar pada minggu pertama buka cuti sekolah nanti.
TATABAHASA
Pelajar dikehendaki menyiapkan kesemua latihan Tatabahasa yang terdapat dalam Booster dalam bahagian Sistem Bahasa dari muka surat 1 hingga 42
KARANGAN
Soalan :
"...... Sejak dahulu aku memegang prinsip 'berani kerana benar, takut kerana salah'.
Akhirnya aku berjaya juga membuktikan kepada kawan-kawan bawah aku tidak bersalah dalam hal ini.'
Tulis sebuah cerita yang mempunyai pengakhiran seperti yang diberikan diatas.
Menggunakan buku Karangan 2.

Selamat Bercuti
kepada Muhammad Bukhari : SELAMAT HARI RAYA
30 July 2013
Latihan Novel
Makluman kepada pelajar-pelajar 2E, disini saya memberi latihan novel. Sila salin soalan dan buat dalam buku latihan KOMSAS.
Soalan :
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan 3 watak sampingan beserta huraikan perwatakan setiap watak yang dipilih.
Soalan :
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan 3 watak sampingan beserta huraikan perwatakan setiap watak yang dipilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)