Syair
|
Maksud
|
Dewa pun duduk ia bercerita,
Asal mulanya dapat sengsara,
Oleh disakitkan saudara,
Setahun sudah di dalam penjara.
|
Dewa bercerita tentang mereka yang dikhianati oleh saudara mereka lalu dipenjarakan selama setahun.
|
Sekalian habis diceritakan,
Suatu tidak dilindungkan,
Terlalu belas naga mendengarkan,
Diambil gemalanya lalu diberikan.
|
Setelah habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita tersebut lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka.
|
Ambillah tuan muda bestari,
Gemala ini nenek memberi,
Harganya itu tujuh buah negeri,
Apa kehendak keluar sendiri.
|
Naga menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri.
|
Jikalau orang terkena bisa,
Airnya sapukan beri berasa,
Jika ditolong Tuhan Yang Esa,
Dengan seketika beroleh sentosa.
|
Batu geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan memberi ketenangan jiwa dengan Tuhan yang Esa.
|
Atau cucuku hendak berperang,
Di dalam gua keluarlah orang,
Beribu keti keluarlah orang,
Dua belas hulubalang yang garang-garang.
|
Jika hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera beserta dengan hulubalangnya.
|
Setelah dewa mendengarkan kata,
Terlalu suka di dalamnya cita,
Lalu bermohon keduanya serta,
Menuju jalan tanahnya rata.
|
Setelah mendengar kata-kata naga itu, dewa dua beradik berasa sangat gembira lalu memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan perjalanan mereka.
|
Berjalan ia berdua bersaudara,
Mengikut pantai tepi segara,
Siang dan malam tiada antara,
Terus ke negeri Inderanegara.
|
Kedua-dua bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke sebuah negeri bernama Inderanegara.
|
Setelah sudah paginya hari,
Sampailah ia ke hujung negeri,
Bertemulah rumah sebuah berdiri,
Rumah kebayan orang yang bahari.
|
Apabila tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu rumah nenek kebayan.
|
Tema:Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga).
Persoalan:
· Setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling membantu untuk menghadapi dugaan.
· Prihatin terhadap permasalahan orang lain seperti naga yang prihatin dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu menghadiahi mereka dengan gemala sakti.
Bentuk:
· Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap mengandungi empat baris.
· Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
· Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.
· Rima akhir tetap ‘a,a,a,a’.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Inversi
|
Setahun sudah di dalam penjara. (R1,B4)
|
Sinkof
|
Dewa pun duduk ia bercerita, (R1,B1)
|
Kata Ganda
|
Dua belas hulubalang yang garang-garang. (R5,B4))
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Apa kehendak keluar sendiri. (R3,B4)
|
Aliterasi
|
Berjalan ia berdua bersaudara, (R7,B1)
|
Nilai:
· Keberanian: Dewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang pebuh sakti untuk mendapatkan gemala sakti.
· Kesetiaan: Dewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam pengembaraan mereka.
· Kasih sayang: Naga berasa simpati dan belas terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh saudara mereka.
Pengajaran:
· Kita haruslah membantu orang yang ditimpa kesusahan.
· Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
· Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita sentiasa diberkati.
sumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/syair-mendapat-gemala-naga-anwar.html
Soalan :
1. Nyatakan tema dan persoalan yang terdapat dalam syair ini ?
______________________________________________________________________________
2. Apakah kegunaan batu geliga yang diberikan oleh naga tersebut ?
______________________________________________________________________________
3. Berikan 2 contoh aliterasi dalam novel ini?
______________________________________________________________________________
4. Senaraikan 2 pengajaran yang terdapat dalam syair ini?

No comments:
Post a Comment