Showing posts with label SPM - Pemahaman. Show all posts
Showing posts with label SPM - Pemahaman. Show all posts

26 September 2022

WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

 WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

Oleh : Abdul Ghafar Ibrahim

SAJAK
MAKSUD
Dalam kebun diriku
     aku tanam saujana rancangan
     untuk memerdekakan warga susahku
     hidup menentang senja dan malam.

Penyajak menganggap dirinya seperti kebun
Penyajak membuat perancangan jangka panjang
Untuk membebaskan dirinya daripada kesusahan
dan sentiasa menempuh pelbagai cabaran
Dalam parlimen diriku
     aku bahas isu onak dan enak
     untukku merdekakan warga fikirku
     mengelak hidup dikotak-katikkan.

Penyajak menganggap dirinya seperti parlimen
Membincangkan pelbagai perkara yang membelenggu
Supaya pemikirannya menjadi lebih terbuka
Bagi menghalang hidupnya daripada dipermain-mainkan


Dalam laut diriku
     ombak gelora menampar pantai aman
     untuk menguji amal dan iman.
Penyajak menganggap dirinya seperti laut
Sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran
Sehingga teruji keimanan dan amalan

Dalam gergasi diriku
     terpedaya jua oleh permainan si kancil
     namun sempat sedar dan beringat lagi.
Penyajak menganggap dirinya kuat
Tetapi terpedaya juga oleh helah orang yang kecil
Namun penyajak cepat sedar akan helah itu dan cuba menjadikannya sebagai pengajaran

Dalam pentas diriku
     aku berlatih menangkis angin
     aku berlatih memunggah awan
     menghayati skrip demi skrip
     yang tak diduga klimaksnya.

Penyajak menganggap dirinya seperti pentas
Penyajak berusaha menongkah cabaran
Penyajak berusaha menggapai impian
Penyajak menghayati setiap peristiwa yang berlaku
Kadang-kadang penyajak tidak sedar peristiwa itu adalah kemuncak hidupnya

Dalam dewan diriku
     aku tak cemas lagi
     oleh kata yang mengekang
     aku tak lemas lagi
     oleh kata yang menyerang

Penyajak menganggap dirinya seperti dewan
Penyajak tidak gusar lagi
Dengan kata-kata yang boleh menghalang
Penyajak tidak tenggelam lagi
Dengan kata-kata yang menghina
Apabila sibermerdeka sampai
     ke rumah cabaranku
     aku panggil diriku bermesyuarah
     menyokong, berkecuali atau menentang
     aku ambil keputusan
     waktu itu aku kenal batas diri
     untuk tidak mengulangi kekalahan.

Apabila arus globalisasi tiba
Ke dalam kehidupan penyajak yang mencabar
Penyajak mengajak dirinya berbincang
Untuk bersetuju, berkecuali atau menolak
Penyajak telah membuat keputusan
Pada masa itu penyajak mengenali keterhadan dirinya
Penyajak tidak akan menyerah kalah

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
     aku turun darinya menghadapi hidup nyata
     peristiwa datang peristiwa pergi
     bagai siang memanggil malam
     dan sibermerdeka terus berkaca
     terus mengalirkan arus ingatan
     elakkan dirimu menjadi sia-sia
     hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Kini penyajak telah berusia
Penyajak cuba berhadapan dengan kehidupan realiti
Peristiwa yang membelenggu diri penyajak akan silih berganti
Sepeti perubahan siang dan malam
Arus globalisasi terus bertapak
Dalam kehidupan manusia sebagai peringatan
Penyajak mengajak supaya kita mengelakkan diri daripada perkara yang tidak berfaedah
Penyajak mengajak supaya kita mendekatkan diri dengan Tuhan


NILAI
1. Tanggungjawab
2. Rasional
3. Keberanian

PENGAJARAN
Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
 
Kita mestilah memiliki pendirian
Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
 
Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri
Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LATIHAN

1.  Apakah maksud rangkap keempat sajak "www.sibermerdeka.com.my"?

2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari?

3. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

21 September 2020

KOMSAS

 Soalan-soalan KOMSAS 2020

KOLEKSI PUISI TRADISIONAL SPM -LINK

SOALAN PUISI TRADISIONAL - LINK

8 July 2020

GERHANA MANUSIA - CERPEN TING 5


CERPEN GERHANA MANUSIA (AMINAH MOKHTAR)

SINOPSIS

1.      Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.

2.      Sebenarnya Tuan Besar bukanlah seorang yang baik kerana dia koma disebabkan perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan 50 pek darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.

3.      Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan darah tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah, gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.

4.      Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi gelafundin (seakan-akan darah).

5.      Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM 100 ribu. 

6.      Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni mengajak Nusia ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi.

TEMA
Sikap mementingkan ganjaran sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan
Profesor Doktor Juaidi mementingkan ganjaran dalam melaksanakan tanggung jawabnya sehingga mengabaikan nilai kemanusian terhadap pesakit di hospitalnya



PERISTIWA
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN
Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat
Persoalan bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas
Seorang yang bertanggung jawab menjalankan  tugas
Doktor Murni, Nusia
Masyarakat yang bertanggung jawab menjalankan tugas
Bertanggung jawab
Kita perlulah bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah
Persoalan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa orang lain
Seorang yang prihatin
Doktor Murni, Nusia
Masyarakat yang prihatin terhadap orang lain
keprihatinan
Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan
Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi
Persoalan berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan
Seorang yang baik hati
Doktor Murni
Masyarakat yang baik hati terhadap orang lain.
Baik hati
Kita mestilah berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan
Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain
Persoalan tentang keberanian membuat keputusan.

Seorang yang berani membuat keputusan
Doktor Murni
Masyarakat yang berani membuat keputusan
Keberanian

Kita perlulah berani membuat keputusan.

PERISTIWA
LATAR TEMPAT
Nusia, Doktor Murni dan Profesor Doktor Juaidi berkerja untuk memastikan pesakit sembuh
Hospital
Tuan Besar Musa dan beberapa orang pesakit yang sedang koma dirawat
Unit Rawatan Rapi
Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal darah untuk mengambil darah dan diberikan kepada empat orang yang sedang koma
Makmal darah

1 May 2020

SAJAK : KUDUP PERANG (TING 5)


LAKSAMANA HANG TUAH | Ancient warriors, Art, Anime art

SAJAK KUDUP PERANG 
(TUAH SAUJANA)

TemaKepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi

RANGKAP
SAJAK
MAKSUD
Rangkap 1
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Rangkap 2
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Rangkap 4
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan  bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.
Rangkap 5
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Rangkap 6
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin  sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi
Cineasia Filmfestival Köln #5 07.-11.12.05

Tema

Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.


Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin

(b) Ketokohan pejuang bangsa

(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan

(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin

(e) Masalah peperangan yang masih berlaku

(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin


GAYA BAHASA

(a) Personifikasi

Buktinya, membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi dan darah yang tiba-tiba membuak bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula

(b) Metafora

Buktinya: 
mengudupkan putik dendam kepada jari-jemari takdir 
menumbuhkan kelopak rahsia
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
perca-perca bahagia – seperti perawan

(c) Anafora

Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:

(d) Responsi

Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya

(e) Sinkope

Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak

(f) Imejan atau imej alam

Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
sehingga senja tiba,

(g) Similie
Buktinya
perca-perca ahagia - seperti perawan

(h)  Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua


NILAI MURNI

(a) Keberanian

(b) Kebijaksanaan

(c) Hemah tinggi

(d) Bertanggungjawab

(e) Amanah

(f) Keadilan


PENGAJARAN

(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang sesuatu perkara yang benar.

(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk menerajui

(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin, sesebuah organisasi waima negara.

(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan keluarga.

(d) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin.

(e) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu organisasi.

SUMBER : 1 , 2

LATIHAN
Jawab ke semua soalan berikut :
1. Berikan maksud ungkapan peta keadilan yang tersiat dalam rangkap ke-4, baris ke-4? 
2. Nyatakan perbezaan perwatakkan Tuah dengan Jebat.
3. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri ketua yang berwibawa?
4. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.