Pantun Dua Kerat (Nasihat) -
Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari
Analisis Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Pantun
|
Maksud
|
Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.
|
Seseorang yang
tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada
berkata-kata.
|
Jika ada padi
berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
|
Orang yang berasa
akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.
|
Sakit pandan tak tahukan
duri,
Sakit badan tak tahukan diri.
|
Orang yang
tidak insaf akan dirinya akan mendapat
balasan akibat perbuatannya.
|
Dengar cakap enggang
makan buah belolok,
Dengar
cakap orang terjun masuk lubuk.
|
Jika kita terlalu
mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.
|
Ada beras taruh dalam
padi,
Ada ingat taruh dalam hati.
|
Sekiranya kita hendak
selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.
|
Mahal imam, murahlah
khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.
|
Sudah menjadi lumrah
hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.
|
Diam itu emas, sedangkan berkata-kata itu perak. |
Tema:Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi
segala cabaran dalam kehidupan.
Persoalan:
·
Suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.
·
Perasaan yang mudah tersentuh.
·
Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.
Bentuk:
·
Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.
·
Pantun ini merupakan pantun dua kerat yang terdiri
daripada
sebaris pembayang dan sebaris
maksud.
·
Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan
dalam setiap rangkap.
·
Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata
dalam setiap baris.
·
Rima pantun ialah ’aa’ tetapi baris akhir sekali berbeza
kerana mempunyai
rima akhir ’ab’.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Repitasi
|
Tak tahu, tak kenal, diam. (R1,B2)
|
Sinkope
|
Sakit
pandan tak tahukan duri.
(R3,B1)
|
Anafora
|
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah. (R2)
|
Responsi
|
Ada
beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati. (R4)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Mahal imam,
murahlah khatib,
(R6,B1)
|
Aliterasi
|
Mahal demam, murahlah sakit. (R6,B2)
|
Gambar sekadar hiasan
Nilai:
·
Rasional: Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan
hendaklah
difikirkan terlebih dahulu dengan
sewajarnya.
·
Keinsafan: Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan
mengulangi lagi
kesilapan yang telah dilakukan.
·
Merendah diri: Tidak menyombong diri terhadap seseorang
atau sesiapa saja.
Pengajaran:
·
Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan
sesuatu perkara.
·
Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan
hati orang lain.
·
Kita janganlah terlalu mendengar atau percaya kepada
kata-kata orang.
·
Kita mestilah beringat sebelum mendapat kesusahan.sumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/pantun-dua-kerat-nasihat-anwar-ridhwan.html
No comments:
Post a Comment