Latar Tempat
|
1. Latar tempat dalam cerita ini ialah di bandar.
|
2. Anggun ± kompleks beli belah di mana Pertandingan Avatari berlangsung.
|
3. Bilik kayu atau bilik persalinan sementara ± tempat di mana Aina ditembak oleh Ah
|
Kong.
|
4. Bilik bacaan ± tempat Anas dan Aina melayari internet untuk mencari maklumat
|
tentang pertandingan Avatari.
|
5. Rumah Pak Ho ± Anas dan Aina bertandang ke rumah pak Ho untuk meminta
|
pertolongan meminjamkan komputer alam maya kepada mereka.
|
6. Pusat pemainan Game Star ± Pauline, Anas, Aina dan Kumar menunggu kehadiran
|
Adeen di sini.
|
7. Padang bola Kampung Pindah ± Pauline, Aina , Anas dan Adeen menjalani latihan
|
fizikal dan mental yang dikendalikan Cikgu Nisah.
|
8. Pantai ± Pertempuran dalam latihan berlaku antara Anjali dan Pauline serta Zuraini
|
dan Aina yang diketuai Cikgu Nisah.
|
9. Wad ± tempat Aina menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya akibat
|
ditembak Ah Kong.
|
Latar Masa
|
1. Latar masa cerita ini ialah pada zaman sekarang merangkumi waktu pagi, petang dan
|
malam.
|
2. Pagi- Aina tetap tekun menyiapkan kerja sekolah walaupun waktu rehat telah tiba.
|
3. Petang ± Aina, Anas, Pauline, Adeen dan Anjali bersiap sedia untuk meneruskan
|
cabaran terakhir pertandingan Avatari.
|
4. Malam ± Aina dan Anas mengendalikan komputer dalam bilik bacaan untuk mencar i
|
maklumat tentang pertandingan Avatari.
|
Latar Masyarakat
|
1. Masyarakat yang berada di bandar dan hidup dalam kecanggihan teknologi.
|
2. T erdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India.
|
3. Masyarakat yang bertindak dengan berani. Contohnya, Adeen dan Ana cuba
|
menumpaskan Samy yang telah menceroboh bilik persalinan mereka.
|
4. Masyarakat yang berhati busuk. Contohnya, Chan yang mengarahkan Muthu untuk
|
menimbulkan masalah di Game Star kerana ingin membalas dendam terhadap Pak
|
Cik Ho disebabkan tidak menjual Game Star kepadanya.
|
5. Masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab. Contohnya, bapa Anjali telah
|
meninggalkan Anjali dan adik-beradik yang lain tanpa meninggalkan sebarang berita
|
hingga menyebabkan Anjali dibesarkan dalam suasana yang daif.
|
6. Masyarakat yang sentiasa berwaspada untuk kemudahan pada masa akan datang.
|
Contohnya, Mak Cik Nora bijak melabur wang kemenangan pasukan Zamr ud untuk
|
kegunaan pada masa akan datang. Ahli pasukan Zamrud juga tidak membelanjakan
|
semua wang yang mereka menangi.
|
7. Masyarakat yang saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Contohnya,Pak
|
Cik Ho, Pak Cik Kuppusamy, Mak Cik Nora dan Mak Cik Vicky telah membenarkan
|
Anas dan Aina untuk menggunakan komputer realiti maya milik pasukan Zamrud.
|
8. Masyarakat yang mahir menggunakan teknolongi pada usia yang masih muda.
|
Contohnya, walaupun Aina berusia 12 tahun, beliau mahir melayari internet untuk
|
mencari bahan maklumat kerja sekolahnya.
|
9. Masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan sesuatu. Contohnya, Adeen, Anas,
|
Aina, Anjali, Pauline dan Zuraini berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke
|
peringkat akhir pertandingan Avatari.
|
10. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya, Aina dan
|
Anas telah memenuhi impian ayahnya, Profesor Fitri untuk melihat anak-anaknya
|
menjadi juara pertandingan Avatari.
|
11. Masyarakat yang memberikan galakan kepada generasi muda. Contohnya, ahli
|
pasukan Zamrud telah member i bantuan berbentuk sokongan moral dan kewangan
|
kepada pasukan Zamrud II supaya pasukan itu menjuarai Pertandingan Avatari.
|
12. Masyarakat yang tidak berputus asa. Contohnya, Aina masih mengharap ayahnya
|
masih hidup dan tidak berhenti berdoa agar ayahnya selamat.
|
13. Masyarakat yang membuat persiapan awal dan bersiap sedia. Contohnya, pasukan
|
Zamrud II telah menjalani latihan berbentuk fizikal dan mental diketuai Cikgu Nisah.
|
14. Masyarakat yang riak dan angkuh. Contohnya, Kumar bersikap sombong kerana
|
beliau merupakan anak kepada jutawan rangkaian barang kemas ternama di Malaysia.
|
15. Masyarakat yang ter jebak dalam gejala sosial. Contohnya, Muthu terlibat dalam
|
gejala samseng dan ketua penjenayah Chan Kok Meng terlibat dalam pengedaran
|
dadah dan pil khayal.
|
16. Masyarakat yang mempertahankan agamanya. Contohnya, Anas mempertahankan
|
Islam dan Rasulullah SAW walaupun ini hanyalah berbentuk permainan. Beliau
|
memastikan pihak Yahudi tidak memenangi kemenangan moral terhadap Islam.
|
No comments:
Post a Comment