2 July 2013

Teknik Plot - Wira Persona Avatari

Teknik Plot
Teknik pemerian
Pengarang  memerihalkan  persona  Badang  yang
digunakan  oleh  pasukan  Za mrud  II  dalam
pertandingan Avata ri. Contohnya:
Pasukan  Zamrud  II  menggunakan  pers ona
Badang  untuk  mewakili  mereka  dalam  sar ingan
pertama.  Badang,  watak  wira  dalam  Sejarah
Melayu,  difikirkan  watak  paling  s esuai  untuk
melambangkan  aspirasi  pasukan  mereka.  E mpat
buah  avatar  yang  sama  rupa  itu  sah  berjaya
memasuki ruang  siber.  Hanya nombor  satu hingga  empat di baju  mereka yang
membezakan mereka.
(hal. 111)

Teknik dialog
Terdapat banyak dialog antara watak-wata knya. Contohnya:
³Hah,  bagaimana,  nak  datang  petang  ni?´  gesa  Aina  apabila  melihat
kawannya masih diam.
³Baiklah, Zu datang. Di mana kita nak jumpa?´
³Zu  datanglah  ke  rumah  Aina.  Kita  pergi  bersama-sama  dengan  Abang
Anas.´




³Setuju?´
³Tentu sekali
setuju!´
(hal.86)

Teknik imbas kembali
Ada  beberapa  peristiwa  yang  disorot  kembali  oleh  pengarang.Antaranya
termasuklah  Aina  membayangkan  semula  peristiwa sebelumnya bagaimana  dia
menyertai Avatari.Contohnya:
Aina  yang  masi
di  pangku  i
unya  tidak  dapat  berkata  apa -apa.  Matanya
¡
¢
berpinar-pinar  dan  keadaan  sekeliling  semakin  gelap  dirasakan.  Antara
separuh sedar  itu, fikirannya melayang -layang memikirkan kenapa dia sanggup
menentang  ibunya  dan  memasuki  pertandingan  itu?  Mindanya  yang  semakin
lemah itu cuna juga mencari jawapan.
(hal.19)

Teknik imbas muka
a) Ketika  peringkat  akhir  Avatari,  pasukan  Rusia  memilih  untuk  mengubah
sejarah  menggunakan  mesin  masa  dengan  membunuh  Rasulullah.  Anas
berfikir  sekiranya pasukan  Rusia  menang  Avatari,  mereka  dapat  memenangi
kemenangan moral terhadap panganut Islam.
b) Aina mengajak Zuriani mengajak menyertai Zamrud II sebagai ahli simpanan.
Dia  mengatakan  kepada  Zuriani  bahawa  ahli  yang  bertanding  akan  dipilih
kemudian.  Zuriani  akhirnya  menggantik an  tempat  Aina yang ditembak  pada
peringkat terakhir Avatari.
Teknik suspens/saspens
a) Pembaca ingin tahu mengapa Zamrud II yang memenangi Avatari walaupun




mereka tidak memenuhi kehendak arahan.
b) Pembaca ternanti-nanti  akan  keadaan  Aina  setelah  terjatuh  ke  dalam  sebuah
lubang ketika peringkat kedua Avatari.
Teknik kejutan
a) Ketika  peringkat  kedua  Avatari  hendak  bermula,  Adeen  tidak  menyangka
bahawa salah satu cip mesin Avatari kumpulannya hilang. Mujurlah, Pak Cik
Tan  membawa  papan  litar  gentian  dan  cip  yang  sama  ada  pada  papan  litar
tersebut.
b) Semasa  Aina  memperkenalkan  Pauline  kepada  Adeen,  dia  telah  mengatakan
bahawa  Anas sudah mencupnya.  Anas dan Pauline terkejut tidak  menyangka
Aina akan berkata sedemikian.

Teknik monolog
a) Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina.Contohnya:
³Tak  sangka  Aina  pandai  tulis  sajak,  walaupun  perlu  diperbaiki  lagi,´
kata Anas sendirian.
(hal. 37)
Teknik monolog dalaman
a) Semasa  Aina  membuat  kerja  seko lahnya,  dia  dipanggil  oleh  Zuriani.
Contohnya:
³Aina!´
Itu suara Zuriani, detik hati Aina.
(hal.9)
b) Pauline memikirkan akan kata -kata Anas untuk mengajak Anjali menjadi ahli
pasukan kelima Zamrud II. Contohnya:
Ahli kelima? bisik hati kecilnya.
(hal. 81)

No comments:

Post a Comment