14 July 2020

PERANAN SEKOLAH - PELAJAR BERKUNJUNG KE PUSAT SUMBER

PERANAN PIHAK SEKOLAH MENGALAKKAN PELAJAR BERKUNJUNG KE PUSAT SUMBER

Dalam meniti arus keemodenan ini, pelajar-pelajar sudah tidak berminat untuk membaca buku mahupun menjejakkan kaki ke pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah boleh didefinisikan sebagai gedung ilmu dan khazanah informasi. Seperti yang kita ketahui, pusat sumber sekolah merupakan destinasi dominan untuk warga sekolah yang dahagakan ilmu pengetahuan. Saidina Ali Bin Abi Talib telah menyenaraikan 10 kepentingan ilmu. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan kita perlu mengetahui bahawa ilmu tidak akan habis walaupun sudah diterokai sedalam-dalamnya jika dibandingkan dengan harta yang akan habis dibelanja. Oleh hal yang demikian, cadangan kepada pihak sekolah untuk mengalakkan pelajar-pelajar berkunjung ke pusat sumber sekolah yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci demi kebaikan semua pihak.

Mengunakan minda pelajar kelas pertama dalam memberi cadangan supaya meletakkan perpustakaan di tempat yang strategik. Hal ini merupakan langkah ambil berat bagi memudahkan pergerakkan dan menjimatkan masa guru-guru dan pelajar yang dalam kesusahan seperti guru berbadan dua, membawa barang yang banyak, pelajar yang ditimpa kesakitan dan sebagainya. Dalam konteks ini meletakkan perpustakaan di aras bawah dan kawasan lapang dengan suasana yang menarik, perpustakaan sekolah akan menjadi tumpuan para pelajar kerana diletakkan di laluan utama. Kesannya, beban guru-guru dan pelajr-pelajar dapat diringankan serta meningkatkan peratus kunjungan pelajar ke perpustakaan sekolah. Oleh itu, secara tidak langsungreputasi sekolah juga akan meningkat.

Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah dengan pihak sekolah memperbanyakan bahan bacaan dan rujukan serta mewujudkan sudut komunikasi teknologi maklumat (ICT). Justeru pusat sumber perlulah dilengkapi dengan pelbagai bahan ilmiah dan rujukan yang bervariasi dan menarik. Umum mengetahui bahawa generasi muda tidak menggemari membaca buku yang tidak mempunyai sebarang gambar. Sebagai contoh, novel, majalah,ensiklopedia dan buku rujukan perlulah perlulah disediakan oleh pihak sekolah supaya murid tidak dikatakan "katak di bawah tempurung". Sudut ICT dan komputer membolehkan pelajar mengakses maklumat dengan pantas yang kini hanya dihujung jari. Secara tidak langsung, kemudahan ini dapat membantu murid yang kurang berkemampuan untuk menggunakan komputer. Justeru, pada masa yang sama kemudahan yang disediakan di pusat sumber sekolah pasti dapat menarik murid untuk mengunjungi perpustakaan dengan lebih kerap.

Lontaran idea yang seterusnya ialah pihak sekolah perlulah menubuhkan sebuah kafe mini di dalam perpustakaan. Hal ini kerana ramaipelajar sering mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran terutamanya pada waktu petang. Kafe mini tersebut perlulah menyediakan kemudahan mesin minuman dan makanan ringan seperti roti, biskut, gula-gula dan beraneka jenis kerepek. Dengan menubuhkan kafe mni ini, para pelajar dapat menjimatkan masa membeli makanan atau minuman tanpa perlu menuju ke kantin mahupun koperasi yang terletak berjauhan dengan perpustakaan. Kesannya, para pelajar dapat mengurangkan rasa ngantuk sewaktu mengulangkaji pelajaran. Malah hasil jaulan kafe mini tersebut dapat digunakan untuk membeli bahan bacaan baru. Oleh itu, penubuhan kafe mini dapat mengalakkan pelajar untuk ke perpustakaan.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, pihak sekolah patut menaiktaraf kondisi perpustakaan sekolah supaya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan membaca di perpustakaan. Contohnya meletakkan tandas berdekatan dengan perpustakaan, membaiki penyaman udara yang telah rosak, kerusi dan meja dalam keadaan lebih teratur. Pihak pengurusan pusat sumber boleh menggunakan tenaga pengawas-pengawas perpustakaan atau pelajar-pelajar untuk menyusun atur meja dan kerusi supaya berada dalam keadaan selesa. Pihak pengurusan juga boleh meminta sedikit sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membaik pulih harta benda perpustakaan. Oleh itu, perpustakaan akan menjadi tarikan kepada pelajar untuk dikunjungi mahupun pengunjung luar dan guru-guru dapat mengajar anak murid dengan selesa.

Kesimpulannya, sebagai mengulung segala yang telah diperkatakan pihak sekolah perlulah bersama-sama pengawas perpustakaan berganding bahu "ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni" agar jumlah pelajar yang berkunjung ke perpuastakaan pasti dapat ditingkatkan lagi. Pada masa yang sama, minat membaca dapat disemai dalam kalangan pelajar seterusnya melahirkan generasi yang cinta akan ilmu. Oleh itu, usaha yang dilaksanakan perlulah bersungguh-sungguh bukannya sekadar "hangat-hangat tahi ayam" mahupun "melepaskan batuk di tangga" sahaja.

KARANGAN- PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pendahuluan
Perpustakaan ialah tempat rujukan.  Murid sekolah mestilah memanfaatkan perpustakaan.
Perpustakaan ditubuhkan di sekolah, daerah, negeri, institusi pendidikan tinggi, dan sebagainya.
Terdapat pelbagai kebaikan jika murid/remaja mengunjungi perpustakaan.
Peribahasa/kata-kata indah : membaca jambatan ilmu.

Isi 1
Murid dapat membaca pelbagai jenis bahan bacaan.  Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan rujukan spt.  buku teks, buku ulasan, buku ulang kaji, kertas model, surat khabar, jurnal, majalah, dll.
Bahan-bahan ini dapat meningkatkan pengetahuan murid/remaja. Khususnya murid yang akan menduduki peperiksaan utama spt PMR, SPM, STPM.
Bahan disediakan secara percuma dan boleh dipinjam oleh murid.
Peribahasa :  Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Isi 2
Murid/remaja dapat belajar dalam keadaan tenang di perpustakaan.
Suasana di dalam perpustakaan sangat selesa (kondusif), tenang, tidak bising.
Perpustakaan dilengkapi dengan pendingin hawa/penyaman udara.
Perpustakaan menetapkan peraturan supaya pengunjung tidak membuat bising. Membantu murid/remaja belajar secara berkesan.
Peribahasa :  sambil menyelam minum air.

Isi 3.
Murid/remaja dapat menggunakan masa secara bermanfaat.
Dapat mengelakkan murid/remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah spt melepak, terlibat dengan gejala sosial, dadah, berpeleseran, dll.
Ibu bapa tidak berasa bimbang akan keselamatan anak-anak remaja mereka terutama pada masa cuti atau hujung minggu.
Peribahasa :  Masa itu emas.

Isi 4.
Murid/remaja dapat memupuk semangat perpaduan dengan lebih berkesan.
Perpustakaan dapat dijadikan tempat interaksi remaja daripada pelbagai kaum.
Mewujudkan kumpulan perbincangan kecil untuk belajar bersama-sama.
Memberi peluang kepada murid/remaja mengenali budaya, agama, bangsa-bangsa yang berbeza-beza.
Peribahasa :  Tak kenal maka tak cinta.

Isi 5.
Memberikan peluang murid/remaja mengakses ilmu melalui pelbagai kemudahan elektronik.
Perpustakaan menyediakan kemudahan internet.  Murid dapat mengakses bahan-bahan pembelajaran seperti nota, soalan-soalan latihan, soalan ramalan, dan sebagainya.
Contoh laman sesawang bercorak akademik ialah tutor.com.my,  skorA.com.my, laman-laman sesawang guru cemerlang, dan sebagainya.
Peribahasa : kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.

Kesimpulan
Banyak kebaikan perpustakaan yang perlu dimanfaatkan oleh masyarakat, khususnya remaja.
Semua pihak hendaklah mengambil peluang untuk memantapkan pengetahuan dengan mengunjungi perpustakaan.
Remaja yang tidak mengunjungi perpustakaan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Remaja yang berpengetahuan dapat bersaing dengan semangat 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment