27 June 2013

Watak - Novel Wira Persona Avatari

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Aina
 

• Adik kepada Anas
• Bertubuh kecil - berumur 12 tahun
• Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
• Pintar - digelar rakan sedarjah “si cili padi”
• Rajin beribadat – berpuasa sunat bulan Rejab
• Gigih – berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II
• Keras hati – tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya

Watak Sampingan
Anas

• Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
• Berumur 17 tahun
• Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
• Penyayang – amat menyayangi adiknya, Aina
• Berani – sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada
• memenangi pertandingan
• Bijak – bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
Zuriani
• Gadis kacukan Melayu - Inggeris
• Sahabat karib Aina - berumur 12 tahun
• Peserta simpanan Pasukan Zamrud II
• Rendah diri – kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan
• tempat Aina di peringkat akhir pertandingan
• Amanah – tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh Pak Cik Tan

4
Kumar

• Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas
• Panas baran – lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games
• Star
• Angkuh – tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan
• komputer Avatari Pak Cik Ho
• Menginsafi kesilapan diri – berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II

Adeen

• Anak Profesor Zakri
• Berumur 18 tahun
• Pengendali komputer Avatari
• Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia
• Sangat pintar – mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap
• Sabar – tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar

Pauline

• Anak tunggal Pak Cik Ho
• Berumur 17 tahun
• Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
• Menaruh hati terhadap Anas
• Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho
• Berani – sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar

Anjali



• Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap
• Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya
meninggalkan mereka
• Kasar – dipengaruhi oleh didikan abangnya
• Pembelot – sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya
• Pandai bermain permainan video – mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War

Latar - Novel Wira Persona Avatari

Latar Tempat
1.  Latar tempat dalam cerita ini ialah di bandar.
2.  Anggun  ± kompleks beli belah di  mana Pertandingan Avatari berlangsung.
3.  Bilik  kayu  atau  bilik  persalinan sementara ±  tempat  di  mana  Aina ditembak  oleh  Ah
Kong.
4.  Bilik  bacaan  ±  tempat  Anas  dan  Aina  melayari  internet  untuk  mencari maklumat
tentang pertandingan Avatari.
5.  Rumah  Pak  Ho  ±  Anas  dan  Aina  bertandang  ke  rumah  pak  Ho  untuk meminta
pertolongan meminjamkan komputer alam maya kepada mereka.
6.  Pusat  pemainan  Game  Star  ±  Pauline,  Anas,  Aina  dan  Kumar  menunggu kehadiran
Adeen di sini.
7.  Padang  bola  Kampung  Pindah  ±  Pauline,  Aina  ,  Anas  dan  Adeen menjalani  latihan
fizikal dan  mental yang dikendalikan Cikgu Nisah.
8.  Pantai  ±  Pertempuran  dalam  latihan  berlaku  antara  Anjali  dan  Pauline serta  Zuraini
dan Aina yang  diketuai Cikgu Nisah.
9.  Wad  ±  tempat  Aina  menerima  rawatan  akibat  kecederaan  yang dialaminya  akibat
ditembak  Ah Kong.
Latar Masa
1.  Latar  masa cerita  ini ialah  pada  zaman sekarang  merangkumi waktu pagi, petang  dan
malam.
2.  Pagi- Aina tetap tekun menyiapkan kerja sekolah walaupun waktu rehat telah tiba.
3.  Petang  ±  Aina,  Anas,  Pauline,  Adeen  dan  Anjali  bersiap  sedia  untuk meneruskan
cabaran terakhir pertandingan Avatari.
4.  Malam  ±  Aina  dan  Anas  mengendalikan  komputer  dalam  bilik  bacaan untuk  mencar i
maklumat tentang pertandingan  Avatari.
Latar Masyarakat
1.  Masyarakat yang berada di bandar  dan hidup dalam kecanggihan teknologi.
2.  T erdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India.
3.  Masyarakat  yang  bertindak  dengan  berani.  Contohnya,  Adeen  dan  Ana cuba
menumpaskan Samy yang telah menceroboh bilik persalinan mereka.
4.  Masyarakat  yang  berhati  busuk.  Contohnya,  Chan  yang  mengarahkan Muthu  untuk
menimbulkan  masalah  di  Game  Star  kerana  ingin  membalas  dendam  terhadap Pak
Cik  Ho disebabkan tidak  menjual Game Star kepadanya.
5.  Masyarakat  yang  mengabaikan  tanggungjawab.  Contohnya,  bapa  Anjali telah
meninggalkan  Anjali  dan  adik-beradik yang  lain  tanpa  meninggalkan  sebarang berita
hingga menyebabkan  Anjali dibesarkan  dalam suasana yang daif.


6.  Masyarakat  yang  sentiasa  berwaspada  untuk  kemudahan  pada  masa  akan datang.
Contohnya,  Mak  Cik  Nora  bijak  melabur  wang  kemenangan  pasukan  Zamr ud  untuk
kegunaan  pada  masa  akan  datang.  Ahli  pasukan  Zamrud  juga  tidak membelanjakan
semua wang yang mereka menangi.
7.  Masyarakat  yang saling  membantu  tanpa mengira  bangsa  dan  agama. Contohnya,Pak
Cik  Ho,  Pak Cik Kuppusamy,  Mak  Cik Nora dan  Mak Cik Vicky  telah membenarkan
Anas dan Aina untuk  menggunakan komputer realiti maya milik pasukan Zamrud.
8.  Masyarakat  yang  mahir  menggunakan  teknolongi  pada  usia  yang  masih muda.
Contohnya,  walaupun  Aina  berusia  12  tahun,  beliau  mahir  melayari  internet untuk
mencari bahan  maklumat kerja sekolahnya.
9.  Masyarakat  yang  bekerjasama  dalam  melakukan  sesuatu.  Contohnya, Adeen,  Anas,
Aina,  Anjali,  Pauline  dan  Zuraini  berusaha  bersungguh-sungguh  untuk  sampai ke
peringkat akhir pertandingan  Avatari.
10. Masyarakat  yang  bertanggungjawab  terhadap  keluarganya.  Contohnya, Aina  dan
Anas  telah  memenuhi  impian  ayahnya,  Profesor  Fitri  untuk  melihat  anak-anaknya
menjadi juara pertandingan Avatari.
11. Masyarakat  yang  memberikan  galakan  kepada  generasi  muda.  Contohnya, ahli
pasukan  Zamrud  telah  member i  bantuan  berbentuk  sokongan  moral  dan kewangan
kepada pasukan Zamrud II supaya pasukan itu  menjuarai Pertandingan Avatari.
12. Masyarakat  yang  tidak  berputus  asa.  Contohnya,  Aina  masih  mengharap ayahnya
masih hidup dan tidak berhenti berdoa agar ayahnya selamat.
13. Masyarakat  yang  membuat  persiapan  awal  dan  bersiap  sedia.  Contohnya, pasukan
Zamrud II telah menjalani latihan berbentuk fizikal dan  mental diketuai Cikgu Nisah.
14. Masyarakat  yang  riak  dan  angkuh.  Contohnya,  Kumar  bersikap  sombong kerana
beliau merupakan anak kepada jutawan rangkaian barang kemas ternama di Malaysia.
15. Masyarakat  yang  ter jebak  dalam  gejala  sosial.  Contohnya,  Muthu  terlibat dalam
gejala  samseng  dan  ketua  penjenayah  Chan  Kok  Meng  terlibat  dalam pengedaran
dadah dan pil khayal.
16. Masyarakat  yang  mempertahankan  agamanya.  Contohnya,  Anas mempertahankan
Islam  dan  Rasulullah  SAW  walaupun  ini  hanyalah  berbentuk  permainan. Beliau
memastikan pihak Yahudi tidak memenangi kemenangan moral terhadap Islam.