( Baha
Zain)
Rangkap
|
Maksud
|
|
Rangkap 1
|
“Dia mencipta manusia.
Mengajarnya pandai berbicara”.
(Al-Quran, 52:3-4)
|
Tuhan yang
menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima
kenyataan.
|
Rangkap 2
|
Engkau beri kami kata-kata
Dan akal untuk mengucapkannya
Kami pindahkan makna
Dari tempat ke tempat
Dari zaman ke zaman
|
Tuhan
telah mengurniakan manusia kebijaksanaan
untuk berbicara tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan
apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai
bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.
|
Rangkap 3
|
Engkau jadikan kami bangsa
Berkulit sawo matang
Belayar di samudera jauh
Menjelajah pulau-pulau dan berlabuh
Di pantai-pantai semenanjung
|
Tuhan
menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan
menghuni serata alam untuk mencari rezeki.
|
Rangkap 4
|
Kata-kata yang berselerakan
Langit, bumi, laut , gunung
Awan, hujan dan pohon
Adalah persekitaran
Seperti kami memetik buah-buahan
Kami sunting istilah imam
Mentakrif tanda alam
Dan menjernihkan tafsiran
|
Unsur-unsur
alam menjadi dalil bagi mengesakan Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta
kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi kehidupan.
|
Rangkap 4
|
Kata-kata mengembangkan pengalaman
Terbentang di semesta alam
Memaknakan kewujudan
|
Percakapan
atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan
manusia menghargai kewujudan diri.
|
Tema sajak:
Kepentingan
berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan
berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang dan
generasi ke generasi dan dari satu
tempat ke satu tempat.
Persoalan:
1.
Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari
bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk berbicara.
2.
Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia.
Contoh: Manusia telah
menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga bahasa
berbeza mengikut tempat dan zaman.
3.
Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah
Contoh: Manusia pelbagai
bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran mereka ke serata
alam.
4.
Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta
Contoh: Manusia mengakui
keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.
5.
Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.
Contoh: Bahasa dapat
menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama manusia dan hubungan
dengan pencipta
Gaya Bahasa :
1.
Anafora – dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
2.
Simile – Seperti kami memetik
buah-buahan
3.
Kata Ganda – kata-kata,
pulau-pulau, pantai-pantai, buah-buahan
Unsur Bunyi :
1.
Asonansi.
Contoh :
Mengajarnya
pandai berbicara (pengulangan vokal a)
Menjelajah pulau-pulau
dan berlabuh (pengulangan vokal u)
Seperti kami
memetik buah-buahan (pengulangan vokal e)
2.
Aliterasi
Contoh :
Engkau beri kami
kata-kata (pengulangan vokal k)
Dan akal untuk mengucapkannya
(pengulangan
vokal n)
Nilai :
1. Kesyukuran
– bersyukur atas setiap kurniaan Tuhan
2. Berhemah
– Menggunakan kata-kata sopan dan berbicara dengan baik
3. Kerajinan
– rajin menuntut ilmu untuk dijadikan bekal dalam kehidupan
Pengajaran
1. Kita
hendaklah mempelajari bahasa dengan sungguh-sungguh
2. Kita
hendaklah berani ke tempat jauh untuk mencari ilmu dan rezeki
3. Kita
hendaklah memikirkan dan menghayati ciptaan Allah
4. Kita
mestilah mempelajari ilmu daripada kitab-kitab Agama.