Seloka Seloka Santap Istiadat (Za’ba)
Seloka Santap Istiadat | Maksud |
Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. | Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut. |
Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan | Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air. |
Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. | Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan |
Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. | Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri. |
Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. | Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis telah diamalkan sejak zaman dahulu. |
Za'ba Kalung Bunga Za'ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka |
Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.
Persoalan | Nilai | Pengajaran |
Persoalan adab sopan ketika makan | Sopan -santun | Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang makan. |
Persoalaan keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera | Kepatuhan | Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan |
Persoalan kesederhanaan ketika menjamu selera | kesederhanaan | Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu. |
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa | Contoh |
Anafora | Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; |
Repetisi | Santap beradat, santap istiadat, |
Bahasa Istana | santap |
Inversi | Bukan santap hendakkan kenyang, Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang |
Metafora | Di dalam riwayat zaman yang silam. |
Unsur Bunyi | |
Asonansi (a) Perulangan vokal “a” | Kelima halwa juadah, |
Aliterasi (b) Perulangan konsonan “m” | Sampai ke mulut mamah perlahan, |
Rima akhir | Rangkap 1: abacb Rangkap 2: aaaabaa Rangkap 3:aabcbc Rangkap 5: ab |
Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.
SOALAN PEMAHAMAN
Jawab soalan-soalan dibawah.
1. Mengapa kita disarankan agar makan dengan sopan tidak gelojoh?
2. Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang hendak disampaikan dalam seloka tersebut?
No comments:
Post a Comment