26 April 2020

SURAT KIRIMAN RASMI (FORMAT)

SURAT KIRIMAN RASMI

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a.      memohon pekerjaan
b.      membuat aduan / bantahan / cadangan
c.      membuat rayuan
d.      membuat jemputan rasmi
e.      menempah barangan
f.        meminta kebenaran
g.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.      Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2.      Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

Format Surat Kiriman Rasmi


Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________ ( garisan panjang)____________________

Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)                                              
Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2.       ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3.       ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf  yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )



Contoh 1

Tajuk / Soalan : Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.

Rangka Karangan

1.      alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris
2.      buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3.      nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )
4.      tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5.      kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6.      perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7.      perenggan pertama  tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )
8.      perenggan ke-2        - bola lama tidak dapat digunakan lagi  memerlukan bola baru
        ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan  
         sedikit   sebelum menulis )
9.      perenggan ke-3 - berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu
10.   perenggan ke-4 -  mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11.   penutup   - terima kasih
12.   tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13.   nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14.   jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15.   berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.

Tips : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

CONTOH KARANGAN LENGKAP

Tajuk / Soalan : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.

Karangan Lengkap

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________

Ketua Pengarang,              
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.                                                                        10 JANUARI 2001.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD) pada 27 Januari 2001 jam 9.30 pagi.

2.       Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.

3.       Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4.       Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,
    Nazimah
…………………..
( NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.


Contoh 2

Tajuk/ Soalan : Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.

Karangan Lengkap

Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru.                                                            14 OKTOBER 2011

Tuan,

Memesan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.

2.     Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
   
     Bil.     Judul Buku                                  Kuantiti                   Harga Seunit
      1.      Misteri Kapal Tenggelam                 1                          RM 3.60
      2.      Misteri Patung George                     1                          RM 3.60
      3.      Rahsia Rumah Tua                           2                          RM 4.00  
                                                                Jumlah                     RM 11.20  

3.     Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..............................................................
( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )




Contoh 3

Tajuk / Soalan : Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.

Karangan Lengkap

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                                                            15 OKTOBER 2018
             
Tuan,

Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.

2.     Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan  dan sudah pun  mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.
 
  Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
                        Tarikh : 17.10.2018
                        Masa   : 10.00 pagi
                        Ahli     : 21 orang termasuk 2 guru pengiring                                         

Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................................
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.


Prosa Tradisional : Pelanduk Mengajar Memerang (Ting 2)

Prosa Tradisional :  Pelanduk Mengajar Memerang

1.  Sinopsis

               Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap seperti manusia. Manakala, Nabi Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri daripada seorang manusia, seekor jin bernama Afrit, seekor unggas, seekor landak, dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang paling bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar sebagai Syah Alam di Rimba ialah yang paling terkenal. 

Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan menemui lubang tempat tinggal memerang. Anak-anak memerang yang sebanyak tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar lubang tersebut. Syah Alam di Rimba menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu memberitahu Syah Alam di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan mereka.

Syah Alam di Rimba berasa runsing(risau) kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman bahawa memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan Allah burung berbunyi dengan bersahut-sahutan dan Syah Alam di Rimba lalu berpencak silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak memerang itu mengalami kecederaan parah, lalu mati kesemuanya.

Setelah hari menjelang petang, pasangan suami isteri memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati. Hanya bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba sahaja yang ditemukan di sekitar kawasan itu. Ibu memerang menangis kerana terlalu sedih. Pada malam itu, pasangan memerang itu berbincang untuk bertemu dengan Nabi Sulaiman pada keesokan harinya bagi memaklumkan perkara tersebut.

Keesokan harinya selepas makan, pasangan memerang itu pun pergi untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman. Ketika itu, baginda sedang bersemayam di atas takhta di hadapan sekalian menteri, hulubalang rakyatnya yang tidak terkira bilangannya. Mereka datang dengan menerima pelbagai aduan untuk diselesaikan oleh baginda Nabi Sulaiman.

Apabila tiba gilirannya, pasangan memerang itu pun beri ampun sembah dan menceritakan perihal diri mereka yang dianiaya Perdana Menteri Syah Alam di Rimba. Anak-anak mereka telah di bunuh oleh Syah Alam di Rimba semasa mereka berdua keluar mencari makan. Setelah mendengar aduan itu, Nabi Sulaiman termenung seketika  berasa hairan dengan perbuatan Syah Alam di Rimba itu. Baginda memerintahkan supaya unggas belatuk memanggil Syah Alam di lalu perintah itu disampaikan dengan segera.

Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanyakan kebenaran aduan pasangan memerang itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam di Rimba segera memohon ampun kepada Nabi Sulaiman dan menceritakan hal yang sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu, dia terdengar Sang Bubut bersiul dengan bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan musuh lalu membuka silat dan tanpa sedar dia telah mencederakan anak-anak memerang.

Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Bubut . Apabila Sang Bubut datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Bubut memalu gendang perang tanpa menunggu perintah baginda terlebih dahulu. Sang Bubut memberi alasan bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka bahawa ada musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu Bubut memalu gendang dengan sekuat hatinya supaya dapat didengar oleh para hulubalang.

Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Biawak. Apabila Sang Biawak datang, baginda bertanya kebenaran dakwaan Sang Bubut. Jika benar, baginda ingin tahu akan  Sang Biawak membawa pedang tanpa sarung. Sang Biawak menyatakan bahawa dia membawa pedang tanpa sarung kerana dia terlihat Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya, ada musuh yang hendak menyerang baginda.

Setelah itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk menghadap Nabi Sulaiman. Perkara itu ditanyakan pula kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-ilabi mendakwa bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Dia juga menyangka bahawa ada musuh besar yang datang menyerang. Maka, Sang Udang pun dipanggil supaya datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang Udang memberi alasan bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan dengan masalah yang besar. Dia menyangka bahawa masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk memanggil Sang Sebarau. Belatuk menemui Sang Sebarau di tengah jalan yang kebetulan mahu berjumpa dengan Nabi Sulaiman juga. Setelah Sang Sebarau datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Sang Sebarau berikat pinggang ;sehingga melengkung seperti orang dalam kesusahan. Sang Sebarau mengangkat sembah, lalu menyatakan bahawa dia memang mahu berjumpa dengan baginda bagi mengadukan hal dirinya.


Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya seekor saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih dengan keadaannya itu dan memohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman kepada Sang Memerang.

Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka terhadap Sang Memerang suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan mengakui akan kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-anak dan kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang Memerang.

1.  Tema
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.
Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang Sebarau. Sebagai balasannya, dengan takdir Allah Subhanahuwataala, an anak Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang perang yang dilakukan oleh Sang Bubut.

2.  Persoalan
(a)                Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain.
Contohnya, Sang Memerang telah makan semua anak Sang Sebarau sehingga hanya Sang Sebarau yang tinggal dalam keadaan bersusah hati.

(b)                 Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa.
Contohnya, Sang Memerang membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa, iaitu Nabi Allah Sulaiman tentang peristiwa kematian anak-anaknya disebabkan perbuatan Syah Alam di Rimba.

(c)                 Pengadilan memerlukan saksi.
Contohnya, Nabi Allah Sulaiman memanggil semua rakyat yang terlibat dengan hal yang menyebabkan kematian anak-anak Sang Memerang.

(d)                Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba bijak mencari jalan penyelesaian untuk memberikan kesedaran kepada Sang Memerang.

(e)                 Bercakap benar di hadapan pemerintah.
 Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(f)   Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.

3.  Plot

3.1      PERMULAAN
 Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar bunyi paluan gendang perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang terbunuh. Ibu bapa memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati.

3.2      PERKEMBANGAN
Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak mereka akibat perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri Syah Alam di Rimba untuk mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk mencari punca yang sebenarnya.

3.3      KLIMAKS
 Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahat pasangan memerang terhadap kaum keluarganya. Nabi Sulaiman berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.

3.4      PELERAIAN
Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya, Nabi Sulaiman memberi kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.

4.  Teknik Plot
(a)Dialog. 
Contohnya, • "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?" [hlm. 35] • "Hai Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan." [hlm. 38] •
(b)Monolog dalaman.
Contohnya, • Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan memerang ini, selalu saja ia membuat aniaya atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia." [hlm. 36]

(c) Pemerian.
 Contohnya, • Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang ternpat memerang, ada anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]
  
5.  Latar

5.1      Latar Ternpat
(a)                Hutan rimba.
Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah pemerintahannya.
(b)                Lubang.
Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
(c)                Kota istana.
Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
(d)                Lubuk.
Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam lubuk.

6.2  Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah           pada zaman dahulu.

(b) Siang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi             Allah Sulaiman pada waktu siang.

(c) Petang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada             waktu petang.

(d) Malam.
Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.

6.3 Latar Masyarakat
 (a) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di rimba.

(b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib yang menimpa ikan-ikan tersebut.

c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(d) Masyarakat yang patuh akan pemerintah.
Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

(e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.

(f) Masyarakat yang cepat bertindak.
Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang lain untuk datang menghadap baginda.

(g) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri.
Contohnya, mak dan bapa memerang telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang dilakukan di hadapan Nabi Allah Sulaiman.
(h) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

6.  Watak dan Perwatakan

7.1 Pelanduk atau Syah Alam di Rimba
(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana kebijaksanaannya.
(c) Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
(d) Pandai bersilat.
(e) Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat akan kehidupan rakyatnya.
(f) Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.
(g) Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang masalah.
(h) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.

7.2 Memerang atau Sang Memerang
(a) Mempunyai tujuh orang anak.
(b) Menjadikan ikan sebagai makanan.
(b) Tamak terutamanya dalam hal makanan.
(c) Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan untuk anak-anak.
(d) Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.
(e) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
(f) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

7.3 Nabi Allah Sulaiman
(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang.
(b) Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
(c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
(e) Pemerintah yang adil.
(f) Tegas dalam membuat keputusan.



7.  Gaya Bahasa

Gaya Bahasa
Contoh
Ayat pendek
Seketika lagi hari pun siang
Ayat panjang
Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu.
Penggunaan bahasa Arab
Allah Subhanahuwataala
Penggunaan bahasa istana
bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah • tuanku • beta
Penggunaan bahasa klasik
• Hatta
Sinkope
Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;
Repetisi
Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu,

Gaya Bahasa
Contoh
Ayat pendek
Seketika lagi hari pun siang
Ayat panjang
Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu.
Penggunaan bahasa Arab
Allah Subhanahuwataala
Penggunaan bahasa istana
bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah • tuanku • beta
Penggunaan bahasa klasik
• Hatta
Sinkope
Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;
Repetisi
Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu,




















  
8. Nilai dan Pengajaran
Nilai
Pengajaran
Nilai prihatin
Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat
Nilai patuh akan pemimpin
Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah
Nilai keadilan
Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil
Nilai bertanggungjawab
Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
Nilai kejujuran
Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.