Seperti yang kita ketahui pada hari ini,ramai remaja dan golongan belia di negara kita terlibat dalam gejala-gejala negatif yang tidak memberikan sebarang faedah kepada mereka.Golongan seperti ini terutamanya para pelajar sudah tentu mempunyai tekanan yang menyebabkan mereka terjebak ke kancah tersebut.Sebenarnya,terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi tekanan dalam kalangan pelajar.
Langkah yang pertama ialah para pelajar boleh berjumpa dengan guru kaunseling di sekolah kerana guru kaunseling ialah orang yang boleh dipercayai oleh pelajar untuk mencurahkan masalah.Hal ini demikian kerana setiap guru kaunseling akan merahsiakan rahsia-rahsia atau masalah yang dihadapi oleh pelajar.Oleh sebab itu,dengan meluahkan segala perasaan tekanan kepada guru kaunseling,para pelajar akan berasa lega dan seterusnya boleh mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi.Kaunselor yang berpengalaman pula seharusnya memainkan peranan mereka dalam membantu para pelajar yang bermasalah.Tegasnya,dengan berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan kaunseling,seseorang pelajar itu akan menjadi lebih positif dalam mendepani cabaran-cabaran hidup yang mendatang.
Selain itu,menghadiri ceramah-ceramah motivasi dapat membina semangat remaja yang sudah jatuh.Para remaja seharusnya mengambil setiap peluang yang ada dengan menghadirkan diri ke mana-mana anjuran ceramah-ceramah motivasi yang diadakan.Seminar motivasi akan memupuk sikap positif dalam diri remaja.Ceramah motivasi yang disampaikan oleh mereka yang berpengalaman semestinya dapat mengembalikan semangat golongan pelajar tersebut kepada keadaan yang normal dari sebelumnya disebabkan oleh tekanan.Tekanan yang dihadapi oleh para pelajar berkemungkinan berpunca daripada ibu bapa dan pelajaran.Tegasnya,ceramah motivasi bukan sahaja mampu membina semangat baru kepada para pelajar bahkan memupuk keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara dalam diri remaja.
Di samping itu,dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga dapat membantu pelajar meredakan tekanan yang dihadapi.Selain itu,mereka juga dapat menimba pengalaman yang berharga dalam kehidupan mereka.Kegiatan kokurikulum bukan sahaja mampu meredakan tekanan,malah dapat mengelakkan mereka terjebak ke dalam gejala-gejala negatif.Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah pada setiap hari Rabu dan Khamis seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para remaja.Remaja yang menyertai aktiviti ini akan mempunyai jati diri yang lebih baik berbanding remaja yang tidak mempunyai akhlak yang baik.Izharnya,tekanan yang dialami oleh para pelajar boleh dikurangkan jika kita menyertai kegiatan kokurikulum.
Kesimpulannya,seseorang pelajar yang berada dalam tekanan haruslah mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.Dengan mengaplikasikan langkah-langkah tersebut dalam kehidupan kita,tidak mustahil seseorang pelajar itu akan lebih berjaya pada masa hadapan.
RUJUKAN 1
RUJUKAN 2
RUJUKAN 3
RUJUKAN 4
No comments:
Post a Comment