28 March 2020

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

PUISI TRADITIONAL:  Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)


Syair
Maksud Syair
Tamatlah kitab dikarang orang,
akalnya pendek ilmunya kurang, daripada sangat hajatku gerang, diperbuat juga sebarang-barang .
Rangkap 1:Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan SYAIR NASIHAT (Penghujung Thamarat at-Muhimmah)
Melepaskan hati yang terbuku, pengajaran kepada sekalian anakku, mudah-mudahan betul tingkah dan laku, perangai yang baik biar terpaku.
Rangkap 2 : Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.
Dengarkan tuan ayahanda berperi, kepada anakanda muda bestari,
nasihat kebajikan ayahanda beri, amalkan jangan malas dan ngeri.
Rangkap 3: Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas.

Ayuhai anakanda muda remaja,
 jika anakanda menjadi raja,
hati yang betul hendaklah disahaja,
serta rajin pada bekerja.
Rangkap 4 :Menurut ayahnya lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja.
Kerja kebajikan janganlah malas,
zahir dan batin janganlah culas, jernihkan hati hendaklah ikhlas,
seperti air di dalam gelas.
Rangkap 5: Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Pada masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih.
Menuntut ilmu janganlah segan,
 ilmu yang benar jangan yang bukan, iaitu ilmu yang kebajikan, di kitab ini sudah disebutkan.
Rangkap 6 :Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas untuk menuntut ilmu. Ilmu yang drtuntut itu mestilah ilmu yang betul seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Hendaklah anakanda mengaji selalu, dari yang lain lebihkan dulu,
had syarak janganlah dilalu,
tidaklah anakanda beroleh malu.

Rangkap 7:Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini perlu diberi keutamaan daripada hal yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar kerana akan menyebabkannya mendapat malu.
Segala perbuatan dengan berilmu,
maka kebajikan boleh bertemu,
jika sebarang-barang diramu,
akhirnya anakanda jatuh tersemu

Rangkap 8: Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.
Ilmu itu benar faedahnya,
membezakan hak dengan batilnya, mengetahui rakyat benar salahnya, supaya dihukumkan dengan adilnya.

Rangkap 9: Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu, perkara yang benar dengan perkara yang tidak benar dapat dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama ada rakyat benar atau salah dan dapat menjatuhkan hukuman yang adil kepada mereka.
Jika ilmu tidak diendah,
sebab anakanda capak permudah,
rakyat datang membawa gundah, anakanda tercengang tunduk tengadah

Rangkap 10 :Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap remeh, hal ini tentu akan membawa masalah kepada anaknya jika menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang datang untuk menyatakan masalah, anaknya tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana tiadanya ilmu pengetahuan.
Hendak menghukumkan tiada tahu, hendak diam hati tak mahu,
berpeluk tubuh tangan ke bahu, mengeluh mengucap mengata Allahu.

Rangkap 11: Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan tidak mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT.
Terkadang duduk mendiamkan diri, sepatah tidak mengeluarkan peri,
penat duduk bangkit berdiri,
lalu masuk ke dalam purl.

Rangkap 12 :Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa-apa. Setelah penat duduk dan bangun, anaknya itu akan menyembunyikan diri di dalam istana.
Orang berdakwa duduk menanti,
serta dengan bersakit hati, hairan takjub tidak mengerti,
sebab bicaranya belum pasti.

Rangkap 13: Orang yang ingin mendapatkan pengadilan akan menjadi marah kerana perbicaraan belum pasti dapat dilakukan.
Terkadang dihukumkan dengan biladah, bukannya syarak bukannya 'adah,
 ambil lekas jalan yang mudah,
supaya jangan berhati gundah.

Rangkap 14: Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan yang terbaik ialah kembali merujuk kepada hukum syarak untuk mendapatkan ketenangan hati.
Jika demikian apa jadinya,
hukum tak betul dengan jalannya,
di hadapan majlis diterimanya,
di belakang kelak diumpatnya.

Rangkap 15 :Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum, maka pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.
Jika yang benar kita hukumkan,
di belakang jangan kita hiraukan,
umpat dan puji kita biarkan,
kepada Allah kita syaksikan.

Rangkap 16: Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum Allah SWT, maka kejian dan pujian rakyat bawahan tidak perlulah dihiraukan oleh mereka.
Fasal 1
Jika anakanda jadi menteri,
orang berilmu anakanda hampiri,
 lawan mesyuarat lawan berperi,
supaya pekerjaan jadi ugahari
Rangkap 17 :Ayah berpesan lagi, jika anaknya menjadi menteri, dia digalakkan untuk berdamping dengan orang yang berilmu supaya dapat memudahkan segala kerjanya.
Hendaklah periksa adabnya wazir,
di dalam kitab sudah terukir,
hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, supaya jangan jadi tergelincir.
 (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.).
Rangkap 18 :Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai bawahannya supaya penyelewengan tidak berlaku.

1.      Tema
Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja atau menteri supaya dapat memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

2.      Persoalan
(a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.
(b) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, dan saksama ketika menjalankan tugas.
(c) Kerja kebajikan yang dilakukan harus dibuat dengan penuh keikhlasan.
(d) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
(e) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan supaya tiada kesilapan ketika menjatuhkan hukuman.
(f) Hukuman yang dijalankan mengikut hukum syarak akan menenangkan hati pemimpin.
(g) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin.
(h) Apabila pemimpin bergaul dengan orang yang berilmu, maka segala kerja akan menjadi mudah.
(i) Tugas pemimpin adalah untuk memantau setiap tugas yang diamanahkan kepada orang bawahan agar tidak berlaku penyelewengan.

3.      Bentuk
(a) Syair ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
(b) Semua baris merupakan maksud.
(c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata.
Contohnya,  diperbuat juga sebarang-barang ilmu yang benar jangan yang bukan
(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga suku kata.
Contohnya, had syarak jangan dilalu pengajaran kepada sekalian anakku Syair ini berbentuk terikat.

4. Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, • Ayuhaanakanda muda remaja (perulangan vokal a)
(b) Aliterasi. Contohnya, • maka kebajikan boleh bertemu. (perulangan konsonan m)
(c) Rima akhir :
·         rangkap 1: aaaa;
·         rangkap 2: aaaa;
·         rangkap 3: aaaa;
·         rangkap 4: aaaa;
·         rangkap 5: aaaa;
·         rangkap 6: aaaa;
·         rangkap 7: aaaa;
·         rangkap 8: aaaa;

·         rangkap 9: aaaa;
·         rangkap 10: aaaa;
·         rangkap 11: aaaa;
·         rangkap 12: aaaa;
·         rangkap 13: aaaa;
·         rangkap 14: aaaa;
·         rangkap 15: aaaa;
·         rangkap 16: aaaa;

 
4.Gaya Bahasa

Gaya Bahasa
Contoh
Anafora (perulangan pada awal perkataan)
Hendak menghukumkan tiada tabu,
hendak diam hati tak mahu,
Inversi
nasihat kebajikan ayahanda beri;
Kata ganda
sebarang-barang;
Penggunaan bahasa Arab
ikhlas; syarak; batil; Allahu; biladah; `adah; Allah
Simile
seperti air di dalam gelas.
Sinkope
seperti air di dalam gelas.


5.Nilai dan Pengajaran

Nilai
Pengajaran
Nilai keadilan.
Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.
Nilai berilmu
Seseorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan urusan pentadbiran.
Nilai keikhlasan
Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan.
Nilai tawakal
 ( berserah diri)
Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah SWT setelah membuat apa-apa keputusan berdasarkan syariat.

24 March 2020

CERPEN : HIPERTENSI

CERPEN HIPERTENSI





A. SINOPSIS:
- mengisahkan seorang pelajar pintar yang meminati bidang aeroangkasa. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman Aqil berehat di rumahnya di lereng bukit yang telah gondol akibat penerokaan hutan.

- Aiman teringat peristiwa lalu di mana dia berdebat dengan cikgu Faridah tentang teori Graviti. Kelas menjadi kecoh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor kerana dia mempunyai daya fikir yang tinggi serta lebih pintar daripada rakannya yang lain.

- Amran ialah anak sulung serta mempunyai 2 adik perempuan iaitu Fadilah Fatin dan Azilah Atiqah. Di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya kerana kurang bijak matematik. Aiman juga teringat bahawa semasa di sekolah rendah, dia selalu ponteng kerana berasa bosan apabila berasakan silibus di sekolah tidak setanding kepintaran yang dimilikinya.

- Disebabkan kepintarannya, di sekolah Aiman selalu menyakat rakan-rakannya yang lambat menyelesaikan masalah dan latihan terutamanya dalam subjek matematik. Dia juga suka merayau di dalam kelas serta ditegur oleh gurunya. Guru kelasnya melaporkan perkara ini kepada ibu bapanya. Ibu bapa Aiman marah dan merotan Aiman di bahagian pinggul hingga lebam.

- kejadian ini menyebabkan Aiman ponteng kelas. Dia mengambil kesempatan untuk berhalusinasi (berangan-angan) tentang dunia sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya usianya bertambah 10 tahun. Dia berimaginasi pokok kelapa di rumahnya sebagai tempat berlepas kapal Soyuz. Sikap peliknya itu diketahui oleh ibu bapanya. Aiman dirotan lagi di pinggulnya. Ibunya memprotes tindakan bapanya di dalam hati sahaja.

- Aiman semakin galak/ kerap membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan dan berpeluang berlatih dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya mendarat di bulan dengan menaiki kapal Soyuz melalui Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman juga membayangkan dirinya berada di bulan dengan pakaian lengkap angkasawan di tempat yang tiada udara. Dia membayangkan dia melihat ciri-ciri fizikal di bulan.

- Setelah dia remaja, daya imaginasinya semakin kuat.  Bapanya terpaksa bersikap kasar kepadanya dan selalu menampar Aiman. Akibat tamparan itu Aiman menjadi gagap pertuturannya. Ibu bapa Aiman menghantar Aiman mendapat rawatan intensif dan latihan terapi. 

- Suatu hari Aiman mendengar suara ghaib yang mengajaknya berubah dan berpijak ke dunia nyata. Suara ghaib itu juga menyuruhnya supaya melihat kepada realiti dirinya serta meminta Aiman supaya mendekatkan diri kepada Tuhan. 

- Aiman akhirnya sedar dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia tidak perlu lagi rawatan intensif dan terapi. Aiman juga sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi. Dia berdoa kepada Tuhan dan berharap hidupnya akan berubah.


B. TEMA:
- bertemakan "keinginan yang tinggi dalam bidang yang diingini sehingga menyebabkan seseorang berimaginasi".
- Contohnya; Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat ke bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.


C. PERSOALAN:
i. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Cth - ibu bapa Aiman menghantar Aiman untuk mendapat rawatan intensif dan terapi setelah Aiman gagap pertuturannya.

ii. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu perkara. Cth - Aiman mampu menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5 walaupun dia baru berada di sekolah rendah.

iii. Rasional dalam membuat sebarang keputusan. Cth - guru Aiman mengambil tindakan tegas menegur Aiman yang suka merayau-rayau di dalam kelas serta melaporkan perbuatan Aiman kepada ibu bapanya.

iv. Sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya. Cth - cikgu faridah mengajar matematik kepada Aiman dan murid-muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.

v. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Cth - Impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah imaginasinya sahaja.

vi. Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Cth - Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.


D. WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Aiman Aqil:
- berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
- anak sulung daripada 3 beradik.
- gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari mulutnya.
- seorang yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah menengah walaupun masih berada di sekolah rendah.
- suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik.
- bercita-cita tinggi.  Cth - bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal seperti Neil Armstrong.
- suka memberontak.  Cth - Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh ayahnya setelah diadukan sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.
- pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.
- insap dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.

2. Bapa Aiman:
- seorang jurutera makenikal.
- seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan intensif dan terapi.
- bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.
- seorang yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang gagap dengan menghantar untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.

3. Ibu Aiman:
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.
- penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.


E. GAYA BAHASA:
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit, aeroangkasa, planet.
ii. penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii.Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"


F. NILAI:
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya di dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang ketika mendidik anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa kepada Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan makanan seimbang dan menjalani gaya hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka merayau supaya kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang lain.


G. PENGAJARAN:
i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru berada di sekolah rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Cth - Bapa Aiman mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth - Guru aiman menasihati Aiman supaya duduk di kerusinya dan tidak merayau serta mengganggu rakan lain.

LATIHAN
1. Berikan 2 peristiwa penting yang terdapat dalam sajak ini
2. Siapakah aiman? Mengapa Aiman berkelakuan pelik dalam cerpen ini?
3. Apakah klimaks bagi cerpen ini? Senaraikan 2 contoh yang berkaitan.
4. Berikan 3 pengajaran yang memberi kesan yang positif kepada masyarakat.

SUMBER RUJUKAN :

23 March 2020

LATIHAN CUTI KAWALAN CONVID19 : 24 MAC 2020 Tatabahasa

LATIHAN CUTI KAWALAN CONVID19 
24 MAC 2020

TATABAHASA

Latihan bina ayat dengan berdasarkan istilah terkini dalam siaran media.

1.pasar raya
2.pusat beli-belah
3.pandu lalu
4.pensanitasi tangan
5.penutup hidung
6.sarung tangan
7.pembelian panik
8.perintah sekatan pergerakan
9.penularan wabak Covid-19
10.angka kematian
11.pekerja barisan hadapan
12.perutusan Yang di-Pertuan Agong
13.kuarantin 
14.rawatan dan ujian saringan

15. pemantauan polis

Indeks : Tajuk = Siaran Media. Latihan = bina ayat . Tarikh = 24 Mac 2020

22 March 2020

LATIHAN CUTI KAWALAN CONVID19 : 23 MAC 2020

LATIHAN CUTI KAWALAN CONVID19 
23 MAC 2020

TATABAHASA


Ayat songsang.


Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang 
pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . 
Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan 
penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat 
songsang  berlaku tanpa  ada penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan 
imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan 
sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat songsang anda  salah dari
 segi binaannya.

Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. 
(-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis 
dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.   Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b)      Pendepanan Frasa Adjektif
 i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                 Ramli rajin. (susunan biasa)
                 Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii.              Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                 Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                 Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

 iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                 Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                 Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

  iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama
          i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                          Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                          Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

            ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                            Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                            Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1



Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang panjang, timbul perasaan sukar
 dalam fikiran anda untuk menukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat songsang. 
Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, tidak ada cara mudah  untuk 
menyelesaikannya melainkan dengan latihan dan menggunakan jadual bantuan 
penukaran ayat biasa kepada ayat songsang berkenaan.

Cuba latihan di bawah untuk meningkatkan kemahiran anda untuk memahirkan 
diri untuk menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.
Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii) Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.


Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.