16 August 2018

TEKNIK PLOT - LEFT ADNAN (T4)

Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya, teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens. 


DIALOG. Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan tentang rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik pada suatu malam. 

MONOLOG Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai 

MONOLOG DALAMAN 
Teknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain,

Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.  

PEMERIAN Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung, 
Contoh :  Pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu 

IMBAS KEMBALI Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. 
Contoh :  Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam  Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.

IMBAS MUKA Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi. Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain. 
Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan menembak musuh yang datang.Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga.  Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.  Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya.  Apatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.

SASPENS Teknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya. 


KEJUTAN Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut.  x












No comments:

Post a Comment