Bab 1: Poster Misteri.
Novel Wira Persona Avatari bab satu
mengisahkan enam orang remaja, Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan
Zuriani berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas
bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang
diadakan di kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula
untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00
petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam
bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang
lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang
sedang dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak
berlari tetapi dihalang oleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang
dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan
pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat
mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong
mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke
lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long
memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu,
Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa lepas.
Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya. Aina merupakan seorang
murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada
di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani
kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster
yang baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja
dan terus bergegas ke kantin.
Bab 2: Kamar Bicara.
Aina tidak sabar hendak memberitahu
abangnya, Anas tentang suatu berita penting. Sekembalinya Anas, Aina
terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan hoki
sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita
yang hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut
“Avatari”, Anas menjadi teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali
kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah mereka yang
menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah
mereka menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh
tahun dulu. Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal
ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina
sangat merindui ayahnya.
Pada malamnya, Anas dan Aina asyik
melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap
tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu
berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui
“Kamar Bicara”, mereka bermain permainan video secara interaktif melalui
watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah
satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan
dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan
hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya
Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi
Bab 3: Pasukan Zamrud II.
Anas dan Aina membaca risalah dan borang
pertandingan berulang kali. Mereka sedang memikirkan bagaimana hendak
mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga sebuah
komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu.
Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan
siapakan yang sanggup menaja mereka. Tiba-tiba Aina teringat akan Pak
Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan
Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak
perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho
tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya
kembali. Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu
mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk
menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina
juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan mereka
itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini
penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina
teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk
Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.
Bab 4: Libasan Pari.
Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang
menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star. Kumar tidak sabar
menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar
yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar.
Anas mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline.
Akhirnya Adeen sampai. Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin
terhadap kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan Kumar kepada Adeen.
Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan
tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya
Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.
Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak
Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star untuk mendengar
taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada
majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari
yang akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak
mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap
komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang
menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.
Bab 5: Senteri Muda.
Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani
latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah, seorang guru silat
dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka
untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan,
cabaran, dan muslihat.
Ho Shao Long datang untuk meninjau
perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan permainan Avatari. Adeen
cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang canggih
milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU
tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak
Cik Ho akui akan kelemahan yang terdapat pada komputernya itu. Adeen
mencadangkan cip mikroelektrik yang lebih hebat daripada cip Voltra
milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh
MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan
penerangan Adeen itu.
Bab 6: Ribut Dalam Cawan.
Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari,
Anas dan Pauline pergi makan di restoran McDonalds di seberang jalan
yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star. Mereka
berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar. Pauline
mencadangkan supaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan
Avatari mereka. Namun, Anas tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar
terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah
berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran.
Mereka kembali ke pusat permainan video
Game Star. Anas lalu di behagian permainan video Robot War. Banyak
remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang
tekun mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing
dengan beberapa orang remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui
mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis India itu yang bernama Anjali
berjaya mengalahkan remaja-remaja lelaki itu. Anas memberitahu Pauline
bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas
mendekati Anjali. Pauline berasa tidak senang hati dengan tindakan Anas
itu.
Bab 7: Latihan Termpur
Zuriani merajuk terhadap Ama kerana sejak
akhir-akhir ini Ama telah jarang-jarang bertemu dengannya. Sejak Ama
mendaftar untuk memasuki Pertandingan Avatari, dia sudah tidak ada masa
untuk sahabat karibnya itu. Ama mengakui bahawa memang dia terlalu sibuk
sejak memasuki Pertandingan Avatari. Untuk memujuk hati kawannya itu,
Ama mengajak Zuriani menyertainya dalam Pertandingan Avatari. Walaupun
ahli pasukan Avatari Ama sudah ada lima orang, tetapi Zuriani boleh ikut
serta sebagai ahli pasukan simpanan. Untuk itu, Zuriani perlu ikut sama
berlatih. Zuriani bersetuju.
Pada suatu pagi, Anas, Adeen, Pauline,
Ama, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kembara di kawasan
bukit-bukau dan belukar. Semasa berehat, Ama mengorek rahsia Anjali
tentang sebab dia menggunakan nama “Anjali” padahal nama sebenarnya
ialah Laksmini. Anjali kemudiannya mengimbas kembali peristiwa yang
menyebabkan dia bersetuju untuk menyertai Pasukan Zamrud II. Anjali
sebenarnya telah kalah kepada Anas dalam peristiwa cabar-mencabar dalam
permainan video Robot War.
Setélah keluar dan kawasan bukit-bukau
dan belukar, mereka beriatih tempur pula di tepi pantai dengan bimbingan
Cikgu Nisah. Cikgu Nisah mengajarkan beberapa strategi pertempuran
untuk mengalahkan musuh. Pauline dipasangkan dengan Anjali untuk latihan
tempur. Semasa latihan silat, Cikgu Nisah mendapati Pauline dan Anjali
betul-betul bergaduh. Selepas latihan, Cikgu Nisah memanggil Pauline.
Cikgu Nisah tahu bahawa Pauline cemburu akan Anjali yang rapat dengan
Anas. Cikgu Nisah menasihati Pauline tentang cara hendak menambat hati
lelaki berdasarkan pengalamannya sendiri.
Bab 8: Cabaran Bermula
Pagi Sabtu. Para penonton sudah mula
berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar Kompleks Beli-belah
Anggun. Pengacara terkenal, Halim melalui avatarnya, muncul di skrin
besar. Penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Halim mengumumkan
bahawa PertandinganAvatari ialah pertandingan kembara atau adventure
game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan
ini disertai oleh beberapa pasukan dan seluruh dunia. Halim memberikan
keterangan dan arahan kepada para peserta. Dalam pusingan pertama,
setiap pasukan yang ingin ke pusingan kedua mestilah mencari sebuah pasu
emas yang tersorok dalam ruang siher misteri pertama. Pasu emas itu
mengandungi teka-teki untuk pusingan kedua. Sebelum pertandingan
bermula, Halim memperkenalkan peserta dan Malaysia, iaitu Pasukan Zamrud
II, Pasukan Harimau Kumbang, Kumpulan Sinaran, dan Pasukan Aura Suci.
Para penonton memberikan tepukan.
Pertandingan bermula. Adeen bertindak
sebagai pengawal mesin permainan Avatari yang berada di bilik khas.
Adeen mempunyai peranan penting kerana dia bertugas memantau setiap
pergerakan pemain dan berfungsi menyalurkan arahan, makiumat, dan
sebarang keperluan lain sernasa pertandingan.
Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II
menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka, iaitu watalc wira
dalam Sejarah Melayu. Ruang siber bagi saringan pertama Pertandingan
Avatari ialah zaman prasej arah. Avatar-avatar pasukan yang mengambil
bahagian berhadapan dengan dinosaur-dinosaur yang besar dan ganas.
Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui oleh avatar Pasukan Zamrud
II. Pasukan Zarnrud II sudah berjaya memperoich pasu emas yang terdapat
di dalam buah cempedak aneh itu. Mereka sudah hampir pasti untuk layak
ke pusingan kedua. Namun malangnya, buah cempedak aneh yang mengandungi
pasu emas di dalamnya telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci.
Bab 9: Juara Songsang
Ahli-ahli Pasukan Zamrud II tidak
menyangka bahawa Pasukan Aura Suci bertindak jahat dengan merampas buah
cempedak aneh tersehut. Mereka sungguh kecewa. Tiha-tiba Adeen
mem.beritahu mereka bahawa cabaran Pasukan Zamrud II helum berakhir dan
rnengarahkan mereka mencari pasu emas itu d atas Ian tai terowong.
Pasukan Aura Suci telab dibatalkan penyertaan mereka kerana didapati
menggunakan kaedah tidak bermoral terhadap Pasukan Zamrud II. Para ahli
Pasukan Zamrud II segera berpatah balik dan mencari pasu emas itu.
Pauline menemukan pasu emas itu. Dengan itu pasukan Zamrud II telah
berjaya ke pusingan kedua. J uruacara Halim muncul di skrin sekali lagi.
Halim mengumumkan hahawa dalam pusingan kedua ini, para peserta akan
memasuki ruang siber misteri kedua untuk mencari pelbagai objek harta
karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata
yang diselesaikan oleh mereka.
Para ahli pasukan Pertandingan Avatari
sudah bersedia untuk memulakan pusingan kedua. Semasa pertandingan baru
berlangsung, Adeen mendapati salah satu cip mikroelektronik penting
mesin Avatari sudah hilang. Anggota Pasukan Zamrud 11 mula resah. Adeen
yang lebih tertekan. Tiba-tiba Adeen teringat akan Pak Cik Tan ada
membawa papan litar gantian dan cip yang sama pasti ada di atas papan
litar itu. Adeen bernasib baik kerana papan litar itu masih ada dan
lengkap dengan cip mikroelektronik. Adeen segera memasang cip itu.
Para ahli Pasukan Zamrud II sudab
bersedia untuk berjuang. Mereka telah mendapat jawapan kepada teka
silang kata, iaitu “buaya”. Jawapan itu tepat dan avatar Pasukan Zamrud
II memasuki kawasan padang pasir. Mereka berada dalam zaman Mesir purba,
iaitu pada zaman Firaun. Setelah melepasi halangan daripada ulat besar,
mereka akhirnya berjaya sampai ke kawasan bangunan yang luas. Di situ
mereka berjaya menemukan buaya emas. Adeen mengarahkan ahli pasukannya
pergi ke Kuii Abu Simbel untuk mengutip lebih banyak harta karun.
Pasukan Zamrud II berjaya ke pusingan ketiga.
Bab 10: Malaysia Serba Boleh
Dalam pusingan ketiga, cabarannya ialah
bertanding permainan tradisi. Setiap pasukan akan bertanding dengan
pasukan lain untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pertandingan
akhir. Setiap pasukan mesti menguasai sebanyak mungkin permainan.
Pauline memilih memanah. Ama memilih congkak. Anas rnemilih catur.
Anjali pula memilih mahjong. Apabila pusingan ketiga tamat, Jepun
menduduki tempat pertama, Rusia di tempat kedua, Australia di tempat
ketiga, dan Amerika Syarikat di tempat keempat. Malaysia herkongsi
markah dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Oleh sebab terdapat
tiga pasukan yang layak, maka satu pemecah sen akan diadakan.
Halim muncul untuk menentukan pasukan
mana yang mendapat tempat kelima untuk ke pertandingan akhir. Setiap
pasukan akan diberi satu peluang untuk meneka apa yang ada di dalam
genggaman Halim. Thailand meneka guli. China meneka wang syiling.
Malaysia melalui Ama meneka belalang. Tekaannya tepat. Pasukan Zamrud II
layak ke pertandingan akhir.
Bab 11 :Jutawan Muda
Keadaan di bilik persalinan masih tegang
walaupun Ama telah dibawa ke hospital. AhJi Pasukan Zamrud II tidak
dapat bersama dengan Ama di hospital kerana perlu meneruskan cabaran
pada peringkat akhir. Pada mulanya mereka hendak menarik dir tetapi Pak
Cik Ho menghalang kerana keadaan Ama sudah stabil. Mereka harus
memikirkan kepentingan negara. Mereka merupakan satu-satunya pasukan
Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati
terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka.
Memandangkan Ama telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Ama.
Semasa pusingan akhir hendak bermula, Pak
Cik Tan masih lagi berada di dalam bulk persalinan. Dia sedang
memeriksa beg-beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia
mendapati cip mikroelektronik yang hilang itu ada di dalam salah satu
beg ahli Pasukan Zamrud II namun dia tidak dapat mengenal pasti pemilik
beg itu.
Halim muncul sekali lagi untuk
mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima pasukan akan
berentap. Setiap pasukan akan diberi rnasalah yang sama, iaitu mengubah
sejarah dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa
mereka kembali ke mana-mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan
yang dapat mengubah sejarah sehingga menyebabkan kesan paling besar di
dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan mendapat hadiah
RM1 juta.
Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka
untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis. Anas yang terkejut
apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timur Tengah
pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-cepat
memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan
Rusia itu dengan menghentikan proses mesin masa. Pada waktu inilah,Adeen
menggunakan sepenuh kepakaran dan pengalamannya dalam bidang komputer
untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal in Pelbagai masalah
dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen
sebagai pengendali mesin Avatari dan keberanian para avatar Pasukan
Zamrud
II, mereka akhirnya berjaya mematikan
mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dan empat negara itu untuk
mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II
telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali
kesepuluh.
Bab 12: Perangkap Musang
Pak Cik Tan masih bersembunyi di dalam
bilik persalinan. Dia hendak memastikan pemilik beg yang dicurigai itu
akan datang untuk mengambilnya sebelum rakan-rakan yang lain tiba.
Suasana di luar masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas
kejayaan Pasukan Zamrud TI dan Malaysia. Pak Cik Tan menjangka dalam
keadaan riuh-rendah itu tentu “Si musang” akan menyelinap keluar untuk
mengambil haknya. Jangkaan Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan
terkejut apabila mendapati “si musang” itu ialah Anjali. Anjali pula
sangat terperanjat apabila ditegur oleh Pak Cik Tan.
Setelah didesak oleh Pak Cik Tan,
akhirnya Anjali menjelaskan segalagalanya. Anjali melakukan perbuatan
itu kerana dipaksa oleh abangnya, iaitu Muthu, yang merupakan ketua
samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak
Cik Ho menolaknya. Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali.
Sementara itu, Aina sudah tiga hari
berada di wad kelas pertama. Semua datang melihat keadaannya di hospital
kecuali Anjali. Aina menjadi sangat teruja apabila mendengar berita
melalui televisyen, iaitu pasukan penyelidik yang diketuai oleh ayahnya
yang hilang di Laut Andaman telah ditemui dengan selamat. Doanya telah
dimakbulkan Tuhan.
sumber : https://panitiabmcochrane.wordpress.com/2010/12/30/sinopsis-wira-persona-avatari/
No comments:
Post a Comment