27 January 2015

Karangan Ulasan - Contoh

CONTOH 1


TEMA - PIRAMID MAKANAN  (15 markah)




Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti.  

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, 

tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah 

perkataan.


Tema:  Piramid Makanan

Analisis Bahan Rangsangan 


TERSURAT
TERSIRAT (Kesan Baik)
ISI
CONTOH
HURAIAN
8 - 12 hidangan
Nasi, mi, roti, bijirin, ubi
Membekalkan tenaga
3 - 5 hidangan
Buah-buahan dan sayuran
Membantu sistem penghadaman
2 - 3 hidangan
Ikan, ayam, itik, daging, kekacang
Membekalkan protein
1 - 2 hidangan
Susu dan produk tenusu
Mengelakkan obesiti
Guna sedikit

Lemak minyak, gula, garam
Mengelakkan penyakit

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Antara amalan pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.
(97 patah perkataan)

CONTOH 2

Tema - Punca Kemalangan Jalan raya




 Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh, terdapat pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan tayar yang baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, faktor kelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar  peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.                                                                                                      100 patah perkataan 




No comments:

Post a Comment