Showing posts with label Cerpen Tingkatan 5. Show all posts
Showing posts with label Cerpen Tingkatan 5. Show all posts

8 July 2020

GERHANA MANUSIA - CERPEN TING 5


CERPEN GERHANA MANUSIA (AMINAH MOKHTAR)

SINOPSIS

1.      Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.

2.      Sebenarnya Tuan Besar bukanlah seorang yang baik kerana dia koma disebabkan perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan 50 pek darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.

3.      Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan darah tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah, gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.

4.      Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi gelafundin (seakan-akan darah).

5.      Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM 100 ribu. 

6.      Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni mengajak Nusia ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi.

TEMA
Sikap mementingkan ganjaran sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan
Profesor Doktor Juaidi mementingkan ganjaran dalam melaksanakan tanggung jawabnya sehingga mengabaikan nilai kemanusian terhadap pesakit di hospitalnya



PERISTIWA
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN
Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat
Persoalan bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas
Seorang yang bertanggung jawab menjalankan  tugas
Doktor Murni, Nusia
Masyarakat yang bertanggung jawab menjalankan tugas
Bertanggung jawab
Kita perlulah bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah
Persoalan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa orang lain
Seorang yang prihatin
Doktor Murni, Nusia
Masyarakat yang prihatin terhadap orang lain
keprihatinan
Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan
Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi
Persoalan berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan
Seorang yang baik hati
Doktor Murni
Masyarakat yang baik hati terhadap orang lain.
Baik hati
Kita mestilah berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan
Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain
Persoalan tentang keberanian membuat keputusan.

Seorang yang berani membuat keputusan
Doktor Murni
Masyarakat yang berani membuat keputusan
Keberanian

Kita perlulah berani membuat keputusan.

PERISTIWA
LATAR TEMPAT
Nusia, Doktor Murni dan Profesor Doktor Juaidi berkerja untuk memastikan pesakit sembuh
Hospital
Tuan Besar Musa dan beberapa orang pesakit yang sedang koma dirawat
Unit Rawatan Rapi
Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal darah untuk mengambil darah dan diberikan kepada empat orang yang sedang koma
Makmal darah

24 March 2020

CERPEN : HIPERTENSI

CERPEN HIPERTENSI





A. SINOPSIS:
- mengisahkan seorang pelajar pintar yang meminati bidang aeroangkasa. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman Aqil berehat di rumahnya di lereng bukit yang telah gondol akibat penerokaan hutan.

- Aiman teringat peristiwa lalu di mana dia berdebat dengan cikgu Faridah tentang teori Graviti. Kelas menjadi kecoh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor kerana dia mempunyai daya fikir yang tinggi serta lebih pintar daripada rakannya yang lain.

- Amran ialah anak sulung serta mempunyai 2 adik perempuan iaitu Fadilah Fatin dan Azilah Atiqah. Di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya kerana kurang bijak matematik. Aiman juga teringat bahawa semasa di sekolah rendah, dia selalu ponteng kerana berasa bosan apabila berasakan silibus di sekolah tidak setanding kepintaran yang dimilikinya.

- Disebabkan kepintarannya, di sekolah Aiman selalu menyakat rakan-rakannya yang lambat menyelesaikan masalah dan latihan terutamanya dalam subjek matematik. Dia juga suka merayau di dalam kelas serta ditegur oleh gurunya. Guru kelasnya melaporkan perkara ini kepada ibu bapanya. Ibu bapa Aiman marah dan merotan Aiman di bahagian pinggul hingga lebam.

- kejadian ini menyebabkan Aiman ponteng kelas. Dia mengambil kesempatan untuk berhalusinasi (berangan-angan) tentang dunia sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya usianya bertambah 10 tahun. Dia berimaginasi pokok kelapa di rumahnya sebagai tempat berlepas kapal Soyuz. Sikap peliknya itu diketahui oleh ibu bapanya. Aiman dirotan lagi di pinggulnya. Ibunya memprotes tindakan bapanya di dalam hati sahaja.

- Aiman semakin galak/ kerap membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan dan berpeluang berlatih dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya mendarat di bulan dengan menaiki kapal Soyuz melalui Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman juga membayangkan dirinya berada di bulan dengan pakaian lengkap angkasawan di tempat yang tiada udara. Dia membayangkan dia melihat ciri-ciri fizikal di bulan.

- Setelah dia remaja, daya imaginasinya semakin kuat.  Bapanya terpaksa bersikap kasar kepadanya dan selalu menampar Aiman. Akibat tamparan itu Aiman menjadi gagap pertuturannya. Ibu bapa Aiman menghantar Aiman mendapat rawatan intensif dan latihan terapi. 

- Suatu hari Aiman mendengar suara ghaib yang mengajaknya berubah dan berpijak ke dunia nyata. Suara ghaib itu juga menyuruhnya supaya melihat kepada realiti dirinya serta meminta Aiman supaya mendekatkan diri kepada Tuhan. 

- Aiman akhirnya sedar dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia tidak perlu lagi rawatan intensif dan terapi. Aiman juga sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi. Dia berdoa kepada Tuhan dan berharap hidupnya akan berubah.


B. TEMA:
- bertemakan "keinginan yang tinggi dalam bidang yang diingini sehingga menyebabkan seseorang berimaginasi".
- Contohnya; Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat ke bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.


C. PERSOALAN:
i. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Cth - ibu bapa Aiman menghantar Aiman untuk mendapat rawatan intensif dan terapi setelah Aiman gagap pertuturannya.

ii. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu perkara. Cth - Aiman mampu menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5 walaupun dia baru berada di sekolah rendah.

iii. Rasional dalam membuat sebarang keputusan. Cth - guru Aiman mengambil tindakan tegas menegur Aiman yang suka merayau-rayau di dalam kelas serta melaporkan perbuatan Aiman kepada ibu bapanya.

iv. Sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya. Cth - cikgu faridah mengajar matematik kepada Aiman dan murid-muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.

v. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Cth - Impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah imaginasinya sahaja.

vi. Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Cth - Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.


D. WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Aiman Aqil:
- berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
- anak sulung daripada 3 beradik.
- gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari mulutnya.
- seorang yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah menengah walaupun masih berada di sekolah rendah.
- suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik.
- bercita-cita tinggi.  Cth - bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal seperti Neil Armstrong.
- suka memberontak.  Cth - Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh ayahnya setelah diadukan sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.
- pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.
- insap dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.

2. Bapa Aiman:
- seorang jurutera makenikal.
- seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan intensif dan terapi.
- bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.
- seorang yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang gagap dengan menghantar untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.

3. Ibu Aiman:
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.
- penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.


E. GAYA BAHASA:
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit, aeroangkasa, planet.
ii. penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii.Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"


F. NILAI:
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya di dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang ketika mendidik anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa kepada Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan makanan seimbang dan menjalani gaya hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka merayau supaya kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang lain.


G. PENGAJARAN:
i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru berada di sekolah rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Cth - Bapa Aiman mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth - Guru aiman menasihati Aiman supaya duduk di kerusinya dan tidak merayau serta mengganggu rakan lain.

LATIHAN
1. Berikan 2 peristiwa penting yang terdapat dalam sajak ini
2. Siapakah aiman? Mengapa Aiman berkelakuan pelik dalam cerpen ini?
3. Apakah klimaks bagi cerpen ini? Senaraikan 2 contoh yang berkaitan.
4. Berikan 3 pengajaran yang memberi kesan yang positif kepada masyarakat.

SUMBER RUJUKAN :

31 January 2019

CERPEN - CINTA AHMAD MUTAWWAKIL


CINTA AHMAD MUTAWWAKIL

A. SINOPSIS

- Ahamad Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara daripada penjajah Inggeris dan PKM (Parti Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui dalam keadaan cedera parah oleh penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang maghrib di surau. Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahamad yang cedera di bahu serta membaringkannya. Ahamad tercungap-cungap dan akhirnya pengsan.

- Kampung Ahamad telah diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam padi. Pada tahun 30-an Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah beratus-ratus buruh untuk menanam getah. Ahamad menjadi yatim piatu apabila bapanya, Wak Sadir meninggal dunia. Ahamad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth selama 3 tahun.

- Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpindah dan kekejaman Jepun menjadikan penduduk hidup susah. Ahamad telah dijadikan anak angkat oleh Imam Deraman. Beliau mengajar Ahamad termasuklah bercakap bahasa Inggeris. Pada tahun 1943, Ahamad bekerja di bandar.

- Pada tahun 1945 Jepun kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada Tahun 1946, Ahamad menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya dipercayai oleh orang kampung serta daerahnya. Tuan Booth balik semula ke estetnya dan beliau sungguh mesra dengan orang kampung di situ serta mengeratkan hubungan antara penduduk di kampung itu.

- Ahamad menjadi seorang pejuang nasionalisme dan semakin terserlah perjuangan serta menentang perjuangan komunis serta penjajah melalui pidato dan penulisannya di dalam surat khabar. Akhirnya dia telah mendapat jawatan nombor dua dalam partinya pada tahun 1952. Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula jatuh hati kepada Ahamad dan ini menimbulkan prasangka kepada orang kampungnya.

- Pada tahun 1948, komunis mula mengganas di Perak dan Ahamad semakin tegas menyedarkan rakyat supaya menentang ideologi komunis. Akibatnya, komunis menyerbu banglo tuan Booth dan membunuh 5 orang penghuni. Mereka mengugut Tuan Booth supaya menasihati Ahamad supaya berhenti mengajak orang kampung membenci Komunis. Ahamad tidak mendengar nasihat Tuan Booth dan Penghulu Sigap, sebaliknya dia semakin berani bersuara dengan lantang.

- Pada malam Jumaat yang lepas semasa menyampaikan ceramah, seorang budak lelaki telah datang berjumpa Ahamad. Ahamad mengikuti budak itu dan sejak itu Ahamad hilang dan tidak ditemui. Tiga kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha mencari Ahmad tetapi Ahamad tidak dijumpai.

- Akhirnya, selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung tentang kehilangan Ahamad telah terjawab apabila Ahamad muncul dalam keadaan cedera parah. Ahamad meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap akibat ditembak dengan 3 das peluru. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung mengadakan doa tanda kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahamad.

- Tuan Booth balik ke England seminggu selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Setahun selepas itu, Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana terkenangkan cintanya kepada Ahamad. Dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

B. TEMA:

- Kegigihan dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air.

- Contohnya - Ahamad Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada masyarakat agar berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang ideologi komunis.

C. PERSOALAN:

1. Kasih--sayang sesama ahli keluarga. Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi keluarganya.

2. Ketabahan menghadapi kesukaran hidup semasa peperangan. Contohnya, penduduk kampung sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan keganasan komunis.

3. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air. Contohnya, Ahamad sentiasa berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah serta kekejaman komunis.

4. Hubungan cinta yang sangat mendalam. Contohnya, Sandra amat mencintai Ahamad sehingga dia sanggup kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

5. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat. Contohnya, penduduk kampung bersatu membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahamad yang hilang.

6. Kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat. Contohnya, pengganas menyerang banglo Tuan Booth dan membunuh lima penghuni di banglo itu.


D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Ahmad Mutawakkil:
a. berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
b. anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
c. pintar - boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar Imam Ngah Deraman.
d. patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang komunis dan penjajah.
e. bijak merancang masa depan - belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.
f. petah berpidato - selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk menyedarkan mereka supaya menentang komunis dan penjajah.
g. berani - berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang komunis dan penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya.
h. Sanggup berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah serta menentang keganasan komunis.
i. sangat berpengaruh - beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua partinya.
j. menghargai jasa - beliau menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.

2. Tuan Booth:
a. pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
b. mesra - mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. baik hati - menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya untuk diraikan serta sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
d. peramah - suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu petang.
e. penyayang - membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun menyerang.

3. Sandra:
a. anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
b. baik hati - mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
c. penyayang - amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaoprkan hilang.
d. setia - balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak kampung itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad.


E. LATAR:

1. Latar Tempat:

- surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu selepas maghrib. Di surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.

- Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya. Di situ juga 5 orang dibunuh oleh komunis.

- Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris.

- bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada penentang Jepun.

- Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet itu.

- Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-nakutkan orang kampung daripada menentang mereka.

- England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

2. Latar Masa:

- pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet getah serta menggaji ratusan buruh.

- waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.

- waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk kampung.

- waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat supaya menuntut kemerdekaan.

- tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya untuk menyelamatkan diri.

- Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.

- 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.

- seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.

- 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan cintanya kepada Ahamad.

3. Latar Masyarakat:

- masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi pidato kepada penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan komunis.

- masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu dengan berkebun dan bersawah padi.

- masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk bersama-sama mencari Ahamad yang hilang.

- masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan komunis.

- Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka ladang getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.

- Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai mangsa termasuk Ahamad.


F. BAHASA:

1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah
2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong

G. NILAI:

1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya seminggu sebelum Jepun menjajah.

2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.

3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak penduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.

4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntuk kemerdekaan negara.

5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.

6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.

7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk bekerjasama mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.

8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu ke surau untuk berbual-bual dengan penduduk.

9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.


H. PENGAJARAN:

1. kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.

2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk kampungnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.

3. kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan Booth bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.

4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.

5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya berpindah sebelun Jepun menjajah kampung itu.

6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo tuan Booth.


LINK - COOGLE CERPEN CINTA AHMAD MUTAWWAKIL