27 October 2022

Karangan Rencana

 Karangan Jenis Fakta / Rencana

PENGENALAN


Karangan jenis rencana merupakan karangan yang agak popular ditanyakan dalam soalan peperiksaan. Karangan jenis rencana mengandungi laporan atau ulasan terperinci berkaitan sesuatu isu atau perkara. Oleh hal demikian, pembaca akan memperoleh banyak maklumat, fakta an pendangan tentang isu atau perkara dalam sesebuah rencana tersebut. Dengan itu, pelajar hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas atau fakta yang banyak berkaitan sesuatu program, kempen, penyakit dan lain-lain yang dibincangkan dalam rencana.

FORMAT DAN STRUKTUR KARANGAN

Karangan rencana terdiri daripada Tajuk dan Nama Penulis
Struktur binaan karangan rencana sama dengan perbincangan, pendapat, ulasan dan komen.
Struktur karangan terdiri pendahuluan, perenggan isi atau idea dan perenggan penutup fakta karangan.
Format karangan Rencana;

·         ditulis dalam bentuk format biasa

·         karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.

·         jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya

·         fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk “Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung”. Karangan ini mungkin disalah tafsirkan sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid.

·         pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.

·         senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.

·         setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi

·         pastikan anda dapat menyediakan 4 isi

·         kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi

·         setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.

·         masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.

·         setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.

·         gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.

TAJUK:
[NAMA PENULIS]

Pendahuluan..............................................................................................

Perenggan
1. ..............................................................................................................

Perenggan
2. ...............................................................................................................

Perenggan
3. ..............................................................................................................

Perenggan
4. ..............................................................................................................


Perenggan penutup fakta karangan...................................................................



Soalan :

Saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan jalan raya di surat khabar atau siaran berita. Kemalangan di jalan raya seperti tiada kesudahannya.

Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda.




KERJA KUMPULAN - 27 OKTOBER 2022

 LINK

RODA NAMA


7 October 2022

KERJA KUMPULAN - 12 OKTOBER 2022

 

Makluman kerja 11 Oktober 2022 (Selasa)


Pelajar dikehendaki untuk melengkapkan tugasan :

1. Tugasan latihan bahasa klasik yang telah diberikan pada minggu lepas
2. Melakukan perbincangan dalam kumpulan berkaitan dengan tajuk dibawah.

TVET

Pelajar dalam kumpulan 5 orang dikehendaki untuk mencari maklumat tentang TVET (Latihan Teknikal serta Vokasional). 

Pelajar dikehendaki memilih tajuk dibawah ini,

  1. Pengenalan (File Kump 1)

  2. Kelebihan ( File Kump 2)

  3. Keburukan ( File kump 3)

  4. Masa hadapan pelajar TVET ( File kump 4)

  5. Program TVET di Malaysia (File kump 5)

PAUTAN FOLDER GOOGLE SLIDE 

Arahan :

Pelajar dalam kumpulan perlu mencari isi berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Isi / maklumat perlu diisi dalam google slide yang diberikan.

Perbincangan akan dibuat pada hari Rabu. Berserta tajuk minggu lepas.




4 October 2022

KERJA KUMPULAN - 5 OKTOBER 2022

 PERBINCANGAN KARANGAN

https://rb.gy/qdngux

KUMP 1 - https://rb.gy/iqvxtg

KUMP 2 - https://rb.gy/9tituo

KUMP 3 - https://rb.gy/dmhpgm

KUMP 4 - https://rb.gy/jjsu9a

KUMP 5 - https://rb.gy/xseruq

26 September 2022

WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

 WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

Oleh : Abdul Ghafar Ibrahim

SAJAK
MAKSUD
Dalam kebun diriku
     aku tanam saujana rancangan
     untuk memerdekakan warga susahku
     hidup menentang senja dan malam.

Penyajak menganggap dirinya seperti kebun
Penyajak membuat perancangan jangka panjang
Untuk membebaskan dirinya daripada kesusahan
dan sentiasa menempuh pelbagai cabaran
Dalam parlimen diriku
     aku bahas isu onak dan enak
     untukku merdekakan warga fikirku
     mengelak hidup dikotak-katikkan.

Penyajak menganggap dirinya seperti parlimen
Membincangkan pelbagai perkara yang membelenggu
Supaya pemikirannya menjadi lebih terbuka
Bagi menghalang hidupnya daripada dipermain-mainkan


Dalam laut diriku
     ombak gelora menampar pantai aman
     untuk menguji amal dan iman.
Penyajak menganggap dirinya seperti laut
Sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran
Sehingga teruji keimanan dan amalan

Dalam gergasi diriku
     terpedaya jua oleh permainan si kancil
     namun sempat sedar dan beringat lagi.
Penyajak menganggap dirinya kuat
Tetapi terpedaya juga oleh helah orang yang kecil
Namun penyajak cepat sedar akan helah itu dan cuba menjadikannya sebagai pengajaran

Dalam pentas diriku
     aku berlatih menangkis angin
     aku berlatih memunggah awan
     menghayati skrip demi skrip
     yang tak diduga klimaksnya.

Penyajak menganggap dirinya seperti pentas
Penyajak berusaha menongkah cabaran
Penyajak berusaha menggapai impian
Penyajak menghayati setiap peristiwa yang berlaku
Kadang-kadang penyajak tidak sedar peristiwa itu adalah kemuncak hidupnya

Dalam dewan diriku
     aku tak cemas lagi
     oleh kata yang mengekang
     aku tak lemas lagi
     oleh kata yang menyerang

Penyajak menganggap dirinya seperti dewan
Penyajak tidak gusar lagi
Dengan kata-kata yang boleh menghalang
Penyajak tidak tenggelam lagi
Dengan kata-kata yang menghina
Apabila sibermerdeka sampai
     ke rumah cabaranku
     aku panggil diriku bermesyuarah
     menyokong, berkecuali atau menentang
     aku ambil keputusan
     waktu itu aku kenal batas diri
     untuk tidak mengulangi kekalahan.

Apabila arus globalisasi tiba
Ke dalam kehidupan penyajak yang mencabar
Penyajak mengajak dirinya berbincang
Untuk bersetuju, berkecuali atau menolak
Penyajak telah membuat keputusan
Pada masa itu penyajak mengenali keterhadan dirinya
Penyajak tidak akan menyerah kalah

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
     aku turun darinya menghadapi hidup nyata
     peristiwa datang peristiwa pergi
     bagai siang memanggil malam
     dan sibermerdeka terus berkaca
     terus mengalirkan arus ingatan
     elakkan dirimu menjadi sia-sia
     hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Kini penyajak telah berusia
Penyajak cuba berhadapan dengan kehidupan realiti
Peristiwa yang membelenggu diri penyajak akan silih berganti
Sepeti perubahan siang dan malam
Arus globalisasi terus bertapak
Dalam kehidupan manusia sebagai peringatan
Penyajak mengajak supaya kita mengelakkan diri daripada perkara yang tidak berfaedah
Penyajak mengajak supaya kita mendekatkan diri dengan Tuhan


NILAI
1. Tanggungjawab
2. Rasional
3. Keberanian

PENGAJARAN
Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
 
Kita mestilah memiliki pendirian
Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
 
Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri
Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LATIHAN

1.  Apakah maksud rangkap keempat sajak "www.sibermerdeka.com.my"?

2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari?

3. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

19 May 2022

PBD - BM BUKU KERJA SASBADI

 TEMA 5 - PRODUKTIVITI

TEMA 6 - DUNIA PELANCONGAN

TEMA 7 - DEMI KEDAMAIAN

TEKNIK MENULIS KARANGAN PENDAHULUAN

 TEKNIK FACLK

Ø  memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus pernyataan (F).
Ø  Ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama tadi.
Ø  Selepas itu, bina ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan pernyataan soalan.
Ø  Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L).
Ø  Ayat terakhir yang perlu dibina oleh murid iaitu kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi.
Ø  Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan yang menarik yang dirasakan sesuai.

CONTOH

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung.
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin menjadi-jadi dan nampaknya sukar untuk dibanteras. Hal ini kerana kes tersebut melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam (F). Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api dalam sekam. Fenomena ini juga sekaligus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti (A).  Contohnya, jika seseorang pegawai menawarkan rasuah utnuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya (C). Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar dapat melahirkan masyarakat yang amanah dan berintegriti (L). Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit (K).


Teknik ITCHF (Isu, Tanya, Contoh, Hurai, Fokus)
Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada ayat isu pernyataan (I) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu ayat tanya (T) daripada ayat pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu ayat contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu ayat huraian (H) dan ayat kelima ialah ayat fokus soalan (F) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi. Dengan cara itu pelajar dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, atau jalinan idea yang mantap. Jika jalinan idea tersebut mantap, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang baik dan menepati kehendak soalan.

Soalan Contoh 1
Banyak rumah yang telah siap dibina dikatakan sukar untuk dijual pada masa ini.
Pada pendapat anda, mengapakah perkara itu berlaku?

Perenggan Pendahuluan Contoh 1
I - Isu rumah yang sudah siap dibina tetapi sukar untuk dijual merupakan isu biasa pada masa ini. (I) – Ayat Isu
T - Masalah ini berlaku kerana tiada permintaan terhadap rumah tersebut hingga menyebabkannya terbiar begitu sahaja. (T) – Ayat Tanya - kenapa
C - Menurut perangkaan terkini, di Kedah terdapat 3,783 unit diikuti oleh Selangor dengan 3,713 unit dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 929 unit rumah yang masih tidak dapat dijual. (C) – Ayat contoh
H - Perkara ini tentunya akan memberikan kesan kepada pertumbuhan atau kemajuan sektor perumahan negara. (H) - Ayat huraian contoh
F - Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala pemanasan global berlaku. (F) – Ayat fokus soalan  (83 perkataan)

Soalan Contoh 2
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.
Jelaskan manfaat bangunan bersejarah tersebut.

Perenggan Pendahuluan Contoh 2

Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita dan perlu dikekalkan kerana tinggi nilai warisannya. (I) Bangunan tersebut menjadi bukti daripada fakta sejarah yang dapat menarik pelancong asing ke negara kita. (T) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, bangunan bersejarah tersebut perlu dipelihara daripada kerosakan dan kemusnahan. (H) Terdapat banyak manfaat atau kelebihan mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. (F)  (90 perkataan)

Pelajar harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan pelajar. Oleh hal yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluan karangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi, murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih untuk menulis perenggan pendahuluan. Bagi calon-calon STPM, biasakan diri dengan menulis perenggan pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 80 hingga 90 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula, biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 60 hingga 70 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perenggan pendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R) dan juga mempengaruhi markah pengolahan (P).

JENIS PERENGGAN PENDAHULUAN

 Secara umumnya, pelajar boleh memilih cara menulis pengenalan sama ada secara umum atau memilih beberapa lagi jenis pengenalan yang lain.

Jenis-jenis pengenalan:


1. Pengenalan jenis umum.

2. Pengenalan jenis definisi.

3. Pengenalan jenis pendapat pemimpin.      

4. Pengenalan jenis suasana.

5. Pengenalan jenis persoalan.                         

6. Pengenalan jenis sejarah.          

7. Pengenalan jenis berita.                                

8. Pengenalan jenis peribahasa.

9. Pengenalan jenis dialog.                              

10. Pengenalan jenis puisi.

11. Pengenalan jenis lagu.


1.  Pengenalan  jenis umum.

Penulisan pengenalan jenis umum memerlukan pelajar menulis dua jenis ayat iaitu 

 a)  ayat rangsangan

 b)  ayat arahan.

Ayat rangsangan  ialah ayat yang berfungsi untuk merangsang pembaca untuk membaca karangan tersebut seterusnya dan meninggalkan kesan yang bermakna kepada pembaca atau pemeriksa. Justeru, dalam penulisan perenggan pengenalan jenis umum ini pelajar perlu mampu menulis ayat-ayat yang menarik, merujuk kepada tema berdasarkan soalan karangan dan isu yang dikaitkan seelok-eloknya berkaitan isu semasa yang hendak dikaitkan secara umum. Sebaliknya, jika ayat yang dibina tidak merangsang minat pembaca, situasi ini akan menyebabkan pengenalan anda biasa sahaja dan tidak ada ciri keistimewaan untuk memikat pembaca.

Ayat arahan pula bermaksud ayat yang menjawab kata kunci soalan karangan yang ditugaskan. Melalui ayat arahan ini pembaca atau pemeriksa sudah tahu isi yang ingin anda tulis atau garap dalam penulisan seterusnya. Kebiasaannya ayat arahan ditulis pada bahagian akhir perenggan pengenalan.

Contoh soalan:

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (AR1) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (AR2) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, dan boleh merosakkan masyarakat dan ekonomi negara.(AR3) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah kerana rasuah mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat, ekonomi, dan maruah negara. ( AA)


Contoh soalan 2

Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan jalan raya.

Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1) Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat terlibat dalam kemalangan. (AR2)  Dari segi stastik pula, kadar kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang tertinggi di dunia. (AR3) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. (AA)

Dalam jawapan contoh pengenalan di atas ( AR1 ) ialah ayat rangsangan 1, (AR2) ayat rangsangan 2, (AR3) ayat rangsangan 3, dan (AA) ayat arahan.


2.  Pengenalan jenis definisi.

 Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.


“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak  punca yang boleh menyebabkan insiden ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.


3.  Pengenalan jenis pendapat pemimpin.

Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.


4.  Pengenalan jenis suasana atau situasi.

Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumah tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi panik kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan bagi  menyelamatkan mangsa. Tambahan pula, tiada alat yang boleh saya gunakan untuk membantu saya menyelamatkan mereka. Namun begitu, saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.


5.  Pengenalan jenis persoalan.

Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?


6.  Pengenalan jenis sejarah.

Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?


7.  Pengenalan jenis berita .

Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna.
Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.

‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.


8.  Pengenalan jenis peribahasa.

Peribahasa ”jiran sepakat membawa berkat” sangat tepat digunakan sebelum ini oleh
masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.

‘Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh. Hal ini tentu mengetepikan  maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan ini.


9.  Pengenalan jenis dialog.     

Ceritakan sebuah karangan yang berkait dengan peribahasa air yang dicincang tidak akan putus.


“Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim.

“Pergi kataku!” kataku lagi.

“Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresak-esak menahan kesakitan.

“Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi.


10.  Pengenalan jenis puisi.

Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”. Tulis esei anda itu selengkapnya.

Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.


11.  Pengenalan jenis lagu.

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.

Burung yang berkicau
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang

Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

Apabila kita baca, dan teliti pengenalan di atas, setiap pengenalan berkenaan ada kekuatan dan memberi impak yang besar kepada pembaca.

rujukan : LINK 1 , LINK 2