25 June 2013

Latar - Cerpen Gema Sepi Gadis Genius

Latar :
 Masa  
  • Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di MakmalPerdana. 
  • Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah. 
  • Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di makmal sistem komputer, Makmal  Perdana.

Tempat     
  • Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan amali  tahun akhir jurusan Sains Komputer. 
  • Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana.
  • Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-kanak. 
  • Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi jurusan Sains Komputer.

Masyarakat   
  • Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer,  Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer.
  • Masyarakat  terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi.
  •  Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung.
sumber : http://tintamelayu2.blogspot.com/2011/12/gema-sepi-gadis-genius-azmah-nordin.html

No comments:

Post a Comment