22 March 2020

LATIHAN CUTI KAWALAN CONVID19 : 23 MAC 2020

LATIHAN CUTI KAWALAN CONVID19 
23 MAC 2020

TATABAHASA


Ayat songsang.


Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang 
pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . 
Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan 
penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat 
songsang  berlaku tanpa  ada penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan 
imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan 
sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat songsang anda  salah dari
 segi binaannya.

Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. 
(-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis 
dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.   Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b)      Pendepanan Frasa Adjektif
 i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                 Ramli rajin. (susunan biasa)
                 Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii.              Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                 Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                 Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

 iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                 Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                 Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

  iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama
          i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                          Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                          Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

            ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                            Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                            Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1



Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang panjang, timbul perasaan sukar
 dalam fikiran anda untuk menukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat songsang. 
Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, tidak ada cara mudah  untuk 
menyelesaikannya melainkan dengan latihan dan menggunakan jadual bantuan 
penukaran ayat biasa kepada ayat songsang berkenaan.

Cuba latihan di bawah untuk meningkatkan kemahiran anda untuk memahirkan 
diri untuk menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.
Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii) Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.


Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.

1 comment: