Showing posts with label Novel Tingkatan 4. Show all posts
Showing posts with label Novel Tingkatan 4. Show all posts
23 June 2022
23 August 2019
19 July 2019
Analisis Soalan SPM
Berikut adalah analisis soalan SPM mengikut bahagian soalan.
Sumber rujukan : http://www.bmspm.net/
KARANGAN BAHAGIAN B
KOMSAS
TATABAHASA
NOVEL
Sumber rujukan : http://www.bmspm.net/
6 September 2018
Watak - Novel Leftenan Adnan
LATIHAN NOVEL 1
- Watak utama sering diberi perhatian oleh pengarang. Pada pendapat anda, mengapakah hal ini berlaku? (7 markah)
- Watak sampingan memainkan peranan dalam memastikan perjalanan cerita menjadi lebih menarik. Berdasarkan sebuah novel yang dikaji, huraikan perbezaan perwatakan antara dua orang watak sampingan. ( 8 markah)
16 August 2018
TEKNIK PLOT - LEFT ADNAN (T4)
Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya, teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens.
DIALOG. Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan tentang rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik pada suatu malam.
MONOLOG Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai
MONOLOG DALAMAN
Teknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain,
Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.
PEMERIAN Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung,
Contoh : Pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu
IMBAS KEMBALI Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Contoh : Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.
IMBAS MUKA Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi. Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain.
Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan menembak musuh yang datang.Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan. Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya. Apatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.
SASPENS Teknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya.
KEJUTAN Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut. x
10 August 2018
Jenis Watak dalam Karya
Dalam sesebuah novel, banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada umumnya, terdapat dua jenis watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita.
Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga. Watak antagonis Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. Contohnya, watak Pak Soh dalam Novel Mereka Yang Tertewas.
a. Watak pipih yang berpihak kepada protagonis.
Contohnya, Watak Jemilah, Pudin, Mat Yassin dan Uda Puat dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Lebai Pa.
b. Watak pipih yang berpihak kepada antagonis. Watak-watak ini cenderung berpihak kepada antagonis.
Contohnya, Watak Khatijah dan Kidam dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Pak Soh.
2. Watak Sampingan Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.
sumber : http://sasterasmkj.blogspot.com/2009/10/jenis-watak-dalam-karya.html
1. Watak Utama
Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis.Watak Protagonis
Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.Watak antagonis
Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga. Watak antagonis Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. Contohnya, watak Pak Soh dalam Novel Mereka Yang Tertewas.
Watak bulat/bundar
Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah. Misalnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.Watak Dinamik
Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini degambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.Watak Pipih
Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita. Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana pembaca telah dapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang dimilikinya. Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang cerita, iaitu:a. Watak pipih yang berpihak kepada protagonis.
Contohnya, Watak Jemilah, Pudin, Mat Yassin dan Uda Puat dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Lebai Pa.
b. Watak pipih yang berpihak kepada antagonis. Watak-watak ini cenderung berpihak kepada antagonis.
Contohnya, Watak Khatijah dan Kidam dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Pak Soh.
Watak Statik
Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita. Contohnya, Watak Mat Yassin dalam Mereka Yang Tertewas.2. Watak Sampingan Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.
sumber : http://sasterasmkj.blogspot.com/2009/10/jenis-watak-dalam-karya.html
Subscribe to:
Posts (Atom)