WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
Oleh : Abdul Ghafar Ibrahim
SAJAK | MAKSUD |
Dalam kebun diriku aku tanam saujana rancangan untuk memerdekakan warga susahku hidup menentang senja dan malam. | Penyajak menganggap dirinya seperti kebun Penyajak membuat perancangan jangka panjang Untuk membebaskan dirinya daripada kesusahan dan sentiasa menempuh pelbagai cabaran |
Dalam parlimen diriku aku bahas isu onak dan enak untukku merdekakan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan. | Penyajak menganggap dirinya seperti parlimen Membincangkan pelbagai perkara yang membelenggu Supaya pemikirannya menjadi lebih terbuka Bagi menghalang hidupnya daripada dipermain-mainkan |
Dalam laut diriku ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman. | Penyajak menganggap dirinya seperti laut Sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran Sehingga teruji keimanan dan amalan |
Dalam gergasi diriku terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi. | Penyajak menganggap dirinya kuat Tetapi terpedaya juga oleh helah orang yang kecil Namun penyajak cepat sedar akan helah itu dan cuba menjadikannya sebagai pengajaran |
Dalam pentas diriku aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan menghayati skrip demi skrip yang tak diduga klimaksnya. | Penyajak menganggap dirinya seperti pentas Penyajak berusaha menongkah cabaran Penyajak berusaha menggapai impian Penyajak menghayati setiap peristiwa yang berlaku Kadang-kadang penyajak tidak sedar peristiwa itu adalah kemuncak hidupnya |
Dalam dewan diriku aku tak cemas lagi oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi oleh kata yang menyerang | Penyajak menganggap dirinya seperti dewan Penyajak tidak gusar lagi Dengan kata-kata yang boleh menghalang Penyajak tidak tenggelam lagi Dengan kata-kata yang menghina |
Apabila sibermerdeka sampai ke rumah cabaranku aku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan waktu itu aku kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan. | Apabila arus globalisasi tiba Ke dalam kehidupan penyajak yang mencabar Penyajak mengajak dirinya berbincang Untuk bersetuju, berkecuali atau menolak Penyajak telah membuat keputusan Pada masa itu penyajak mengenali keterhadan dirinya Penyajak tidak akan menyerah kalah |
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi bagai siang memanggil malam dan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan elakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan dirimu di persada Tuhan. | Kini penyajak telah berusia Penyajak cuba berhadapan dengan kehidupan realiti Peristiwa yang membelenggu diri penyajak akan silih berganti Sepeti perubahan siang dan malam Arus globalisasi terus bertapak Dalam kehidupan manusia sebagai peringatan Penyajak mengajak supaya kita mengelakkan diri daripada perkara yang tidak berfaedah Penyajak mengajak supaya kita mendekatkan diri dengan Tuhan |
NILAI
1. Tanggungjawab
2. Rasional
3. Keberanian
PENGAJARAN
Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan Kita mestilah memiliki pendirian Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LATIHAN
1. Apakah maksud rangkap keempat sajak "www.sibermerdeka.com.my"?
2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari?
3. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
No comments:
Post a Comment