28 February 2019

KARANGAN PASANG SIAP (SPM)


A.   PANDUAN MEMAHAMI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA
q  Baca arahan dengan teliti
q  Baca semua soalan
q  Pilih soalan berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan
q  Kenal pasti isu, penyataan soalan dan arah soalan

B.   KONSEP MENTAFSIR SOALAN KARANGAN

q  Isu                               = Topik dalam  soalan
q  Ayat penyataan         = Ayat  isu                                                                 
q  Ayat tugasan             = Ayat kehendak soalan
           
C.   CONTOH MENTAFSIR SOALAN

Kenal pasti dan lengkapkan jadual jadual mentafsir soalan di bawah.







Contoh soalan :
 sejak akhir-akhir ini  [ masalah sosial dalam kalangan remaja ]  semakin meningkat            dan membimbangkan banyak pihak   

 


Huraikan  [ langkah – langkah untuk mengatasi masalah ini.]


Isu
Masalah sosial dalam kalangan remaja

Penyataan soalan
Sejak akhir – akhir ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak
Ayat  tugasan
Langkah – langkah mengatasi.


A. Perenggan Pendahuluan

1. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu ……. ( isu karangan ).
2. Umum mengetahui bahawa  ………( isu)……. semakin hari semakin serius/ kritikal/ berkurangan/ meningkat/ membimbangkan.
3. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini pasti … ( kesan)………
4. Persoalannya mengapakah hal/masalah/fenomena sedemikian berlaku?
5.  Siapakah yang harus dipersalahkan? ……………………….. ( masukkan peribahasa yang sesuai. Cth tepuk dada Tanya selera)
6. Tiada penyakit  yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

B.Perenggan Isi

ISI PERTAMA

1. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa.. ( ayat tugasan)…. ialah…..
    ( isi 1 / apa)
2.Hal ini demikian kerana ……………. ( huraian / mengapa )
3.Sekiranya dipraktikkan akan ……………………… ( bagaimana/kesan)………
4. Sebagai analoginya ………….( masukkan contoh )
5. Hal ini menyebabkan ………. ( huraian contoh )
6. Persis kata peribahasa Melayu,……………………………
7. Natijahnya,…….. ( kesimpulan kecil/ penutup isi)…………

ISI KEDUA

1. Sesungguhnya …………. ( ayat tugasan )….. ialah ( isi 2 / apa)
2. Hal ini tercetus kerana  ……….. ( huraian isi/ mengapa )
3. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …  ( kesan jangka pendek )…….
4. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah……….(contoh)………..
5. Justifikasinya…….( huraian contoh)……
6. Bertepatanlah dengan kata peribahasa bahawa………( jika ada )……
7. Dengan keadaan sedemikian ………….. ( kesan/kesimpulan kecil )………

ISI KETIGA

1.  Umum mengetahui bahawa …………. ( ayat tugasan ) yang seterusnya ialah …….. ( isi 3/apa)……..
2. Dalam konteks ini ………….. ( huraian isi/ mengapa)……………..
3  ……..huraian (bagaimana)………..
4.Misalnya……….( contoh )………………………..
5.  Oleh hal yang demikian  ……………………(huraian contoh )……………….
6 . Fenomena ini dikatakan …………..(masukkan peribahasa jika ada)
7. Yang pasti ………..(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)

ISI KEEMPAT

1.  Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain……..( ayat tugasan )……ialah …( isi empat /apa)……
2.  Hal ini  demikian kerana……… huraian isi/mengapa)……………………
3    . …..huraian / bagaimana  ………..…….
4.  Sebagaimana yang kita sedia maklum,…….( masukkan contoh)……
5.   Oleh hal yang sedemikian………..(huraian contoh )………
6.   Bak kata peribahasa  atau ungkapan menarik jika ada………………………………………
7.   Tentulah ……………………..( kesan jangka panjang/kesimpulan kecil )

ISI KELIMA
1.  Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ……
     ( ayat tugasan )…….. ialah ( isi 5/apa)
2.  Buktinya ialah………( huraian isi /mengapa )……………………….
3. Hal ini dilakukan kerana …………… ( kesan jangka pendek )…………………..
4. Tamsilnya…………………………………………………………………..
5. Jelaslah bahawa………………………. huraian contoh )………………………………
6. Persis kata mutiara……………………………..
7. Nyatalah……………………….(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)

c.Kesimpulan

1.   Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni  mengatasi / menyokong  isu _________ini.

2.   Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi oleh negara lain.

3.   Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat / negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

 4. Namun begitu bak kata peribahasa  tepuk dada tanya selera.


26 February 2019

Kosa Kata dalam Penulisan

Aplikasi Kosa Kata Luas dalam Penulisan



BILANGAN
KOSA KATA
MAKSUD DAN APLIKASI DALAM AYAT

1
POLEMIK
Maksud :
Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara

Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram]
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap  menjadi polemik dalam kalangan masyarakat
2
MARHAEN
Maksud:
Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]
Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.
3
KULAWARGA
Maksud:
Keluarga

Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia
4
DASAWARSA
Maksud:
Dekad

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.
5
IKHTISAR
Maksud:
Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar Cemerlang]
Pelajar perlu memberikan  ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6
AMSAL/TAMSIL
Maksud:
Seperti,umpama, misal

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amsalnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.
7
WASILAH
Maksud:
Ikatan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Jasa Guru]
Seseorang pelajar tidak wajar  melupakan wasilahyang terjalin dengan guru .
8
NIRMALA
Maksud:
Suci

Aplikasi dalam ayat[Tema: Budi Bahasa]
Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.

9
SAKINAH
Maksud:
Ketenangan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinah berpanjangan
10
SINERGI
Maksud:
Kerjasama

Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap Desa]
Akhir  kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergiuntuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .
11
USLUB/MINHAJ/MANHAJ
Maksud:
Kaedah, cara

Aplikasi dalam ayat[Tema: Membaca]
Membaca merupakan uslub  berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
12
PRAKARSA
Maksud:
Inisiatif

Aplikasi dalam ayat[Tema:Lumba Haram]
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
13
AFORISME
Maksud:
Ungkapan, peribahasa, bidalan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Ponteng Sekolah]
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme,  melentur buluh biarlah dari rebungnya.
14
SIRNA
Maksud:
Hilang

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Buli]
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.


15
JAGATRAYA
Maksud:
Seluruh dunia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
16
SEANTERO
Maksud:
Seluruh

Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Warisan]
Seantero dunia akan memandang tinggi  negara Malaysia jika kita  Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.
17
OBLIGASI
Maksud:
Kewajiban

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

18
MAYAPADA/MARCAPADA
Maksud:
Dunia hari ini

Aplikasi dalam ayat[Tema: Kemalangan Jalan Raya]
Mayapada, isu kemalangan  remaja kerap disiarkan dalam media massa
19
MAPAN
Maksud:
Tidak berubah, sudah diterima umum

Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Lumba Haram]
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba haram.
20
SEYOGIA
Maksud:
Sepatutnya

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
21
SEMENTELAHAN
Maksud:
Tambahan pula

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahankesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.

22
MAUDUK
Maksud:
Pokok perbincangan

Aplikasi dalam ayat[Tema:Rakan Sebaya]
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.
23
PADAU
Maksud:
Layar

Aplikasi dalam ayat
Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.
24
TEGAR
Maksud:
Tidak dapat dilenturkan, keras

Aplikasi dalam ayat[Tema: Merokok]
Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
25
KONGKALIKUNG
Maksud:
Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik

Aplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng Sekolah]
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit
26
MENYISIR
Maksud:
Mengemaskan

Aplikasi dalam ayat
Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izikan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa.
27
MAHMUDAH
Maksud:
Terpuji

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat mahmudah jika diaplikasi dalam kehidupan akan merubah personaliti  remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
28
GEMULAH
Maksud:
Arwah

Aplikasi dalam ayat [Tema: Bangunan Bersejarah]
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.

29
CERITERA
Maksud:
Cerita

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam  kalangan masyarakat.
30
INTI PATI
Maksud:
Bahagian yang penting

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seluruh warga Malaysia
31
BERIJTIHAD
Maksud:
Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad  apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.
32
MENGHADAP
Maksud:
Menghala, mengarah

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
33
BELASUNGKAWA
Maksud:
ucapan takziah

Aplikasi dalam ayat:
Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka
34
KENDATIPUN
Maksud:
Meskipun

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada  pendapatan sebagai tabungan.
35
SIGNIFIKAN
Maksud:
Penting

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Lumba Haram]
Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja


36
TERAMPIL
Maksud:
Cekap dalam melaksanakan sesuatu

Aplikasi dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.

37
PROGNOSIS
Maksud:
Ramalan,telahan

Aplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng Sekolah]
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.

38
PROKLAMIR
Maksud:
Pengisytiharan

Aplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan Bersejarah]
Kerajaan telah memproklamir Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.
39
TRAGEDI
Maksud:
Peristiwa yang menyedihkan

Aplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba Haram]
Menjadi suatu tragedi yang menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambah biak gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.

40
KULAWARGA
Maksud:
Keluarga

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Kulawarga dewan sekalian,
Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.
41
JALUR LEBAR
Maksud:
Rangkaian yang mempunyai julat yang besar

Aplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi Maklumat]
Kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat
42
NIHILISME
Maksud:
Fahaman yang menolak nilai

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka
43
MOBILITI
Maksud:
Perihal mudah bergerak dan digerakkan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng Sekolah]
Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti kea rah kecemerlangan

44
HEDONISME
Maksud:
Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.

45
FRANCAIS
Maksud:
Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.

46
SAF
Maksud:
Baris

Aplikasi dalam ayat[Tema: Lumba Haram]
Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam pada hari ini.

47
PARADIGMA
Maksud:
Model yang jelas tentang sesuatu

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.

48
KODIFIKASI
Maksud:
Kegiatan menyusun maklumat

Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.


49
ENTENG
Maksud:
Ringan, mudah

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.

50
CAKNA
Maksud:
Ambil berat

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Lumba Haram]
Ibu bapa perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.

51
TUNTAS
Maksud:
Menyeluruh dan lengkap

Aplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan]
Tuntasnya,  Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..

52
IZHAR
Maksud:
Jelas

Aplikasi dalam ayat[Tema:OKU]
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.

53
AFDAL
Maksud:
Lebih baik

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank untuk anak-anak.

54
JERAYAWARA
Maksud:
Pameran, ceramah

Aplikasi dalam ayat:
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.




55
REKAYASA
Maksud:
Penerapan unsur-unsur ilmu

Aplikasi dalam ayat[Tema:Guru]
Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasamelalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.

56
EGOSENTRIK
Maksud:
Mementingkan keperluan diri

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap egosentrik  yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.

57
ADIWANGSA
Maksud:
Bangsa mulia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara..

58
EGALITARIANISME
Maksud:
Fahaman bahawa semua orang sama rata

Aplikasi dalam ayat[Tema: Perpaduan]
Konsep 1 Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bahasa

59
ATMA
Maksud:
Jiwa

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.

60
BOBROK
Maksud:
Rosak, binasa

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan negara.



61
PENGITLAKAN
Maksud:
Membuat rumusan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Bersejarah]
Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.

62
EFISIEN
Maksud:
Berkesan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pendidikan Vokasional]
Langkah yang efisien mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.

63
GELANDANGAN
Maksud:
Merempat

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih baik.

64
MUASIR
Maksud:
Kontemporari, semasa

Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Muasir ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.

65
SIMBIOSIS
Maksud:
Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma

Aplikasi dalam ayat[Tema: OKU]
Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.

66
PIDANA
Maksud:
Kejahatan

Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala Sosial]
Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan sebaya.




67
NINGRAT
Maksud:
Orang mulia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.

68
JEMBEL
Maksud:
Miskin

Aplikasi dalam ayat[Tema: Krisis Makanan Antarabangsa]
Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan 

69
MURBA
Maksud:
Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema: Sukan]
Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong Dasar 1 Murid  1 Sukan.

70
PROLETAR
Maksud:
Kaum yang  suka membunuh/ membuat kacau

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.