18 August 2021

KATA KERJA TRANSITIF & TAK TRANSITIF - GOLONGAN KATA

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.

Kata kerja terdiri daripada :
  • Kata kerja transitif
  • Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF
  • Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat :
Kakak suka menonton drama.
(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud ayat ini lengkap)
Emak sedang menjahit baju.
(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini lengkap)
  • Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:


Bentuk Kata Kerja Transitif
Contoh
Contoh ayat
Kata kerja berawalan ter-
Terlanggar, termakan, terpijak
Ibu termakan coklat adik.
Kata kerja berawalan meN-
Mencuci, menendang, memandu
Adik menendang bola di padang.
Kata kerja berapitan meN…-i
Menaiki,mendekati,
Amir menaiki bas ke sekolah.
Kata kerja berapitan meN…._kan
Mengemaskan, memasukkan
Profesor Ali mengemukakan idea yang bernas.
Kata kerja berawalan memper-
Memperbuat, memperlebar
Buruh-buruh itu sedang memperlebarkan jalan raya.
Kata kerja berapitan memper-….-i
Memperbaiki, mempelajari
Dia mempelajari bahasa asing.
Kata kerja berapitan memper-….-kan
Memperkanalkan, mempertemukan
Dia cuba mempertemukan ibu dan anak yang sudah lama terpisah itu.


KATA KERJA TAK TRANSITIF
  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

Ayat contoh :
Ayah sedang rehat.
(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebagai pelengkapnya)
  • Terdapat beberapa bentuk kata kerja :


Bentuk kata kerja Tak transitif
Contoh
Contoh ayat
Kata kerja tanpa imbuhan
Duduk, mandi ,tidur
Dia asyik mandi dari tadi.
Kata kerja berawalan beR-
Berjalan, bersenam
Adik berjalan menuju ke kantin.
Kata kerja berawalan meN-
Menyanyi, menangis
Lili menyanyi sambil menari.
Kata kerja berawalan teR-
Tersenyum, termenung
Wei Mun termenung memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan ber-….-an
Bersalaman, berpelukan
Mereka berpelukan sebaik saja bertemu.


Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
  • Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual.
Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan.
Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.


Kata kerja tak transitif berpelengkap.

  • Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
  • Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
  • Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.

Contoh ayat:
Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )
Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )
Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )

KATA KERJA PASIF

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.

2. Kata kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu:

(i) kata kerja pasif diri pertama dan kedua.

(ii) kata kerja pasif diri ketiga.

(iii) kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR-.

(iv) kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an.

(v) kata kerja pasif dengan kata kena.

Kata Kerja Pasif Diri Pertama Dan Kedua

1. Kata kerja pasif diri pertama dan kedua terbentuk apabila kata kerja pasif didahului oleh kata ganti nama diri pertama dan kedua. Contohnya, kubacakausenangianda jelaskankaubacakita masukkankaumasukkankami perindahsaya percayaiawak percayaikita perlihatkankauperlihatkan, dan sebagainya.

Contoh ayat:

(a) Sudahkah awak baca buku itu?

(b) Kita masukkan meja-meja ini ke dalam dewan.

(c) Semua buku itu perlu kau masukkan ke dalam beg.

(d) Akan kami perindah gubahan bunga di atas meja itu.

(e) Tidak dapat kupercayai semua kenyataan mereka.

(f) Lukisan itu telah saya siapkan dua hari yang lalu.

Kata Kerja Pasif Diri Ketiga

1. Kata kerja pasif diri ketiga terbentuk apabila kata kerja pasif bergabung dengan imbuhan di-, diper-, diper-...-idi-...-kandi-...-i, dan diper-...-kan. Contohnya, disapudisenangidijelaskandipercayaidiperbesardiperdengarkan, dan sebagainya.

2. Pelaku kata kerja dalam ayat berkenaan mestilah terdiri daripada orang ketiga.

Contoh ayat:

(a) Tindakan Samy itu tidak disenangi oleh majikannya.

(b) Hutang itu telah dijelaskan oleh mereka.

(c) Lagu itu diperdengarkan oleh penyanyi yang terkenal.

Kata Kerja Pasif Dengan Awalan beR- dan teR-

1. Kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR- terbentuk apabila kata kerja pasif menerima awalan beR- dan teR-. Contohnya berjahitbersaputertelanterambil dan sebagainya.

2. Kata kerja pasif berawalan beR- bersifat tak transitif dan terdiri daripada dua jenis, iaitu berpelengkap dan tanpa pelengkap.

Contoh ayat:

(a) Luka di kakinya beransur baik. (berpelengkap)

(b) Ayah sedang bercukur. (tanpa pelengkap)

3. Kata kerja pasif berawalan teR- terdiri daripada dua jenis iaitu:

(i) kata kerja transitif

Contoh ayat:

(a) Kucing itu tertelan tulang ikan. (aktif)

(b) Pen sana terambil oleh saya. (pasif)

(ii) kata kerja tak transitif

Contoh ayat:

(a) Kambing itu terjatuh ke dalam longkang.

(b) Maya terbaring di atas katil kerana demam.

Kata Kerja Pasif Dengan Apitan ke-...-an

1. Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an terbentuk apabila kata dasar menerima apitan ke-...-an lalu membentuk kata kerja dalam ayat pasif.

2. Kata dasarnya boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, sebagaimana di bawah:

Golongan Kata

Kata Dasar

Kata Kerja Pasif

kata kerja

curi

lihat

jatuh

kecurian

kelihatan

kejatuhan

kana nama

hujan

malam

siang

kehujanan

kemalaman

kesiangan

kata adjektif

sejuk

sempit

panas

kesejukan

kesempitan

kepanasan


3. Subjek dalam ayat pasif berkenaan menerima akibat kata dasar yang berapitan ke-...-an itu.

Contoh ayat:

(a) Mereka kehujanan sewaktu pulang dari sekolah.

(Mereka ditimpa hujan sewaktu pulang dari sekolah)

4. Kata kerja pasif ke-...-an juga dapat berfungsi sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat:

(a) Ayam-ayam di dalam reban itu kelaparan.

(Subjek : Ayam-ayam di dalam reban itu)

(Predikat : kelaparan)

Kata Kerja Pasif Dengan Kata kena

1. Kata kerja pasif dengan kata kena ialah kata kerja tunggal yang didahului oleh kata kena dalam ayat pasif.

Contoh ayat:

(a) Pelajar yang menghisap rokok itu kena hukum oleh guru disiplin.

(b) Pencuri yang mencuri barang-barang di kedai itu telah kena tangkap oleh polis.


SUMBER : SUMBER 1SUMBER 2

No comments:

Post a Comment