7 April 2016

Sajak - Dalam Persekitaran Kata-Kata

Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata
Baha Zain)

Rangkap
Maksud
Rangkap 1
“Dia mencipta manusia.
Mengajarnya pandai berbicara”.
(Al-Quran, 52:3-4)
Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima kenyataan.
Rangkap 2
Engkau beri kami kata-kata
Dan akal untuk mengucapkannya
Kami pindahkan makna
Dari tempat ke tempat
Dari zaman ke zaman
Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan  untuk berbicara tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.
Rangkap 3
Engkau jadikan kami bangsa
Berkulit sawo matang
Belayar di samudera jauh
Menjelajah pulau-pulau dan berlabuh
Di pantai-pantai semenanjung
Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan menghuni serata alam untuk mencari rezeki.
Rangkap 4
Kata-kata yang berselerakan
Langit, bumi, laut , gunung
Awan, hujan dan pohon
Adalah persekitaran
Seperti kami memetik buah-buahan
Kami sunting istilah imam
Mentakrif tanda alam
Dan menjernihkan tafsiran
Unsur-unsur alam menjadi dalil bagi mengesakan Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi kehidupan.
Rangkap 4
Kata-kata mengembangkan pengalaman
Terbentang di semesta alam
Memaknakan kewujudan
Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.


Tema sajak:
Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang dan generasi ke generasi dan  dari satu tempat ke satu tempat.

Persoalan:
1.      Persoalan  sikap bersyukur  ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk berbicara.

2.      Persoalan kepentingan bahasa kepada  manusia.
Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan zaman.

3.      Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah
Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran mereka ke serata alam.

4.      Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta
Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.

5.      Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.
Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta

Gaya Bahasa :
1.      Anafora – dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman
2.      Simile – Seperti kami memetik buah-buahan
3.      Kata Ganda – kata-kata, pulau-pulau, pantai-pantai, buah-buahan

Unsur Bunyi :
1.      Asonansi.
Contoh :
Mengajarnya pandai berbicara (pengulangan vokal a)
Menjelajah pulau-pulau dan berlabuh (pengulangan vokal u)
Seperti kami memetik buah-buahan (pengulangan vokal e)

2.      Aliterasi
Contoh :
Engkau beri kami kata-kata (pengulangan vokal k)
Dan akal untuk mengucapkannya (pengulangan vokal n)
Nilai :
1.       Kesyukuran – bersyukur atas setiap kurniaan Tuhan
2.       Berhemah – Menggunakan kata-kata sopan dan berbicara dengan baik
3.       Kerajinan – rajin menuntut ilmu untuk dijadikan bekal dalam kehidupan

Pengajaran
1.       Kita hendaklah mempelajari bahasa dengan sungguh-sungguh
2.       Kita hendaklah berani ke tempat jauh untuk mencari ilmu dan rezeki
3.       Kita hendaklah memikirkan dan menghayati ciptaan Allah
4.       Kita mestilah mempelajari ilmu daripada kitab-kitab Agama.

 rujukan :
PT3 Sasbadi Bahasa Melayu
Kajian Komprehensif KOMSAS Tingkatan 2 - Pelangi

6 comments: