Kenali Istilah Sastera
1.1 Sinopsis
1. Sinopsis ialah suatu ringkasan keseluruhan cerita yang dibuat untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu cerita atau perkara dalam sesebuah cerpen, drama, dan novel.
2. Sinopsis sangat penting bagi pembaca untuk membuat penilaian tentang kekalutan cerita yang hendak disampaikan.
1.2 Tema dan Permikiran
1. Tema ialah idea dasar atau persoalan utama yang menjadi dasar penceritaan.
2. Tema dinyatakan secara langsung (eksplisit) dan secara tidak langsung (implisit). Tema akan diperoleh apabila seseorang itu membaca keseluruhan cerita dalam sesebuah karya.
3. Terdapat satu tema sahaja dalam sesebuah karya.
4. Pemikiran mempunyai maksud yang sama dengani tema, tetapi pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.
1.3 Persoalan
1. Persoalan ialah sesuatu hal atau perkara kecil yang hendak diperkatakan dalam sesebuah genre sastera dan mempunyat kaitan dengan tema.
2. Dalam sesebuah genre sastera, terdapat banyak persoalan yang hendak dipaparkan oleh penulis. Dalam novel, terdapat persoalan yang sangat banyak berbanding dengan cerpen. Kesimpulannya, semakin panjan sesebuah karya, semakin banyak persoalannya.
3. Persoalan yang timbul dalam sesebuah karya adalah untuk menghidupkan dan memperkukuh tema.
1.4 Plot
1. Plot ialah suatu susunan, jalinan, jalan cerita, atau peristiwa yang digambarkan dan diceritakan berdasarkan sebab dan akibat.
2. Plot boleh dibina secara urutan (kronologi) dan tidak secara urutan (tidak kronologi). Plot terbahagi kepada dua, iaitu binaan plot dan teknik plot.
3. Binaan plot ialah cara cerita itu disusun, mengikut bahagian, iaitu permulaan, perkembangan, klimaks, dan peleraian.
4. Teknik plot pula dikenal sebagai teknik penceritaan, iaitu bagaimana cara atau kepelbagaian cara yang digunakan untuk mempersembahkan sesuatu cerita supaya menarik.
Teknik Plot
|
Huraian
|
Dialog
|
Pertuturan atau perbualan antara watak dalam sesebuah karya sastera.
|
Monolog
|
Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang atau watak bercakap secara bersendirian seperti dalam bentuk rayuan, ratapan, doa, dan kata-kata harapan.
|
Monolog
Dalaman
|
Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang watak. Keadaan ini menampakkan watak itu bertutur seorang diri dalam hatinya untuk menunjukkan adanya pergolakan jiwa, tekanan perasaan, dan kekalutan fikiran.
|
Imbas kembali
|
Suatu cara untuk mengenang kembali peristiwa atau kejadian yang telah berlaku. Peristiwa ini dikenang melalui cara dialog, monolog, monolog dalaman, dan pemerian.
|
Imbas
Muka
|
Suatu cara yang digunakan untuk memberikan gambaran awal atau ramalan dan kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku.
|
Pemerian
|
Untuk menyatakan, menceritakan, atau memberitahu sesuatu perkara dengan jelas atau secara langsung.
|
Laporan
|
Suatu teknik memberitahu sesuatu perkara, mengadukan sesuatu maklumat, atau menerangkan perkara.
|
Kolaj
|
Teknik yang memasukkan petikan surat, berita, puisi, dan lain-lain dalam sesebuah karya.
|
Kejutan
|
Unsur dalam sesuatu urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba dan dapat menimbulkan ketegangan perasaan.
|
Saspens
|
Sesuatu keadaan yang dapat menimbulkan kegelisahan, teruja, cemas, dan bimbang ketika menanti sesuatu berita atau menghampiri sesuatu klimaks. Teknik ini digunakan sebagai cara untuk menimbulkan keadaan tertanya-tanya
dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca bagi menarik minat mereka untuk meneruskan pembacaan hingga akhir cerita.
|
1.5 Watak dan Perwatakan
1. Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, sama add manusia ataupun makhluk lain seperti haiwan atau tumbuhan.
2. Perwatakan ialah pelukisan dan pernaparan atau penggambaran seseorang pelaku atau watak dalam sesebuah genre sastera.
3. Gambaran pelaku ini dibuat secara luaran atau dalaman. Gambaran secara luaran adalah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah laku, manakala dalaman pula adalah seperti perasaan, sikap, dan pemikiran.
4. Watak boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:
(a) Watak utama - watak penting yang menggerakkan cerita dalam genre sastera. Watak ini difokuskan secara terperinci dalam cerita dan berkembang luas.
(b) Watak sampingan - watak yang berperanan sebagai watak pembantu untuk menggerakkan jalan cerita. Peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya.
(c) Watak dinamik - watak yang sentiasa berkembang dari segi aksi, pemikiran dan penonjolan serta keupayaannya.
(d) Watak bundar (bulat) - watak yang bersifat rumit dan berkembang kerana mengalami pelbagai keadaan seperti konflik, suka, sedih tekanan, dan sebagainya.
(e) Watak pipih - watak yang tidak rumit dan berkembang, tetapi sekadar sebagai penonjolan dalam sesuatu genre sastera untuk memegang satu aspek atau peranan.
(f) Watak protagonis (putih) - watak yang bersifat baik atau mempunyai nilai murni.
(g) Watak antagonis (hitam) - watak yang sentiasa berlawanan dan bersifat jahat.
(h) Watak statik - watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.
1.6 Latar
1. Latar ialah keterangan tentang keadaan masyarakat, tempat, dan masa terjadinya sesuatu peristiwa yang terdapat dalam sesuatu cerita.
2. Latar sangat penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, tema, persoalan, dan plot.
3. Latar masyarakat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, aksi, cara hidup, amalan, agama, pekerjaan, dan pemikiran masyarakat yang berada di sesuatu tempat dalam cerita. Binatang juga termasuk dalam latar masyarakat.
4. Latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, peristiwa, ciri-ciri, dan sejarah di sesuatu tempat dalam cerita.
5. Latar masa ialah semua jenis keterangan tentang masa sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita. Masa itu meliputi aspek saat, ketika, waktu, jam, zaman, musim, ataupun era.
1.7 Gaya Bahasa / Unsur Keindahan
1. Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikansesuatu perkara, maklumat, persoalan, dan pemikiran dalam sesebuah karya sastera.
2. Gaya bahasa merangkum semua aspek bahasa seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa, pembinaan ayat, dan sebagainya.
3. Gaya bahasa sangat penting untuk menarik minat pembaca dan mewujudkan keindahan bahasa dalam sesuatu cerita.
Gaya Bahasa
|
Huraian
|
Pemilihan
diksi yang
menarik
|
Penggunaan kata-kata yang menarik, indah, kemas, dan kadang-kadang dapat meniupkan semangat remaja. Diksi yang baik terlihat pada pemilihan kata yang tepat, penggunaan kata yang munasabah, serta penggunaan kata yang jelas dan khusus.
|
Penggunaan
Ayat yang
menarik
|
Cara ayat disusun dan dibina juga menarik dengan kepelbagaian ragam. Ada ayat yang pendek dan ayat yang panjang. Kadang-kadang diselitkan dengan ayat yang berunsur kiasan.
|
Personifikasi
|
Unsur ini melambangkan perorangan atau memberikan sifat manusia kepada benda lain atau unsur alam. Unsur ini menjurus kepada suatu perlambangan benda yang tidak bernyawa sebagai sifat-sifat manusia.
|
Simile
|
Unsur ini merupakan suatu perumpamaan yang mengungkapkan kata perbandingan dengan menggunakan perkataan seperti, persis, laksana, bak, umpama, bagai, dan sebagainya.
|
Hiperbola
|
Penggunaan bahasa kiasan sebagai suatu perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan, membesar-besarkan, dan agak melampau.
|
Metafora
|
Perkataan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa. Unsur mi digunakan sebagai suatu perbandingan atau kiasan secara terus atau secara langsung tanpa menggunakan kata seperti, bak, bagai, dan sebagainya.
|
Peribahasa
|
Terdiri daripada simpulan bahasa, pepatah, perumparnaan, bidalan, dan sebagainya.
|
Paradoks
|
Untuk menunjukkan keadaan berlawanan dengan kata-kata dalam sesuatu ayat.
|
Gaya Bahasa
|
Huraian
|
Retorik
|
Penggunaan bahasa yang indah dan menarik serta sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian umum, memujuk, atau mempengaruhi seseorang.
|
Bahasa asing
|
Kepelbagaian bahasa selain bahasa Melayu.
|
Inversi
|
Penggunaan ayat songsang. Contohnya, "Terletak di sini rumahnya" dan "Belum lagi dia menerima kiriman itu."
|
Anafora
|
Pengulangan diksi pada awal baris ayat. Contohnya, perulangan kata "yang" dalam baris-baris sajak di bawah.
Yang akan kucatat
Yang akan kupetik
|
Responsi
|
Pengulangan diksi pada bahagian tengah baris ayat. Contohnya, pengulangan kata "ialah" dalam baris-baris sajak di bawah.
Engkau ialah pusaka moyang
Aku ialah pelayar yang dahaga
|
Epifora
|
Pengulangan diksi pada akhir baris ayat. Contohnya, pengulangan kata "tanah air" dalam baris-baris sajak di bawah.
sastera yang mewarnai tanah air
sastera membesarkan tanah air
|
Kata ganda
|
Perulangan kata sama ada secara penuh, berirama, berubah, ataupun separa. Contohnya, layang-layang, lelayang, dedaun, bukit-bukau, dan sebagainya.
|
Repetisi
|
Perulangan ayat. Contoh:
"Jangan bawa pergi anakku"
"Jangan bawa pergi anakku"
"Jangan bawa pergi anakku"
|
Sinkope
|
Singkatan sesuatu kata seperti ku, kau, mu, tu, dan sebagainya.
|
Perlambangan
|
Kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.
|
1.8 Unsur Bunyi
1. Asonansi, iaitu pengulangan bunyi vokal dalam satu baris sajak. Contohnya, pengulangan vokal u, iaitu maju ke ruang buku.
2. Aliterasi, iaitu pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris sajak. Contohnya, pengulangan konsonan n, iaitu ke kedinginan yang menerpa.
3. Rima, iaitu unsur bunyi akhir pada setiap hujung baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya, rima rangkap di bawah ialah abcbdef.
Di pohon sana (a)
pada dahan pohon tualang (b)
lihatlah lebah-lebah (c)
sudah membuat sarang (b)
serangga yang cergas (d)
sentiasa hidup sepakat (e)
sikap yang terpuji (f)
1.9 Sudut Pandangan
1. Sudut pandangan melambangkan kedudukan pengarang semasa menceritakan sesuatu dalam karya mereka sama ada pengarang terlibat secara langsung ataupun pengarang menggunakan orang yang ketiga.
2. Ada tiga jenis sudut pandangan:
(a) Sudut pandangan orang pertama.
Pengarang menggunakan watak dirinya sendiri dan juga mempunyai kebebasan untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku melalui wataknya sendiri. Di sini, watak pengarang disentuh dalam cerita secara terperinci dan menjadi watak utama. Kebiasaannya, pengarang akan menggunakan kata ganti diri orang pertama, iaitu "aku" atau "saya". Watak-watak lain tidak akan disentuh secara terperinci. Pengarang cuba menyelami segala peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan, dan lain-lain berdasarkan apa-apa yang disaksikan, pengalaman, dan khayalan dengan menggunakan wataknya sebagai orang yang menjadi watak utama dalam cerita.
(b) Sudut pandangan orang ketiga.
Pengarang menggunakan watak lain dan mempunyai kebebasan untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku. Di sini, watak pengarang tidak disentuh dalam cerita. Pengarang cuba menyelami segala peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan, dan lain-lain berdasarkan apa-apa yang disaksikan, pengalaman, dan khayalan dengan menggunakan watak sebagai orang yang ketiga. Pengarang akan menjadi orang yang serba tahu dalam cerita tersebut.
(c) Sudut pandangan objektif.
Pengarang menyampaikan cerita berdasarkan apa-apa yang dilihat dan didengar sahaja. Pengarang tidak terlibat dalam cerita. Namun begitu, kata ganti nama diri ketiga masih digunakan. Pembaca berpeluang untuk menilai apa-apa sahaja yang disaksikan, peristiwa, tingkah laku, dan dialog para watak.
1.10 Nilai Murni
1. Nilai murni ialah suatu perlakuan atau tingkah laku positif seseorang yang dapat memberikan kesan baik dan teladan kepada orang lain.
2. Setiap nilai murni dalam cerita dapat memberikan kesan terhadap pemikiran, perasaan, tingkah laku, dan perhatian kepada seseorang untuk memperoleh ciri-ciri nilai murni dalam kehidupannya.
3. Terdapat 16 nilai murni yang ditetapkan oleh KPM dan ditambah dengan nilai patriotisme.
(a). Untuk memastikan jawapan murid terdapat dalam skema pemarkahan, jawapan murid hendaklah berdasarkan nilai murini tersebut.
(b) Jangan letakkan imbuhan dalam nilai murni yang diberi.
2.11 Pengajaran
1. Pengajaran ialah suatu perutusan, amanat, peringatan, dan pedoman yang hendak diberitahu oleh pengarang kepada seseorang.
2. Pengajaran juga merupakan unsur teladan yang diterapkan oleh penulis dalam sesebuah karya sastera.
3. Pengajaran lazimnya disampaikan secara tersirat dalam sesebuah novel, cerpen, sajak, dan sebagainya.
4. Kebiasaannya, pengajaran dimulakan dengan awalan ayat seperti di bawah:
(a) Kita seharusnya
(b) Kita mestilah
(c) Kita perlulah
(d) Kita janganlah
sumber http://vckis.blogspot.com/2017/07/komsas-kenali-istilah-sastera.html
numpang share ya min ^^
ReplyDeleteingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||