16 January 2019

Genre Sastera



Prosa Klasik dan Puisi


Prosa Klasik
1.     Genre prosa klasik merupakan cerita rakyat yang dahulunya disampaikan secara lisan, tetapi kini telah dibukukan.
2.     Cerita rakyat ialah sastera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi.
3.     Cerita atau sastera rakyat itu lazimnya berkembang dalam kelompok masyarakat yang kecil dan terpencil, misalnya masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di kawasan pedalaman.
4.     Oleh itu, sastera rakyat mengandungi ciri-ciri budaya tradisional kumpulan berkenaan.
5.     Sastera rakyat merupakan hak bersama.
6.     Hal inilah yang menyebabkan sastera rakyat mempunyai versi yang banyak kerana berlakunya tokok tambah semasa penyampaian cerita berkenaan.
7.     Bidang yang dicakup oleh prosa klasik agak luas, iaitu daripada sastera hinggalah sastera agama dan undang-undang.
8.     Empat jenis prosa klasik yang sering diketengahkan termasuklahcerita berbingkai,, cerita sejarah, epic Melayu dan epic Hindu.
9.     Dalam karya prosa klasik, terdapat banyak unsur moral dan mesej yang dapat dijadikan panduan hidup.
10.  Karya ini menggunakan gaya bahasa lama, sama ada dari segi penggunaan kata-katanya ataupun struktuk ayatnya. Namun begitu, keragaman bahasa yang mengindahkan karya prosa lama jelas kalihatan.
11.                        Kebanyakan prosa klasik menggunakan teknik naratif( bercerita). Namun demikian, penggunaan dialog yang cukup berkesan dan menghiburkan. 
12.  Prosa klasik menyelitkan puisi tradisional, khususnya pantun.
13.                        Watak-watak prosa klasik biasanya terdiri daripada golongan istana atau yang ada kaitan dengan golongan istana, sesuai dengan keadaan masyarakat feudal yang mengagung-agungkan golongan istana.


   Cerita Berbingkai     
1.   Cerita berbingkai berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk. Dalam cerita induk itu, terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan. Cerita diakhiri dengan cerita pokok atau cerita induk tadi.
2.   Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk prosa. Namun demikian, dalam sesetengah karya ada juga dimuatkan puisi tradisional, terutamanya pantun dan syair.
3.   Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri dan anak raja di samping watak binatang.


  Mitos 
1.     Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa, tetapi dianggap benar oleh masyarakat yang memilikinya.
2.     Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat.
3.     Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau mambang.
4.     Mitos mengandungi cerita-cerita tentang asal-usul sesuatu tempat, benda atau institusi.
5.     Latar masa dan tempat dalam motis tidak jelas.
Legenda
1.     Legenda merupakan cerita tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa. Tokoh legenda biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa.
2.     Cerita legenda pada umumnya ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat.
3.     Cerita legenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujuan mengkritik golongan bangsawan secara halus.


Epik  
1.     Epik ialah prosa naratif yang memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah.
2.     Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa.
3.     Wira berkenaan merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyhur dari segi sejarah.
4.     Latar bagi cerita epik meliputi Negara-negara besar di dunia ini.
5.     Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat-sifat luar biasa, berani, dan gagah perkasa.



Puisi 
1.     Puisi ialah karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah. 
2.     Penciptaan puisi terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris dan rangkap.
3.     Puisi terbahagi kepada dua,iaitu:
(a)  Puisi moden atau ledih dikenali sebagai sajak
(b) Puisi tradisional yang merangkumi pantunsyairgurindamdan seloka.


Sajak 
1.     Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun kadang-kadang bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka.
2.     Namun dalam penciptaannya, penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan baris dan rangkap atau bait.
3.     Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut isi yang hendak disampaikan.


Pantun 
1.     Pantun ialah sejenis bentuk puisi tradisional.
2.     Pantun merupakan karya yang berangkap tetap. Maksudnya, bilangan baris dalam setiap rangkap atau bait itu sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas baris dalam serangkap.
3.     Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagaipantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenali sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterunya.
4.     Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud atau sampiran dan isi.
5.     Dalam pantun enam kerat, pembayang maksud ialah tiga baris pertama dan isi    ialah tiga baris yang berikutnya. Lihat contoh berikut:
          
      Sarat bermuat ikan cencaru,                             [a] -pembayang
                 Gelama tidak berumpan lagi,                  [b] -pembayang
                             Kail tersangkut di tepi batang;  
  [c] -pembayang
     Sudah dapat orang baru,                                   
  [a] –maksud  
                 Yang lama tidak berkenan lagi,            
   [b] –maksud 
                             Ibarat melukut di tepi gantang.    
[c] –maksud   

6.     Jumlah kata dalam setiap baris pantun adalah antara empat hingga lima patah kata sementara jumlah suku katanya pula antara lapan hingga sebelas suku kata bagi setiap baris.
7.     Rima akhir pantun ialah abcabc, iaitu rima akhir pada baris pertama sama dengan rima akhir baris pada baris keempat, sementara rima akhir pada baris kedua sama dengan rima akhir pada baris kelima, dan rima akhir baris ketiga sama dengan rima akhir pada baris keenam.
8.     Pantun menjadi alat pengucapan untuk mengungkap perasaan hiba, sayu,sedi, gembira,rindu,dendam dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu perkara.
9.     Oleh sebab itu, pantun dinamakan mengikut isi pantun berkenaan, misalnya pantun kanak-kanak, pantun orang muda, pantun orang tua, pantun budi, pantun kiasan dan sebagainya.
10.                       Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga hari ini. 


Syair 
1.     Syair ialah karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
2.     Setiap baris merupakan maksud kerana syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.
3.     Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap lain.
4.     Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu maksud secara kesatuan.
5.     Setiap baris dalam syair biasanya mengandungi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku kata.
6.     Rima akhir syair ialah aaaa. Lihat contoh yang berikut:

            Supaya disangka ianya wali,           [a]
            Akan dunia tidakpeduli,                  
  [a]
            Hemahnya itu sangatlah ali,      
     [a]
            Tetapi hatinya ke dunia bertali.    
  [a] 

7.     Syair selalu membawa isi yang berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan cerita yang berunsur sejarah atau dongeng.


Gurindam    
1.     Gurindam ialah karangan berangkap yang terdiri daripada dua baris serangkap.
2.     Namun demikian, ada juga gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya.
3.     Rima akhir gurindam ialah aa
4.     Baris pertama dalam gurindam mengandungi soalan, syarat atau perjanjian, sementara baris kedua pula merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya. Lihat contoh yang berikut:

            Hendak pandai menghargai masa,  [a] –syarat / perjanjian
            Jangan dinanti esok lusa.                  
 [a] –akibat / kesimpulan 

5.     Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas. 


Seloka    
1.     Seloka dapat dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi.
2.     Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat baris
3.     Namun begitu, ada juga seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi kurang atau lebih daripada empat baris serangkap.
4.     Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap dan rima hujungnya bebas.
Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang disampaikan dalam nada mengejek atau menyindir.   

Sinopsis ikut bab - Novel Tirani

Sinopsis Ikut Bab - LINK

Sinopsis Binaan Plot - LINK

Sinopsis Keseluruhan - Novel Tirani




Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental. Cerita novel ini dimulakan dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastic pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih dan menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh sanak saudaranya.

Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah dan para pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan penghuni  bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia dikerjakan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah. 

Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan membuat kejutan. iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya, Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.

Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan tiket kapal terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak. 

Menurut Dr Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya. 

Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser Arief. Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Perlancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam itu.

Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya.

Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah. Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan berlandaskan adat serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa mentuanya, Datuk Yasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan perasaan cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap kesetiaan Waheeda.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh suaminya.

Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan akibat tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.

15 January 2019

Kata Hubung Pancangan

Kata Hubung

Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan

Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.

Contoh:

1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.


Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
         Ayat utama                        Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.


Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1.    Kata hubung pancangan relatif
2.    Kata hubung pancangan komplemen
3.    Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan relatif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah "yang".

Kata hubung pancangan komplemen.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".

Kata hubung pancangan keterangan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti; "kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila".

Contoh : LINK 1

sumber

14 January 2019

KEPENTINGAN SUMBER TENAGA

Definisi pemuliharaan sumber tenaga

Pemuliharaan sumber tenaga bermaksud menguruskan sumber tenaga dengan cermat, menjimatkan penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran.

Sebab-sebab atau mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga

*Sebab-sebab atau mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga adalah disebabkan oleh bilangan penduduk unia semakin bertambah. Hal ini bermakna keperluan dan penggunaan tenaga juga semakin bertambah. Penggunaan tenaga oleh setiap individu bertambah mengikut kadar pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.

Beberapa cadangan tentang cara-cara penggunaan tenaga secara cekap
  • Penggunaan mentol penjimat tenaga
  • Berkongsi kereta ke tempat kerja
  • Menggosok banyak pakaian dalam suatu masa
  • Penggunaan periuk tekanan penjimat tenaga
  • Penggunaan pengangkutan awam
Kepentingan memulihara sumber tenaga
1.       Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui semakin menyusut kerana penggunaannya yang berterusan dan meluas.
2.       Akibat masalah penyusutan sumber tenaga,kita mesti mencari sumber tenaga alternatif
3.       Mengelakkan pembaziran tenaga melalui amalan yang teliti dan bijaksana.
4.       Menghasilkan bahan api baru seperti arkohol daripada hampas tebu dan diesel daripada sisa kelapa sawit.
5.       Menggunakan pengetahuan saintifik dan teknologi untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam kenderaan dan mesin.
6.       Pemuliharaan tenaga adalah penting supaya sumber tenaga kekal lebih lama.

Cara penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap

Pengurangkan penggunaan diesel, petroleum dan bahan yang tidak boleh di perbaharui.
Gunakan kereta hybrid, tenaga solar dan sumber yang boleh diperbaharui.
Menggunakan peralatan elektrik dengan berhemah.

29 October 2018

Karangan SPM

Formula Menulis Karangan 

Pendahuluan
I = Isu
K = Kesan isu
T = Tindakan umum untuk menangani isu
H = Hasil tindakan
H = Hubung kait dengan soalan

Isi
A1 = AYAT ISI
A2 = AYAT HURAIAN
A3 = AYAT CONTOH
A4 = AYAT KESAN
A5 = KESIMPULAN KECIL

Kesimpulan

R = Rumusan keseluruhan
C = Cadangan umum
A = Amaran peringatan yang bakal berlaku
H = Harapan penulis terhadap isu.

Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini.

Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang.

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas)
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

rujukan : http://drghazali.blogspot.com/2010/07/formula-menulis-karangan-kaedah-ghazali.html

SUMBER RUJUKAN : BMSPM.NEThttp://www.bmspm.net/

RUJUKAN LAIN : NOTA 1
RUJUKAN PENANDA WACANA : NOTA 2
RUJUKAN KARANGAN RESPON TERBUKA : NOTA 3
RUJUKAN PANDUAN MENULIS KARANGAN : NOTA 4, NOTA 5
RUJUKAN FRASA MENARIK : NOTA 6
RUJUKAN ULASAN KERTAS 1 SPM 2018 : NOTA 7

Soalan Percubaan Sekolah-sekolah W. Persekutuan KL 2018

Harap dapat pelajar yang disayangi dapat manfaatkan, rujukan yang diberi.

Soalan Sekolah KL

~ Selamat Berjaya untuk SPM ☺ ~