KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DALAM BAHASA MELAYU
1. Pendahuluan
Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu merupakan salah satu daripada aspek kesalahan umum bagi kebanyakan penutur. Bentuk-bentuk kesalahan seumpama ini sememangnya biasa digunakan oleh penutur-penutur bahasa Melayu tetapi salah dari segi tatabahasa.
Kesalahan–kesalahan ini dapat kita tinjau dari beberapa sudut:
(a) bentuk jamak
(b) penggunaan kata sendi nama
(c) penggunaan kata gant diri
(d) etimologi
(e) kesalahan makna
(f) hukum D-M
2. Kesalahan Menggunakan Kata dalam Bentuk Jamak
Dalam bahasa Melayu, sering terdapat kesalahan penggunaan kata yang sudah mendukung pengertian jamak.
Contoh :
* mereka-mereka yang berkenaan sudah pun dijemput
Kata mereka sudah membawa maksud jamak. Oleh itu, kata tersebut pada kebanyakan kes tidak perlu diulang untuk menunjukkan bentuk jamak.
Mereka yang berkenaan sudah pun dijemput.
Kesalahan penggunaan kata yang sudah menunjukkan maksud jamak juga dapat dikaitkan dengan penggunaan kata bilangan.
Contoh :
*dua buah buku-buku
*semua pelajar-pelajar
Kata bilangan dua dan semua sudah menerangkan maksud bilangan. Oleh sebab itu, buku dan pelajar tidak perlu diulang lagi untuk memberikan pengertian jamak, misalnya;
dua buah buku....
semua pelajar....
Kesalahan penggunaan kata ini juga dapat dikesan dalam ayat yang mempunyai kata nama yang diulang untuk membawa pengertian jamak yang hadir bersama-sama dengan pengulangan adjektif dalam konstituen predikat.
Contoh :
*buku-buku di mejanya tebal-tebal
Buku tidak perlu diulang untuk membawa pengertian jamak kerana dengan mengulang adjektif tebal menjadi tebal-tebal itu sudah tergambar maksud jamak walaupun kata buku tidak diulang.
Buku di mejanya tebal-tebal.
3. Kesalahan Menggunakan Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah akan, antara, dalam, dari, daripada, demi, dengan, di, sampai, ke kepada, oleh, pada, sejak, seperti.
Pemilihan kata sendi nama juga sering kali menimbulkan kekeliruan. Kesalahan dalam penggunaan kata sendi nama ini dapat dikesan dalam contoh-contoh yang menggunakan kata sendi nama dari, daripada, di, pada, kepada dan ke.Kata sendi nama ialah kata tugas yang mendahuli kata nama.
Pemilihan kata sendi nama juga sering kali menimbulkan kekeliruan. Kesalahan dalam penggunaan kata sendi nama ini dapat dikesan dalam contoh-contoh yang menggunakan kata sendi nama dari, daripada, di, pada, kepada dan ke.Kata sendi nama ialah kata tugas yang mendahuli kata nama.
Kata sendi nama dari digunakan untuk merujuk tempat, masa dan arah (temarah). Manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk perkara-perkara yang lebih umum seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya.
Contoh :
*Rombongan itu datang daripada Kuala Kangsar.
Seharusnya :
Rombongan itu datang dari Kuala Kangsar.
Kata sendi nama di yang digunakan untuk tempat sering dikelirukan pula dengan kata sendi nama pada yang digunakan untuk masa, orang, binatang dan benda abstrak. Contoh-contoh kesalahan penggunaan kata di dan pada dapat diperhatikan dalam ayat-ayat berikut:
Contoh :
Salah Betul
*di zaman ini pada zaman ini
*di hari ini pada hari ini
*di masa itu pada masa itu
Kata sendi nama ke pula sering dikelirukan penggunaannya dengan kata sendi nama kepada. Ke digunakan untuk tempat dan benda konkrit yang tidak bernyawa sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak kecuali kata yang menunjukkan masa.
Contoh :
Salah Betul
*kepada Sabah ke Sabah
*ke Aminah kepada Aminah
Penggunaan kata sendi nama ini juga selalu diabaikan apabila predikat diluaskan dengan menambahkan keterangan. Hal ini berlaku dalam ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja tak transitif (intransitif) atau adjektif. Contoh-contoh kesalahan dan pembetulannya adalah seperti berikut:
Contoh :
Salah Betul
*balik kampung balik ke kampung
*pergi kedai pergi ke kedai
4. Kesalahan Menggunakan Kata Ganti Diri
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata ganti diri terbahagi kepada tiga, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.
Contoh :
(a) kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba.
(b) Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau.
(c) Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.
Kesalahan menggunakan kata ganti diri yang selalu berlaku ialah berhubung dengan penggunaan kata ganti diri ketiga. Penggunaan kata beliau sebenarnya khusus untuk orang yang dihormati, tetapi selalu digunakan dengan sewenang-wenangnya dan disamakan dengan kata ganti diri ia atau dia.
Contoh :
{*Tan Seri Sani / Datuk / }telah bersetuju dengan agenda tersebut.
{ Tuan Pengarah} [Ia / Dia ] akan hadir dalam mesyuarat itu kelak.
{*Tan Seri Sani / Datuk / }telah bersetuju dengan agenda tersebut.
{ Tuan Pengarah} Beliau akan hadir dalam mesyuarat itu kelak.
5. Kesalahan Etimologi
Kesalahan berkenaan dengan etimologi (mengkaji asal usul dan perkembangan
sesuatu bahasa) dapat dilihat melalui dua aspek. Aspek yang pertama ialah
kesalahan bentuk kata dan yang kedua ialah kesalahan makna. Kesalahan dalam bentuk kata ini meliputi ejaan dan seterusnya akan mempengaruhi sebutannya.
Contoh-contoh kesalahan yang dapat dikesan dalam bahan-bahan bertulis adalah
seperti yang berikut:
kesalahan bentuk kata dan yang kedua ialah kesalahan makna. Kesalahan dalam bentuk kata ini meliputi ejaan dan seterusnya akan mempengaruhi sebutannya.
Contoh-contoh kesalahan yang dapat dikesan dalam bahan-bahan bertulis adalah
seperti yang berikut:
Salah Betul
*ugama, igama agama
*istirehat istirahat
*kapan kafan
(*kapan bermaksud bila; yang dimaksudkan di sini ialah kain kapas yang digunakan untuk membungkus mayat)
6. Kesalahan Makna
Kesalahan berlaku disebabkan tradisi merujuk kamus tidak begitu ketara dalam kalangan masyarakat kita dan penggunaan sesuatu kata itu hanya mengikut kebiasaan. Contoh-contoh kesalahan adalah seperti yang berikut:
apa dan siapa
Kata tanya apa digunakan untuk menanyakan benda dan binatang telah
digunakan untuk menanyakan nama orang.
Salah Betul
*Apakah nama awak? Siapakah nama awak?
*Nama awak, apa? Nama awak, siapa? atau
Siapa nama awak?
bila dan apabila
Bila merupakan kata tanya sedangkan apabila ialah kata hubung pembentuk
klausa.
Kesalahan yang sering berlaku ialah penggunaan bila sebagai kata penghubung.
Contoh :
Contoh :
Salah Betul
*Kamu boleh pergi bila dia pulang! Kamu boleh pergi apabila dia pulang!
banyak dan ramai
Makna kedua-dua kata ini sering menimbulkan kekeliruan. Banyak orang
menganggap bahawa banyak adalah khas untuk binatang dan benda, sementara
ramai khas untuk manusia.Sebenarnya kata banyak juga boleh digunakan untuk
manusia. Binatang dan benda. Kata ramai pula boleh menunjukkan suasana
tempat.
Contoh :
menganggap bahawa banyak adalah khas untuk binatang dan benda, sementara
ramai khas untuk manusia.Sebenarnya kata banyak juga boleh digunakan untuk
manusia. Binatang dan benda. Kata ramai pula boleh menunjukkan suasana
tempat.
Contoh :
(i) Banyak lembu yang mati kerana terkena penyakit kuku.
(ii) Kerusi lama telah banyak yang rosak dan kini sebahagiannya telah digantikan dengan kerusi yang baru.
(iii) Ramai orang berduyun-duyun ke pesta pantai.
(iv) Banyak orang berpendapat amalan menabung merupakan tabiat yang positif.
(iv) Banyak orang berpendapat amalan menabung merupakan tabiat yang positif.
golongan dan gulungan
Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Kata golongan yang bererti ‘kalangan’ atau ’kelompok’ sering dikelirukan dengan gulungan yang bererti suatu benda atau barang yang bergulung seperti tikar dan kertas.
Contoh :
(i) Dalam sistem demokrasi {golongan} pembangkang merupakan saingan{gulungan} pihak kerajaan.
(ii) {Gulungan} kertas itu kurang rapi.
{Golongan}
guna dan pakai
Guna - melakukan sesuatu dengan ....
Pakai - mengenakan pakaian, kasut, barang perhiasan dan sebagainya
Contoh :
(i) {*Pakai} pisau yang tajam untuk membelah ikan itu.
{Gunakan}
(ii) Mereka telah menjolok jambu itu dengan {menggunakan)
{memakai} pengait.
{memakai} pengait.
(iii) Jangan {pakai} kasut apabila masuk ke dalam masjid.{guna}
pedalaman dan pendalaman
Erti pedalaman iaitu kawasan atau daerah yang jauh terpencil sering dikelirukan dengan kata pendalaman yang bererti perihal mendalamkan, tindakan (proses, dll), mendalamkan (KD, 2005 :307).
Contoh :
(i) Saya pernah menjadi guru di {pedalaman} selama tiga tah
{pendalaman}
{pendalaman}
(ii) Padi huma banyak ditanam di kawasan {pedalaman}.
{pendalaman}.
pendapat dan pendapatan
Pendapat - buah fikiran atau pandangan
Pendapatan - jumlah wang yang diperoleh dalam jangka waktu tertentu (KD, 2005 :313).
Contoh :
(i) Pendapat yang dikemukakan oleh pembahas itu sangat bernas.
(ii) Pendapatannya cukup untuk dia menyekolahkan lima orang anaknya.
7. Hukum D – M (diterangkan – menerangkan)
Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu juga dapat dilihat dari sudut Hukum D-M. Hukum ini merupakan satu sifat susunan kata dalam bahasa Melayu yang berbeza dengan bahasa Inggeris. Dalam Hukum D-M, D melambangkan ’yang diterangkan’ (head) manakala D melambangkan ’yang menerangkan’ (modifier).
Dalam bahasa Inggeris, penerang mendahului kata utamanya (inti) sementara hal yang sebaliknya berlaku dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dapat dikesan ialah susunan kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh susunan kata dalam bahasa Inggeris.
Contoh :
Salah Betul
Rosli Klinik Klinik Rosli
Minah Restoran Restoran Minah
Cili Sos Sos Cili
Lain-lain Hal Hal-hal Lain
Ipoh Kedai Pajak Gadai Kedai Pajak Gadai Ipoh
Goreng pisang Pisang goreng
Lain faktor Faktor lain
No comments:
Post a Comment