10 September 2014

KESALAHAN EJAAN DAN TATABAHASA

(EJAAN DAN IMBUHAN), (ISTILAH KATA DAN TATABAHASA)

TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA
1.    Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’, ‘kesalahan imbuhan’, ‘kesalahan istilah atau kata’ atau ‘kesalahan tatabahasa’.
2.    Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3.    Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4.    Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
5.    Satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.

BACA DAN FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA .
1.0 KESALAHAN EJAAN
1.1 EJAAN KATA MAJMUK
·         Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian.
·          Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
Salah
Betul
antara bangsa
antarabangsa
beri tahu
beritahu
bumi putera
bumiputera
jawatan kuasa
jawatankuasa
kaki tangan
kakitangan
kerja sama
kerjasama
mata hari
Matahari
olah raga
olahraga
pesuruh jaya
pesuruhjaya
setia usaha
setiausaha
suka rela
sukarela
suruhan jaya
suruhanjaya
tanda tangan
tandatangan
tanggung jawab
tanggungjawab
warga negara
warganegara

1.2  MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA
Salah
Betul
kekanda
kakanda
pengkalan
pangkalan
pesaka
pusaka
selsema
selesema
istihar
isytihar
istirihat
istirahat
hajjah
hajah
catit
catat
jamaah
jemaah

1.3  MENGEJA KATA SENDI NAMA (di- dan ke-)
·         (di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.
Salah
Betul
disitu
di situ
diatas meja
di atas meja
diKota Bharu
di Kota Bharu
kesitu
ke situ
kehadapan rumah
ke hadapan rumah
kePulau Pinang
ke Pulau Pinang

1.4  MENGEJA AWALAN (Awalan di- dan ke-)
Salah
Betul
di tulis
ditulis
di asuh
diasuh
di bungkus
dibungkus
ke tua
ketua
ke dua
kedua
ke kasih
kekasih

2.0       TANDA BACA
2.1  TANDA TITIK (.)
·         Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga untuk menyatakan singkatan.
Salah
Betul
Hj
Hj.
Prof
Prof.
dll
dll.
dsb
dsb.

2.2  TANDA SEMPANG (-)
2.2.1 Sebagai tanda kata ganda
Salah
Betul
meja meja
meja-meja
berkata kata
berkata-kata
bantah membantah
bantah-membantah
gunung ganang
gunung-ganang
ipar duai
ipar-duai
batu batan
batu-batan
saudara mara
saudara-mara

2.2.2 Antara ke dengan angka
Salah
Betul
ke 21 atau ke21
ke-21
ke 102 atau ke102
ke-102

2.2.3 Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran an     
Salah
Betul
tahun 90 an atau 90an atau 90han
tahun 90-an
tahun 20 an atau 20an atau 20han
tahun 20-an




2.2.4 Antara huruf kecil dengan huruf besar
·         Merujuk Tuhan
Salah
Betul
hambaMu atau hamba mu
hamba-Mu
rahmatNya atau rahmat Nya
rahmat-Nya

·         Huruf besar bagi nama khas
Salah
Betul
pro Barat atau proBarat
pro-Barat
pan Asia atau panAsia
pan-Asia
KDN nya atau KDNnya
KDN-nya

2.3  TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat
Salah
Betul
Amboi! Mahalnya harga baju ini.
Amboi, mahalnya harga baju ini!
Alamak! Saya terlupa membawa pensel.
Alamak, saya terlupa membawa pensel!
Cis! Engkau memang penderhaka!
Cis, engkau memang penderhaka!
Aduhai! Mengapalah malangnya nasibku ini.
Aduhai, mengapalah malangnya nasiblu ini!
Nah! Terimalah balasanku.
Nah, terimalah balasanku!

3.0       KOSA KATA
3.1  MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
Salah
Betul
Kami sedang membincangkan perkara itu.
Ia sangat rumit.
Kami sedang membincangkan perkata itu, yang sangat rumit.
Ini buku cerita sejarah. Iamengandungi
kisah-kisah yang menarik.
Ini buku cerita sejarah. Buku inimengandungi kisah-kisah yang menarik.


3.2  MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA
Salah
Betul
berbagai kuih
berbagai-bagai kuih
bersama adik
bersama-sama adik
kedua pelajar
kedua-dua pelajar
setengah orang
setengah-setengah orang
pada bila masa
pada bila-bila masa

3.3  MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK (CARA YANG SALAH)
3.3.1  Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
Salah
Betul
mereka-mereka
mereka
umat-umat
umat
rakyat-rakyat
rakyat

3.3.2  Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak
Salah
Betul
dua buah rumah-rumah
dua buah rumah
semua penonton-penonton
semua penonton
segala pegawai-pegawai
segala pegawai
antara kemudahan-kemudahan
Antara kemudahan
Senarai nama-nama
Senarai nama
Kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan
Kebanyakannya sibuk dengan urusan

3.3.3  Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah
Salah
Betul
guru besar-guru besar
guru-guru besar
kertas kerja-kertas kerja
kertas-kertas kerja
reka bentuk-reka bentuk
reka-reka bentuk


3.4   GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH
3.4.1  Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)
Salah
Betul
di pagi hari
pada pagi hari
di abad ke-20
pada abad ke-20
di masa itu
pada masa itu
di ingatan
Pada ingatan
Buku itu ada dengan Ali
Buku itu ada pada Ali

3.4.2  Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
Salah
Betul
hingga kepada hari ini
hingga ke hari ini
kepada tempat lain
ke tempat lain
dihempaskan kepada batu
dihempaskan ke batu

3.4.3  Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)
Salah
Betul
ke pegawai itu
kepada pegawai itu
ke ketua pasukan
kepada ketua pasukan
ke bahaya dadah
kepada bahaya dadah
dilemparkan ke Ali
dilemparkan kepada Ali
diserahkan ke Ketua Pengarang
diserahkan kepada Ketua Pengarang

3.4.4  Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)
Salah
Betul
Saudara datang daripada mana?
Saudara datang dari mana?
Daripada saat ini, ubahlah sikapmu.
Dari saat ini, ubahlah sikapmu.
 
3.4.5  Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).
Salah
Betul
Dari buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.
Daripada buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.
Dia lebih kaya dari saya.
Dia lebih kaya daripada saya.
Peti itu dari kayu.
Peti itu daripada kayu.
Kiriman itu dari ayahnya.
Kiriman itu daripada ayahnya.

3.5   PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.
·         Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan keterangan(Adverb).
·         Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).
Salah
Betul
pergi sekolah (KI)
pergi ke sekolah
balik kampong (KI)
Balik ke kampung
lupa nama orang itu (KI)
lupa akan nama orang itu
lalu jalan ini (KI)
lalu di jalan ini
benci orang itu (Adj.)
benci kepada orang itu
suka durian (Adj.)
suka akan durian
aku cintanya (Adj.)
aku cinta kepadanya.
takut hantu (Adj.)
takut akan/kepada hantu.
tahu perkara itu (KI)
tahu akan/tentang perkara itu

3.6   KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
3.6.1      beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
3.6.2      ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.

3.7   KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA BUNYI TETAPIBERLAINAN MAKNA. Contohnya :
kelok dengan keluk
tempoh dengan tempuh
seloroh dengan seluruh
pedalaman dengan pendalaman

3.8   KESALAHAN MAKNA PERKATAAN
3.8.1      Penggunaan banyak dan ramai
·         Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang.
·         Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan benda, sementara ramai khas untuk manusia.
·         Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda.
·         Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat.
·         Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya; mungkin kerana banyak orang di pasar itu.

3.8.2      Penggunaan guna dan pakai
·         Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti ‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’
·         kata guna bererti ‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian dengan menggunakan senjata.

3.8.3      Penggunaan pedalaman dan pendalaman
·         Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris.
·         Kata pendalaman pula bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.


3.8.4      Penggunaan bila dan apabila
·         bila = merupakan Kata Tanya
·         apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa.
·         Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat. Contoh :
Salah
Betul
Bila dia pulang, kamu bolehlah pergi.
Apabila dia pulang, kamu bolehlah pergi.

4.0       IMBUHAN
4.1  TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN
Salah
Betul
Mereka sedang kerja.
Mereka sedang bekerja.
Dia hendak ambil barang itu.
Dia hendak mengambil barang itu.
Adik senyum kepadanya.
Adik tersenyum kepadanya.
Kami sudah jawab soalannya.
Kami sudah menjawab soalannya.

http://cikguniabmspm.blogspot.com/2011/07/kesalahan-bahasa.html

3 comments:

  1. Assalamualaikum...cikgu izinkan saya guna bahan ini untuk mengajar anak murid saya ya...terima kasih

    ReplyDelete
  2. sangat bermanfaat. Tuhan memberkati Cikgu..

    ReplyDelete