23 July 2024

SELOKA - SANTAP ISTIADAT (TINGKATAN 3)


Seloka Seloka Santap Istiadat (Za’ba)




Seloka Santap Istiadat
Maksud
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.

Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.
Selesai santap nasi —
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan
Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.
Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua;
Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan
Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.

Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.
Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis  telah diamalkan sejak zaman dahulu.
Za'ba
Kalung Bunga Za'ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka



Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan
Nilai
Pengajaran
Persoalan adab sopan ketika makan
Sopan -santun
Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang makan.
Persoalaan keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera
Kepatuhan
Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan
Persoalan kesederhanaan ketika menjamu selera
kesederhanaan
Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Anafora
Santap beradat,
santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;

Repetisi
Santap beradat, santap istiadat,

Bahasa Istana
santap
Inversi
Bukan santap hendakkan kenyang,
Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang
Metafora
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Unsur Bunyi

Asonansi
(a)                       Perulangan vokal “a”

Kelima halwa juadah,

Aliterasi
(b)                      Perulangan konsonan “m”

Sampai ke mulut mamah perlahan,

Rima akhir
Rangkap 1: abacb
Rangkap 2: aaaabaa
Rangkap 3:aabcbc
Rangkap 5: ab

Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.

SOALAN PEMAHAMAN
Jawab soalan-soalan dibawah.

1. Mengapa kita disarankan agar makan dengan sopan tidak gelojoh?

2. Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang hendak disampaikan dalam seloka tersebut?

7 May 2024

TUGASAN : 7 MEI 2024

 Tarikh : 7 Mei 2024

Tugasan : Mencari bahan / maklumat

Arahan : Pelajar dikehendaki mencari bahan / maklumat berkaitan dengan soalan / tugasan yang diberikan oleh guru anda.

Rujuk buku kerja :

        1. Tema 6 - m/s 47

            Cari maklumat tentang 

  • apa itu 'Open AI'
  • Apa itu 'ChatGPT 4.0'
  • Kebaikkan, Kesan, Kaitan dengan masyarakat kini.

        2. Tema 4 - m/s 29

            Cari maklumat berkaitan dengan RIMUP. (Maksud/ Ciri-ciri / Kebaikan / Pengajaran)


        3. Tema 5 - m/s 35
        Cari maklumat berkaitan dengan  AUTISME. (Maksud/ Apa yang perlu buat bila berhadapan dengan  rakan yang AUTISME

** Tuliskan maklumat yang dapat dalam buku karangan untuk tugasan 1, manakala tugasan 2,3 boleh tulis di dalam buku kerja.
Tugasan 1 perlu cari bahan untuk melengkapkan latihan karangan nanti.



27 October 2022

Karangan Rencana

 Karangan Jenis Fakta / Rencana

PENGENALAN


Karangan jenis rencana merupakan karangan yang agak popular ditanyakan dalam soalan peperiksaan. Karangan jenis rencana mengandungi laporan atau ulasan terperinci berkaitan sesuatu isu atau perkara. Oleh hal demikian, pembaca akan memperoleh banyak maklumat, fakta an pendangan tentang isu atau perkara dalam sesebuah rencana tersebut. Dengan itu, pelajar hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas atau fakta yang banyak berkaitan sesuatu program, kempen, penyakit dan lain-lain yang dibincangkan dalam rencana.

FORMAT DAN STRUKTUR KARANGAN

Karangan rencana terdiri daripada Tajuk dan Nama Penulis
Struktur binaan karangan rencana sama dengan perbincangan, pendapat, ulasan dan komen.
Struktur karangan terdiri pendahuluan, perenggan isi atau idea dan perenggan penutup fakta karangan.
Format karangan Rencana;

·         ditulis dalam bentuk format biasa

·         karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.

·         jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya

·         fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk “Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung”. Karangan ini mungkin disalah tafsirkan sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid.

·         pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.

·         senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.

·         setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi

·         pastikan anda dapat menyediakan 4 isi

·         kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi

·         setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.

·         masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.

·         setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.

·         gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.

TAJUK:
[NAMA PENULIS]

Pendahuluan..............................................................................................

Perenggan
1. ..............................................................................................................

Perenggan
2. ...............................................................................................................

Perenggan
3. ..............................................................................................................

Perenggan
4. ..............................................................................................................


Perenggan penutup fakta karangan...................................................................



Soalan :

Saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan jalan raya di surat khabar atau siaran berita. Kemalangan di jalan raya seperti tiada kesudahannya.

Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda.