22 November 2021
15 November 2021
18 August 2021
TEKS PENUH PROSA TRADISIONAL TING 4 & 5
TEKS PENUH PROSA TRADISIONAL TING 4 & 5
TINGKATAN 4 - KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
KATA KERJA TRANSITIF & TAK TRANSITIF - GOLONGAN KATA
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.
- Kata kerja transitif
- Kata kerja tak transitif
- Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.
- Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:
Bentuk Kata Kerja Transitif | Contoh | Contoh ayat |
Kata kerja berawalan ter- | Terlanggar, termakan, terpijak | Ibu termakan coklat adik. |
Kata kerja berawalan meN- | Mencuci, menendang, memandu | Adik menendang bola di padang. |
Kata kerja berapitan meN…-i | Menaiki,mendekati, | Amir menaiki bas ke sekolah. |
Kata kerja berapitan meN…._kan | Mengemaskan, memasukkan | Profesor Ali mengemukakan idea yang bernas. |
Kata kerja berawalan memper- | Memperbuat, memperlebar | Buruh-buruh itu sedang memperlebarkan jalan raya. |
Kata kerja berapitan memper-….-i | Memperbaiki, mempelajari | Dia mempelajari bahasa asing. |
Kata kerja berapitan memper-….-kan | Memperkanalkan, mempertemukan | Dia cuba mempertemukan ibu dan anak yang sudah lama terpisah itu. |
KATA KERJA TAK TRANSITIF
- Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.
- Terdapat beberapa bentuk kata kerja :
Bentuk kata kerja Tak transitif | Contoh | Contoh ayat |
Kata kerja tanpa imbuhan | Duduk, mandi ,tidur | Dia asyik mandi dari tadi. |
Kata kerja berawalan beR- | Berjalan, bersenam | Adik berjalan menuju ke kantin. |
Kata kerja berawalan meN- | Menyanyi, menangis | Lili menyanyi sambil menari. |
Kata kerja berawalan teR- | Tersenyum, termenung | Wei Mun termenung memikirkan nasib diri. |
Kata kerja berapitan ber-….-an | Bersalaman, berpelukan | Mereka berpelukan sebaik saja bertemu. |
- Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
- Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
- Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
- Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
KATA KERJA PASIF
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.
2. Kata kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu:
(i) kata kerja pasif diri pertama dan kedua.
(ii) kata kerja pasif diri ketiga.
(iii) kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR-.
(iv) kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an.
(v) kata kerja pasif dengan kata kena.
Kata Kerja Pasif Diri Pertama Dan Kedua
1. Kata kerja pasif diri pertama dan kedua terbentuk apabila kata kerja pasif didahului oleh kata ganti nama diri pertama dan kedua. Contohnya, kubaca, kausenangi, anda jelaskan, kaubaca, kita masukkan, kaumasukkan, kami perindah, saya percayai, awak percayai, kita perlihatkan, kauperlihatkan, dan sebagainya.
Contoh ayat: (a) Sudahkah awak baca buku itu? (b) Kita masukkan meja-meja ini ke dalam dewan. (c) Semua buku itu perlu kau masukkan ke dalam beg. (d) Akan kami perindah gubahan bunga di atas meja itu. (e) Tidak dapat kupercayai semua kenyataan mereka. (f) Lukisan itu telah saya siapkan dua hari yang lalu. |
Kata Kerja Pasif Diri Ketiga
1. Kata kerja pasif diri ketiga terbentuk apabila kata kerja pasif bergabung dengan imbuhan di-, diper-, diper-...-i, di-...-kan, di-...-i, dan diper-...-kan. Contohnya, disapu, disenangi, dijelaskan, dipercayai, diperbesar, diperdengarkan, dan sebagainya.
2. Pelaku kata kerja dalam ayat berkenaan mestilah terdiri daripada orang ketiga.
Contoh ayat: (a) Tindakan Samy itu tidak disenangi oleh majikannya. (b) Hutang itu telah dijelaskan oleh mereka. (c) Lagu itu diperdengarkan oleh penyanyi yang terkenal. |
Kata Kerja Pasif Dengan Awalan beR- dan teR-
1. Kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR- terbentuk apabila kata kerja pasif menerima awalan beR- dan teR-. Contohnya berjahit, bersapu, tertelan, terambil dan sebagainya.
2. Kata kerja pasif berawalan beR- bersifat tak transitif dan terdiri daripada dua jenis, iaitu berpelengkap dan tanpa pelengkap.
Contoh ayat: (a) Luka di kakinya beransur baik. (berpelengkap) (b) Ayah sedang bercukur. (tanpa pelengkap) |
3. Kata kerja pasif berawalan teR- terdiri daripada dua jenis iaitu:
(i) kata kerja transitif
Contoh ayat: (a) Kucing itu tertelan tulang ikan. (aktif) (b) Pen sana terambil oleh saya. (pasif) |
(ii) kata kerja tak transitif
Contoh ayat: (a) Kambing itu terjatuh ke dalam longkang. (b) Maya terbaring di atas katil kerana demam. |
Kata Kerja Pasif Dengan Apitan ke-...-an
1. Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an terbentuk apabila kata dasar menerima apitan ke-...-an lalu membentuk kata kerja dalam ayat pasif.
2. Kata dasarnya boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, sebagaimana di bawah:
Golongan Kata | Kata Dasar | Kata Kerja Pasif |
kata kerja | curi lihat jatuh | kecurian kelihatan kejatuhan |
kana nama | hujan malam siang | kehujanan kemalaman kesiangan |
kata adjektif | sejuk sempit panas | kesejukan kesempitan kepanasan |
3. Subjek dalam ayat pasif berkenaan menerima akibat kata dasar yang berapitan ke-...-an itu.
Contoh ayat: (a) Mereka kehujanan sewaktu pulang dari sekolah. (Mereka ditimpa hujan sewaktu pulang dari sekolah) |
4. Kata kerja pasif ke-...-an juga dapat berfungsi sebagai predikat dalam ayat.
Contoh ayat: (a) Ayam-ayam di dalam reban itu kelaparan. (Subjek : Ayam-ayam di dalam reban itu) (Predikat : kelaparan) |
Kata Kerja Pasif Dengan Kata kena
1. Kata kerja pasif dengan kata kena ialah kata kerja tunggal yang didahului oleh kata kena dalam ayat pasif.
Contoh ayat:
(a) Pelajar yang menghisap rokok itu kena hukum oleh guru disiplin.
(b) Pencuri yang mencuri barang-barang di kedai itu telah kena tangkap oleh polis.
11 August 2021
KATA: Kata Tanya, Kata Sendi, Kata Bilangan, Kata Pemeri, Kata Hubung
A. KATA TANYA
kenapa | Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? |
bila | Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? |
siapa | Engkau ini siapa ? |
mengapa | Mengapakah baju awak ini basah ? |
apa | Apakah nama binatang itu ? |
bagaimana | Bagaimanakah rupa hantu ? |
berapa | Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? |
mana | Nelayan itu dari mana ? |
Kata Sendi | Penggunaannya | Ayat Contoh |
akan/ kepada/ terhadap | untuk menunjukkan emosi dan sikap | 1. Adik sayang akan kucing. 2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah. 3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran. |
bagi/untuk | untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain |
|
dari | untuk menunjukkan tempat dan masa |
|
daripada | untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan | 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor. 2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu. 3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah. |
di | untuk tempat | Di dalam dompet itu ada wang. |
dengan | untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatusebagai alat | 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya. 2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah. 3. Adik menulis dengan pensel. 4. Markah saya sama dengan markahnya. |
hingga/ sampai | untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu | 1. Dia bekerja hingga malam. 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh. |
ke | untuk tempat dan benda konkrit | 1. Kereta api menuju ke Padang Besar. 2. Cawan itu terhempas ke batu. |
kepada | untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri | Kes itu diserahkan kepada pihak polis. |
oleh | untuk menunjukkan perlakuan pasif yangberawalan di- dan ter- | 1. Buku itu dibaca oleh Salmi. 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya. |
pada | untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu | 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang. 2. Novel itu ada pada Rahim. 3. Perkara itu benar pada pandangan saya. 4. Serikaya itu disapukan pada roti. |
sejak | untuk menyatakan makna suatu jangka masa | Dia tidak makan sejak semalam. |
seperti/ umpama/bak | untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain | 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar. 2. Badannya besar umpama ahli gusti. 3. Hidungnya mancung bak seludang. |
tentang | untuk menyatakan makna mengenai sesuatu | Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah. |
KATA SENDI | PENGGUNAANNYA | AYAT CONTOH |
di | · Digunakan untuk tempat. · Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. | 1. Pertandingan itu diadakan di Taiping. 2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu. |
ke | · Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. · Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. · Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang. | 1. Mereka akan ke Ipoh esok. 2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang. 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. 4. Cik Bedah ke surau. |
dari | · Digunakan untuk tempat, arah atau masa. | 1. Bola itu ditendang dari penjuru padang. 2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi. 3. Ely datang dari Kelantan. |
daripada | · Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan. | 1. Surat itu saya terima daripada Yatie. 2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu. 3. Ukiran itu diperbuat daripada perak. 4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan. 6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota. |
Kepada/ akan/terhadap | Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. | 1. Devi suka akan rambutan. 2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya. 3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa. |
KATA SENDI | PENGGUNAANNYA | AYAT CONTOH |
bagi/untuk | · Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. | 1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang dipungut. 2. Hadiah ini untukmu. |
pada | · Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. | 1. Peah tiba pada pukul lapan malam. 2. Tiket bas itu ada pada Hanim. 3. Pada pendapat saya, cerita itu benar. |
demi | · Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan | 1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan negara. 2. Demi kepentingan bersama, marilah kita berdamai. |
tentang | · Digunakan untuk menyatakan maknaberkenaan dengan | 1. Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara. |
seperti/ umpama/ laksanabagai | · Digunakan untuk membawa maksudperbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. | 1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai orang berada. 2. Suaranya merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh perindu. |
dengan | · Digunakan untuk menyatakan maksudbersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. | 1. Izzat bermain dengan Hazwan. 2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. 3. Nani belajar dengan tekun. 4. Nora menulis dengan pensel. |
sejak/semenjak | · Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa. | 1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan. |
oleh | · Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- | 1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah. 2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka. |
hingga/ sampai | · Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu. | 1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/ sampai larut malam. 2. Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. |
dalam/ antara | Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. | 1. Dalam hal ini, kita semua setuju. 2. Mereka berbincang antara adik- beradik |
Jenis Kata Bilangan | contohnya |
kata bilangan tentu | satu, dua, tiga, dan seterusnya |
kata bilangan tak tentu | beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah- setengah, dan sebagainya |
kata bilangan pecahan | suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya |
kata bilangan pisahan | setiap dan tiap-tiap |
kata bilangan himpunan | kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya |
kata bilangan tingkat | pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya |
kata bilangan tanya | berapa |
Jenis Kata Bilangan | contoh |
Kata bilangan himpunan 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan. | 1. satu,dua tiga, sepuluh 2. Dua ekor kambing. 3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun. |
Kata bilangan tak tentu 1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. | 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh 2. Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata bilangan tingkat 1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. | 1. pertama, kedua, ketiga 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. |
Kata bilangan pecahan 1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. | 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu. |
Kata bilangan pisahan | 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap 2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera. |
Contoh | Ayat Contoh |
agar | Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. |
apabila | Mukanya pucat apabila disoal. |
atau | Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. |
bahawa | Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. |
dan | Leela dan Siu Lan berjiran. |
hingga | Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. |
Jika | Saya berpayung jika hujan. |
Jikalau | Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. |
kecuali | Semua murid Nadir kecuali Gopal. |
kerana | Aini menangis kerana terlalu sedih. |
lalu | Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. |
manakala | Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. |
sambil | Zalifah bernyanyi sambil menari. |
serta | Zahid serta abangnya menonton wayang. |
semenjak | Saya berkawan dengannya semenjak kecil. |
sementara | Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. |
sungguhpun | Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. |
supaya | Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai. |
walaupun | Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. |
tetapi | Badannya besar tetapi penakut. |
Contoh | Ayat Contoh |
Baik - mahupun | Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. |
Baik- baik | Baik Daud baik adiknya samasama pintar. |
bukan sahaja malah | Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. |
entah entah | Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. |
Jangan – pun | Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. |
Kian – kian | Kian lama kian banyak orang yang ke sana. |
Sama ada – ataupun | Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. |
sedangkan...inikan pula | Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. |
semakin...semakin | Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. |
sungguhpun...tetapi | Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. |
walaupun...namun | Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha. |
Dan | hingga | lalu | ketika |
Dengan | yang | tetapi | jika |
Kerana | serta | kalau | kemudian |
demikian | walhal | walau | agar |
atau | demi | supaya |
semasa | sementara | seharusnya | andaikata |
semoga | seketika | sebaliknya | sedangkan |
setelah | sesungguhnya | walaupun | itupun |
sewaktu | seandainya | meskipun | sekalipun |
mudah-mudahan | moga-moga | jikalau | bagaimanapun |
padahal |