17 March 2025

SYAIR POHON BULUH - TINGKATAN 1

 


Kupasan SYAIR:
Pohon Buluh
( Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh )

MAKSUD
Rangkap
Maksud
1
Menggambarkan sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tidak bertangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.
2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya dan kebanyakkannya sama saiz dan darjat.
3
Jika diperhatikan, jelas kelihatan, buluh hidup dalam satu rumpun yang menggambarkan kesatuan yang kuat tanpa mengira saiz.
4
Keadaan di dalam dan di luar buluh adalah licin. Bahagian dalam batang, gelap umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah.

TEMA
Bertemakan kemegahan pohon buluh yang tumbuh dengan subur.


PERSOALAN
1.     Keteguhan rumpun buluh menyatakan kesatuan antara pepohonnya.
Contoh :-                ( rangkap 3 )          Besar kecil ikat binanya
                                                Terlalu kuat pula asasnya.

2.     Ketinggian pohon buluh menampakkan ruas-ruasnya yang banyak.
Contoh :-                ( rangkap 1 ) menara tinggi banyak bertingkat.

3.     Keseragaman lambaian dedaun buluh umpama kibaran bendera yang berkibar megah.
Contoh :-                ( rangkap 2 )  Yang ada sedia panji-panji bendera.

4.     Kelicinan kulit  batang buluh menampakkan isi padu yang kukuh .
Contoh :-                ( rangkap 4 ) ikatnya licin di luar dan di dalam.


BENTUK
1.     Mempunyai empat rangkap
2.     Setiap rangkap mempunyai empat  baris.
3.     Terdiri daripada sembilan hingga 12 suku kata.
4.     Terdiri daripada empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
5.     Rima akhirnya  aaaa.


GAYA BAHASA
1.     Asonansi - pengulangan vokal a. Contoh :mata-mata menjaga segenap pangkat

2.     Aliterasi - pengulangan konsonan  g .Contoh :menara tinggi banyak bertingkat

3.     Kata ganda - panji-panji, mata-mata,

4.     Simile - gelapnya di dalam seperti malam

5.     Sinkope - tak

6.     Imej alam - kolam,  alam

7.     Inversi - banyak ada ia bersaudara. ( sepatutnya,   ia ada banyak saudara)


NILAI
1.  Perpaduan – Dalam serumpun buluh terdapat buluh yang kecil dan yang besar.

Contoh :besar kecil ikat binanya.

2.  Bekerjasama

3.  Persaudaraan

4.  Bertanggungjawab


PENGAJARAN

1.     Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira darjat.             
Contoh :- besar kecil ikat binanya.

2.  Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

3.  Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk melahirkan bangsa yang kuat.

4.  Kita hendaklah hidup bermasyarakat dalam kehidupan seharian.

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) - TINGKATAN 1


Rangkap 1

          Berapa jauh wujud dengan sifat,
                 Sejauh lutut dengan pelipat.

Penampilan zahir seseorang itu dapat menggambarkan sikap yang dimiliki, kerena segala perbuatan atau tingkah laku tidak dapat lari jauh daripada cara seseorang itu berfikir dan membuat keputusan. Lutut di hadapan pelipat, manakala pelipat di belakang lutut.


Rangkap 2

          Sarang semut dalam gelap,
                 Orang selimut selalu lelap.

Orang yang tidak berbuat sebarang kerja (yang produktif) akan selalu ketinggalan, leka dan panjang angan-angan.
 

Rangkap3

          Hitam-hitam pucuk kawa,
                 Sungguh hitam dipandang lawa.

Kekurangan dari segi paras rupa boleh ditutup dengan kebolehan tertentu, misalnya bijak dan sikap terpuji. Dalam bidang psikologi disebut sebagai kecantikan sosial. Orang-orang yang berjaya dan berilmu dipandang tinggi kerana status yang dimiliki.

Rangkap 4

          Emas, perak, tembaga, suasa,
                 Malas bergerak tidak merasa.

Orang yang malas berbuat sesuatu tidak akan mengecapi kejayaan yang hakiki. Mereka kekal di takuk lama.

Rangkap 5

            Buah sintang buah senikul,
                 Satu memegang satu memikul.

Orang yang cekap dan tangkas mampu melakukan banyak kerja secara serentak. Mereka tidak menunggu peluang yang sempurna untuk mula bertindak, sebaliknya menggembleng segala sumber yang ada.

Tema:  Nasihat tentang keperluan memupuk sikap yang baik, serta menghindari sikap yang buruk.

Nilai:

1   Kerajinan: rangkap 2, tanpa berbuat sesuatu yang bermanfaat, seseorang itu tidak akan dapat mengubah nasib diri.

2   Kebijaksanaan:  rangkap 5, berupaya mengatur tindakan segera supaya peluang tida terlepas.

Persoalan:

1   Kerajinan dalam usaha.

2   Kebijaksanaan dalam melakukan pekerjaan

Pengajaran:

1   Kita hendaklah rajin dalam berusaha

2   Kita hendaklah bijak dalam melakukan kerja