29 January 2015

Teknik Pemahaman

BENTUK SOALAN PEMAHAMAN


SOALAN 2a – PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
  • SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA (2 MARKAH)
  • SOALAN BERDASARKAN TEKS (3 MARKAH)
  • SOALAN KBKK (4 MARKAH)


SOALAN 2b – PEMAHAMAN CERPEN/DRAMA
  • SOALAN BERDASARKAN TEKS (2 MARKAH)
  • SOALAN KBKK (3 MARKAH)
  • SOALAN KOMSAS (4 MARKAH)


SOALAN 2c – PEMAHAMAN PROSA KLASIK
  • SOALAN MAKSUD RANGKAIKATA / JAWAPAN IKUT TEKS (2 MARKAH)
  • SOALAN BERDASARKAN TEKS (3 MARKAH)
  • SOALAN KBKK (3 MARKAH)


SOALAN 2d – PEMAHAMAN PUISI TRADISIONAL/SAJAK
  • SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA / BAIT / JAWAPAN IKUT TEKS (3 MARKAH)
  • SOALAN KBKK (3 MARKAH)
  • SOALAN KOMSAS (3 MARKAH)


TEKNIK PEMARKAHAN

PEMARKAHAN BAGI SOALAN 2 (PEMAHAMAN) BERDASARKAN ISI YANG CUKUP DAN AYAT YANG GRAMATIS

1. BAGI SOALAN 3 MARKAH (2 ISI):
  • ISI CUKUP DAN AYAT GRAMATIS – 3 MARKAH
  • ISI TIDAK CUKUP TETAPI AYAT GRAMATIS – 2 MARKAH
  • ISI TIDAK CUKUP DAN AYAT TIDAK GRAMATIS – 1 MARKAH
  • ISI TIDAK RELEVAN – 0 MARKAH


2. BAGI SOALAN 4 MARKAH (3 ISI)
  • ISI CUKUP DAN AYAT GRAMATIS – 4 MARKAH
  • ISI CUKUP TETAPI AYAT TIDAK GRAMATIS – 3 MARKAH
  • ISI TIDAK CUKUP TETAPI AYAT GRAMATIS – 2 MARKAH
  • ISI TIDAK CUKUP DAN AYAT TIDAK GRAMATIS – 1 MARKAH
  • ISI TIDAK RELEVAN – 0 MARKAH




Soalan 2 (b), 2 (c) dan 2 (d) berdasarkan Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. 


27 January 2015

Karangan Ulasan - Contoh

CONTOH 1


TEMA - PIRAMID MAKANAN  (15 markah)




Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti.  

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, 

tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah 

perkataan.


Tema:  Piramid Makanan

Analisis Bahan Rangsangan 


TERSURAT
TERSIRAT (Kesan Baik)
ISI
CONTOH
HURAIAN
8 - 12 hidangan
Nasi, mi, roti, bijirin, ubi
Membekalkan tenaga
3 - 5 hidangan
Buah-buahan dan sayuran
Membantu sistem penghadaman
2 - 3 hidangan
Ikan, ayam, itik, daging, kekacang
Membekalkan protein
1 - 2 hidangan
Susu dan produk tenusu
Mengelakkan obesiti
Guna sedikit

Lemak minyak, gula, garam
Mengelakkan penyakit

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Antara amalan pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.
(97 patah perkataan)

CONTOH 2

Tema - Punca Kemalangan Jalan raya




 Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh, terdapat pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan tayar yang baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, faktor kelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar  peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.                                                                                                      100 patah perkataan 




21 January 2015

FORMAT SPM - BAHASA MELAYU

KERTAS 1 - Masa 2 Jam 15 Minit (130 Markah)


Bahagian A – Karangan Berpandu (wajib jawab)
- Bahan rangsangan yang kemungkinan boleh diberi seperti gambar rajah, cartai pai, carta palang, jadual, carta aliran, kartun, keratan petikan akhbar, iklan, poster dan lain-lain
- Terdapat dua jenis soalan :
(i) Arahan soalan berfokus contoh hurai pendapat anda tentang punca..., hurai pendapat anda tentang faktor..., hurai pendapat anda tentang langkah... Jawapan anda mestilah menjawab kepada skop yang dikehendaki
(ii) Arahan soalan tidak berfokus contoh hurai pendapat anda tentang gambar di bawah... Jawapan anda bebas mengikut skop yang anda sendiri fikirkan.
- Isi karangan berpandu mestilah 3 hingga 4 isi
- Sistem pemerengganan – 1 perenggan untuk pendahuluan, 3 atau 4 perenggan isi dan 1 perenggan untuk penutup
- Masa dicadangkan 45 minit dan 30 markah


Bahagian B – Karangan Umum (pilih satu soalan)
- Soalan 1 – Karangan Umum berdasarkan Diri sendiri
- Soalan 2 – Karangan Umum berdasarkan Keluarga
- Soalan 3 – Karangan Umum berdasarkan Masyarakat
- Soalan 4 – Karangan Umum berdasarkan Negara / Dunia
- Soalan 5 – Karangan Umum berdasarkan KOMSAS
- Pilih soalan yang betul-betul anda tahu, arif dan mahir. Jangan pilih soalan yang boleh membunuh diri anda sendiri.
- Isi karangan umum mestilah 5 hingga 6 isi
- Sistem pemerengganan – 1 perenggan untuk pendahuluan, 5 atau 6 perenggan isi dan 1 perenggan untuk penutup.
- Masa dicadangkan 1 jam 30 minit dan 100 markah.


KERTAS 2 - Masa 2 jam 30 minit


Soalan 1 – Rumusan (30 markah)
- Pendahuluan ditulis satu ayat sahaja. Tukar kata kunci soalan pertama. Contohnya ialah faktor tukar kepada sebab/punca, kesan tukar kepada akibat,langkah tukar kepada cara
- Isi tersurat mestilah 6 isi. Isi tersurat terdapat dalam petikan berpandukan kata kunci soalan pertama.
- Isi tersirat 2 isi yang tidak terdapat dalam teks. Berdasarkan kata kunci soalan kedua.
- Penutup mesti ada cadangan dan harapan. perkataan yang boleh digunakan ialah …perlu/mestilah dan …agar/supaya


Soalan 2(a) – Petikan Pemahaman Umum
*peringatan : untuk soalan pemahaman jumlah jawapan yang perlu diberi adalah berdasarkan jumlah markah
- soalan tentang maksud rangkai kata dalam petikan (2markah)
- soalan bertumpu, yakni yang berkaitan dengan isi dalam petikan dan jawapan diambil secara langsung dalam petikan. (3markah)
- Soalan jenis pandangan/pendapat (4markah)


Soalan 2(b):Petikan Prosa Moden (Drama/Cerpen)
- Soalan bertumpu, yakni yang berkaitan dengan isi dalam petikan dan jawapan diambil secara langsung dalam petikan. (3markah)
- Soalan jenis pandangan/pendapat (3markah)
- Soalan berdasarkan Komsas (3markah)


Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik
- Soalan tentang maksud ayat atau rangkai kata dalam petikan (2markah)
- Soalan bertumpu, yakni yang berkaitan dengan isi dalam petikan dan jawapan diambil secara langsung dalam petikan. (3markah)
- Soalan jenis pandangan/pendapat (3markah)


Soalan 2(d): Petikan Puisi (Pantun)
- Soalan tentang maksud ayat atau rangkai kata dalam petikan (2markah)
- Soalan jenis pandangan/pendapat (4markah)
- Soalan berdasarkan Komsas (3markah)


Soalan 3: Pengetahuan Tatabahasa


(a) – Bina ayat (6markah)
(b) – Tukar ayat (jenis-jenis ayat / ayat songsang /ayat aktif / ayat pasif / sambung ayat / pisahkan ayat / cakap ajuk cakap pindah / analisis ayat)
(6 markah)
(c) – Kesalahan ejaan dan imbuhan (6 markah)
(d) – Kesalahan kata, istilah dan tatabahasa (6 markah)
(e) – Peribahasa (6 markah)


Soalan 4: Novel
(a) Umum (7 markah)
(b) Perbandingan novel (8 markah)

20 January 2015

SYAIR BIDASARI

Rangkap 1

          Dengarkan tuan suatu riwayat
          Raja di desa Negeri Kembayat
          Dikarang fakir dijadikan hikayat
          Supaya menjadi tamsil ibarat

Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.

Rangkap 2
          Ada raja suatu negeri,
          Sultan halifah akas bestari,
          Asalnya baginda raja yang bahari,
          Melimpah ngadil dagang senteri.

Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).

Rangkap 3
           Hairan orang empunya temasya,
           Baginda itulah raja perkasa,
           Sangat tiada merasai susah
           Entah pada esok dan lusa

Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.

Rangkap 4
          Seri sultan raja bestari,
          Setelah ia sudah beristeri,
          Beberapa bulan beberapa hari,
          Hamillah puteri permaisuri.

Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.

Rangkap 5
          Beberapa lamanya dalam kerajaan,
          Baginda duduk bersuka-sukaan, 
          Datanglah beroleh kedukaan,
          Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.

Rangkap 6
          Datanglah kepada suatu masa,
          Melayanglah unggas dari angkasa,
          Unggas gurda sangat perkasa,
          Menjadi negeri rosak binasa.

Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.

Rangkap 7
          Datanglah menyambar suaranya bahana,
          Gemparlah sekalian mulia dan hina,
          Seisi negeri gundah-gelana,
          Membawa diri ke mana-mana.

Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.

Rangkap 8
          Baginda pun sedang dihadap orang,
          Mendengar gempar seperti perang,
          Bertitah baginda raja yang garang,
          "Gempar ini apakah kurang."

Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

...

PERBINCANGAN

1   Tema

     Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara (muka surat 3 antologi JKKDI)

2  Nilai

    a)  Keadilan: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil (rangkap 2, baris 4)
   b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan:  Walaupun dilimpahi kesenangan, persediaan menghadapi keadaan sebaliknya
              perlu difikirkan (rangkap 3, baris 3 dan 4)
    c) Kebijaksanaan:  bertindak cepat menyelamatkan diri daripada huru-hara /kemusnahan (rangkap 5 dan 7)

3   Persoalan

     a)  Keadilan dalam pemerintahan
     b)  Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
     c)  Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat genting)

4   Pengajaran
     a)  Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan amanah
     b)  Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
     c)  Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan

5   Perwatakan

     a)  Adil
     b)  Peka / prihatin / sentiasa waspada
     c)  Bijaksana / matang 

Pengenalan : SYAIR BIDASARI

Syair Bidasari

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Syair Bidasari adalah syair yang berkisah tentang Bidasari, seorang puteri raja yang sangat cantik. Dia tidak tahu asal-usulnya, dan kemudian diangkat anak oleh sepasang pedagang kaya. Ratu negeri yang cemburu akan kecantikannya kemudian bersekongkol untuk kemudian membuang Bidasari ke hutan. Di sana dia ditemukan oleh raja yang kemudian menikahinya. [1].
Syair ini diterbitkan dan dibahas oleh H. C. Klinkert di Leiden pada tahun 1886 dalam Drie Maleische Gedichten of Sjair Ken Tamboehan, Jatim Nestapa en Bidasari. Syair ini sempat populer di Eropa pada abad ke-19, dan diterjemahkan ke dalambahasa Belanda, dan disadur dalam bentuk prosa ke dalam bahasa Perancis[2]
RUJUKAN : http://id.wikipedia.org/wiki/Syair_Bidasari

Petikan daripada Syair Bidasari

Tersebutlah perkataan Bidasari,
Setelah malam sudahlah hari, (Lagu Selendang Delima)
Bangunlah ia seorang diri,
Makan dan minum barang yang digemari.

Pergilah mandi Siti Bangsawan,
Serta memakai bau-bauan, (Lagu Rakis)
Lalu masuk ke dalam peraduan,
Santap sirih di dalam puan.

Bertemu sepah bekas dimakan,
Diambil Siti dicampakkan,
Dengan takutnya ia berfikirkan, (Lagu Rakis)
Siapakah ini yang membuatkan.

Jikalau manusia yang empunya,
Nescaya aku dicabulinya,
Jika ayahku datang adalah tandanya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bertambahlah makanan yang dibawanya.

Dilihatnya Siti tempat tidurnya,
Tilam sedikit tersingkir alasnya,
Sirih di puan salah aturannya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bidasari masygul dengan takutnya.

Ia pun duduk di atas geta,
Sangatlah gundah rasanya cita,
Seraya bertaburan air mata, (Lagu Selendang Delima)
Manakah tempat ia hendak dikata

( Syair Bidasari, hlm. 715-717, 721-722)

16 January 2015

Panduan Pemahaman : SPM

PEMAHAMAN
1. Soalan pemahaman petikan umum dikemukakan dalam soalan 2(a) dan markah yang diperuntukkan ialah 9 markah.
2. Soalan yang dikemukakan merujuk kepada petikan umum.
3. Terdapat 3 bahagian soalan yang dikemukakan dan anda wajib menjawab semua soalan:
  • Soalan 2 (a) (i) ialah soalan yang meminta anda menyatakan maksud rangkai kata. Anda hendaklah memberikan maksud rangkai kata dengan tepat. Anda tidak dibenarkan menghuraikan jawapan tetapi mestilah menjelaskan maksud rangkai kata dengan mencari kata sama erti atau sinonim tanpa mengubah maksud rangkai kata yang ada dalam petikan. [2 markah]
  • Soalan 2 (a) (ii) pula ialah soalan pemahaman berdasarkan petikan. Anda hendaklah mengenal pasti jawapan daripada petikan berdasarkan peruntukan markah yang diberikan dalam soalan. Anda tidak boleh menulis isi yang tiada dalam petikan. Biasanya anda hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi kerana setiap isi yang betul akan diberikan satu markah. Anda digalakkan memberikan jawapan yang lebih berdasarkan petikan (jika ada). [3 markah]
  • Soalan 2 (a) (iii) ialah soalan pemahaman berbentuk Kemahiran Berfikir (KB). Jawapan yang diberi mestilah logik dan rasional. Anda hendaklah memberi seberapa banyak isi yang diketahui, iaitu melebihi empat isi. Pastikan jawapan yang diberi tiada di dalam petikan. [4 markah]

Tips Ekspres
1. Baca petikan yang diberi dengan memahami keseluruhan idea. Kemudian,teliti dan fahami soalan yang diberikan. 
2. Pastikan kehendak soalan dan jawab soalan dengan berdasarkan kehendak soalan bagi memperoleh markah penuh.
3. Bina ayat yang lengkap, semak ejaan, tatabahasa, dan tanda baca bagi mengelakkan pemotongan markah.
4. Pelajar dinasihatkan supaya menjawab soalan yang mudah dahulu, iaitu soalan 2 (a) (ii) kerana jawapannya ada di dalam petikan. Kemudian, jawab soalan-soalan yang lain.

_______________________________________________________________________

Sampel Soalan
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.

2 (a) (i) Berikan maksud rangkai kata bagai lembu dicucuk hidung. [2 markah]
2 (a) (ii) Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar menjadi pembuli? [3 markah]
2 (a) (iii) Nyatakan peranan anda sebagai seorang sahabat sekiranya rakan baik anda seorang pembuli. [4 markah]

Sampel Jawapan
2 (a) (i) Maksud rangkai kata ialah mengikut arahan dan kata-kata individu tanpa banyak bertanya. (anda perlu menyatakan perkataan yang sinonim dengan perkataan yang disoal) [2 markah]
2 (a) (ii) Punca-puncanya ialah pengaruh rakan sebaya [1 markah] dan saiz tubuh pembuli yang besar dan tegap [1 markah]. Selain itu, pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini. [1 markah]
2 (a) (iii) Peranan saya adalah memberi teguran dan ingatan bahawa perbuatannya salah [1 markah], melaporkan kejadian buli yang dilakukan kepada guru [1 markah], membawanya berjumpa dengan kaunselor [1 markah], memberitahu ibu bapanya tentang tingkah laku sahabat saya. [1 markah]

rujukan :http://cikguchinboontek.blogspot.com/p/rumusan-dan-pemahaman-spm.html