Analisis Teks Syair
Syair
|
Maksud
|
Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajika ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.
|
Nasihat yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.
|
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajinpada bekerja.
|
Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.
|
Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
|
Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.
|
Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.
|
Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.
|
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.
|
Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.
|
Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.
|
Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan.
|
Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.
|
Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang salah.
|
Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.
|
Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.
|
Gambar sekadar hiasan Remaja hari ini adalah pemimpin masa depan |
Tema : Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.
Persoalan:
· Kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan.
· Keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin.
· Ajaran betul dan ajaran songsang yang telah diwartakan.
· Hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri.
Bentuk:
· Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap.
· Setiap rangkap mengandungi empat baris.
· Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris
· Rima akhir tetap iaitu ’a,a,a,a’.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Inversi
|
Menuntut ilmu janganlah segan, (R4,B1)
|
Simile
|
Seperti air di dalam gelas. (R3,B4)
|
Kata Ganda
|
Jika sebarang-barang diramu, (R6,B3)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Jika anakanda menjadi raja, (R2,B2)
|
Aliterasi
|
Amalkan jangan malas dan ngeri.(R1,B4)
|
Nilai:
· Mendengar nasihat: Mendengar nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan masa hadapan.
· Kerajinan: Rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan.
· Keadillan: Seorang pemimpin perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
· Keikhlasan: Kerja kebajikan perlu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.
Pengajaran:
· Kita mestilah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati.
· Kita perlulah menyiasat sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman.
· Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang tindakan.
· Kita haruslah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.
rujukan : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/syair-nasihat-penghujung-thamarat-al.html
No comments:
Post a Comment