PROSA KLASIK TINGKATAN 2: RAJA MUDA
Sinopsis :
Cerita bermula dengan suasana kecoh
apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas
kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan
sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna
Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran
dan penuh adat istiadat.
Perkahwinan
itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke
kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri Kuntum
Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk
bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri melalui
syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri
Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang
mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba
sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu
baginda pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan
kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke
dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu, mereka berdua
saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa tahun.
Setelah
cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari Selasa, Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru
isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan
kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya mata
perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap
tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri
Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu
diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai
pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi
puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram
Kemala untuk dijadikan tempat bermain.
Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat
tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Hal ini
membimbangkan seluruh istana tetapi keadaan menjadi reda setelah Tuan Puteri Bidadari
Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak
tersebut.
Pada
hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam
Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum
Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik
Jintan ke balai pancalogam di tengah-tengah tasik Mendam Berahi untuk
dimandikan dengan penuh upacara. Turut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu
memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta
perak.
Selesai
upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda
membawa isterinya bermain-main di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya
menyaksikan permainan ‘Doh Besar’, ‘Lang-lang Aji Buntut’ dan ‘cekur-cekur
Puyuh’. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama bermain permainan ‘Doh Besan’
kerana terlalu seronok. Suasana sungguh
meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan. Keesokannya, kenduri diadakan dengan
menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala. Sultan muda
bersama-sama pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya.
Tema :
Cerita ini mengetengahkan tema tentang
suka-duka pengalaman hidup Raja Muda atau Sultan Muda. Baginda mengharungi
pelbagai peristiwa seperti ditinggalkan isteri, bernikah lain dan meraikan
kelahiran puterinya.
Persoalan :
1.
Persoalan
Kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Dalam hal ini kekanda berenam begitu
menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri
Renik Jintan.
2.
Persoalan
Pernikahan yang tidak direlakan.
Pernikahan Sultan Muda dengan Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri sebenarnya tidak direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba.
3. Persoalan semangat kerjasama dalam
menyelesaikan sesuatu kesukaran.
4.
Persoalan
sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.
Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba
sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri selepas
peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
5.
Persoalan
kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi.
6.
Persoalan
Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam sesebuah keluarga.
Watak dan Perwatakan :
Watak
Utama
Raja
Muda (Sultan Muda Gempita Sakti)
- Berkahwin dua.
- Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
- Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan.
- Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi.
- Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya.
- Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh baginda telah mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.
Watak
Sampingan
Tuan
Puteri Bidadari Segerba
- Berasal dari kayangan.
- Anak kepada Maharaja Indera Dewa.
- Merupakan isteri kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contoh, dia pergi menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.
- Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan.
Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri
- Anakanda kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang.
- Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda.
- Isteri kedua Sultan Muda.
- Seorang yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun bermain bersama-sama dalam permainan ‘Doh Besar’.
- Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya.
Tuan
Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan
- Anak perempuan kepada pasangan Sultan Muda dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Sewaktu berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba berusia enam purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan perut ibunya, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
- Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan istana.
- Namanya itu diberikan oleh nendanya.
Gaya Bahasa :
1. Kata ganda
Bersuka-sukaan,
bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium
2. Personifikasi
Serai
beranak di atas dapur.
3. Bahasa istana
Bersemayam,
bersantap
4. Inversi
Tidak
sedap rasa hati
Sudah
kakanda berperi
5. Simile
Betapa
padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi
dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan
penuh purnama empat belas
6. Bahasa klasik
Gahara,
leta
7. Bahasa Arab
Mengkamatkan,
kiblat
Latar :
Latar Masa
Ø Pada waktu malam
Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir
di Tasik Mendam Berahi.
Ø Pada hari Selasa waktu tengah hari.
Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan
dilahirkan.
Ø Pada waktu pagi.
Pada waktu ini, berlaku kekecohan di
rumah Nenek Kebayan kerana Raja Muda menghilangkan diri.
Latar Tempat
Ø Di negeri Tanjung Bunga Kembang
Sekaki.
Di sinilah dilangsungkan majlis
penikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
Ø Di kayangan.
Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri
Bidadari Segerba.
Ø Di rumah Nenek Kebayan.
Raja Muda tinggal di sini sebelum
menghilangkan diri untuk pergi bernikah.
Ø Tasik Mendam Berahi.
Di sini telah dibina sebuah astaka
pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru
lahir.
Ø Padang Biram Kemala.
Di tengah-tengah padang ini dibina
sebuah khemah tempat beradu Raja Muda. Padang
ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain ‘Doh Besan’, anak-anak pembesar
bermain ‘Lang-lang Aji Buntut”.
Latar Masyarakat
Ø Latar masyarakat zaman feudal
Rakyat diperintah oleh raja dan mereka
mesti mematuhi titah raja. Buktinya, Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan
untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala.
Ø Latar masyarakat yang mementingkan
adat dan upacara.
Raja Muda menjalankan
upacara ‘memijak tanah’ untuk puterinya.
Ø Latar masyarakat yang berbudi bahasa
Ø Latar masyarakat yang amanah kepada
tugas
Perdana Menteri menjalankan tugasnya
membina pancalogam 12 tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan
Puteri Renik Jintan.
Ø Latar masyarakat yang ahlinya sanggup
berkorban demi kebahagiaan orang lain
Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup
menerima kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba
Ø Latar masyarakat yang mengamalkan
unsur-unsur Islam
Raja Muda yang mengadakan majlis
kesyukuran demi menyambut kelahiran puteri baginda.
Nilai :
1. Nilai kasih sayang
Raja Muda yang begitu kasihkan
puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai
tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu.
2. Nilai redha kepada takdir
Tuan Puteri
Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada Tuan
Puteri Kuntum Ratna Sari
3. Nilai saling menghormati
Kedua-dua isteri Raja Muda saling
menghormati keputusan masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.
Pengajaran :
1. Kita hendaklah menjalankan tugas
dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.
2. Kita mestilah memberikan semangat dan
dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan.
3. Kita perlulah memohon maaf jika
melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain.
4. Kita hendaklah menyambut kelahiran
ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
5. Seorang suami perlu memaklumkan kepada
isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.
Latihan :
1. Siapakah Raja Muda?
2.
Pada
pendapat anda, adakah wajar Raja Muda berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna
Sari dan mengapa?
3.
Pada
pendapat anda, apakah kepentingan memelihara adat dan budaya bangsa?
sumber :http://tintamelayu2.blogspot.com/2011/12/prosa-hikayat-raja-muda-pawang-ana-dan.html