** Berikutan dari saya tidak hadir kesekolah kerana hal kecemasan yang tidak boleh dielakkan. Sila baca drama dibawah. Akan dibincangkan pada minggu pertama buka sekolah. Jawab latihan dibawah dalam buku latihan komsas. Sila buat Sinopsis sendiri hasil daripada bacaan sendiri.
SINOPSIS
Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi
enggan mendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif. Abah tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya
dan lebih selesa berada di rumah. Abah
menganggap dia akan mati tanpa mahu berusaha mengubati penyakitnya. Abah cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah
tetapi gagal. Abah dibawa ke klinik
secara paksa. Setelah empat jam, abah
pulang bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri.
Abah
berasa tidak selesa dengan mesin itu.
Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya
kerana ingin membalas budi dan mahu abah terus hidup. Abah dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman
lelakinya Saufi. Fatin Atiqah
menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaannya. Abah yang terlalu
gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya. Keadaan menjadi cemas. Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.
TEMA
Kasih
sayang dalam kalangan ahli keluarga.
PERSOALAN
1.
Persoalan hubungan kekeluargaan yang
erat/mesra.
2.
Persoalan tentang tugas dan
tanggungjawab doktor.
3.
Persoalan menyerah
diri/mengharapkan kematian apabila sakit.
WATAK DAN PERWATAKAN
Abah
Ø Berusia
63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif, Fiqri dan
Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.
Ø Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa
menggunakan mesin hemodialisis.
Ø Seorang
penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif.
Ø Seorang
yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tak bagi mama menelefon anak-anak.
Ø Seorang
yang bersifat penyayang, tegas – mendidik anak-anak sehingga berjaya.
Ø Tidak
mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang
doktor.
Ø Seorang
yang suka bergurau.
Dr. Afif
Ø
Bijak - doktor pakar.
Ø
Penyayang - ambil
berat tentang keluarga.
Ø
Mengenang jasa orang tua – menyanjung tinggi
pengorbanan abahnya.
Ø
Cekap bekerja.
Ø
Pantas bertindak apabila
mendapat panggilan daripada mama.
Ø
Berkorban untuk
bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.
Mama
Ø
Isteri yang penyayang.
Ø
Ambil berat akan
keluarganya.
Ø
Patuh dan taat akan
suaminya.
Ø
Suka bergurau. Sabar -
walaupun kena marah.
Ø
Cepat bertindak - tidak
mudah panik (abah pengsan).
Fatin Atiqah
Ø
Bijak - pelajar
cemerlang di universiti.
Ø
Sayang akan bapanya - ambil
berat.
Ø
Cepat panik -terus
balik apabila mendapat panggilan daripada mama.
Nabilah
Ø
Cucu abah.
Ø
Anak Dr. Afif dan
Zarina.
Ø
Penyayang.
Ø
Cakap lepas.
Teknik plot dan pembinaan plot
Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi.
Permulaan
cerita
Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil
Dr. Afif di klinik. Hasrat mama
ditentang oleh abah.
Perkembangan
cerita
Abah pengsan. Dr.
Afif datang ke rumah dan memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan
rawatan. Konflik abah bertambah apabila
Nabilah datang memujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi roda. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Abah pulang dengan mesin hemodialisis. Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah
dengan Dr. Afif.
Klimaks
Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut.
Peleraian
cerita
Abah diselamatkan oleh Dr. Afif.
LATAR
Masa
Ø Siang
hari.
Ø Waktu
pagi.
Tempat
Ø Ruang
tamu rumah Abah.
Masyarakat
Ø
Golongan tua yang
sakit enggan mendapatkan rawatan.
Ø
Masyarakat yang
berpendidikan / berpelajaran.
Ø
Masyarakat yang
mengutamakan / memikirkan kepentingan
Ø
Masyarakat yang hanya
berserah kepada takdir- tua,sakit-mati.
GAYA BAHASA
1.
Sinkope
Contoh: nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak
(sudah), tu (itu)
2.
Sajak
Contoh: m/s: 27
3.
Bahasa Inggeris
Contoh: I am a doctor, and I want to be your doctor. I promise to be your good
doctor. (m/s 8)
1.
Nilai kasih sayang
Contoh: Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang
sakit.
2.
Nilai hormat menghormati
Contoh: Dr. Afif tetap menghormati abahnya.
3.
Nilai menghargai jasa
Contoh: Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.
4.
Nilai prihatin
Contoh: Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang
dideritai oleh suaminya.
5.
Nilai kesabaran
Contoh: Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya
yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.
6.
Nilai menghargai ilmu
Contoh:
Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan
cemerlang.
PENGAJARAN
1.
Kita perlu menyayangi setiap ahli
keluarga.
2.
Kita mesti menghormati orang yang lebih
tua dan berpengetahuan daripada kita.
3.
Kita perlu menghargai jasa kedua-dua
ibu bapa yang telah mendidik kita.
4.
Kita harus mengambil berat akan masalah
yang dialami oleh orang lain.
5.
Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan.
6.
Kita perlu bersabar menghadapi karenah
orang tua.
7.
Kita harus menghargai ilmu yang
dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang hayat.
1. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam
drama ini.
2. Nyatakan
tiga nilai yang terdapat dalam drama ini.
3. Senaraikan 10 ayat perintah
yang terdapat dalam teks.
sumber :http://lamanbahasa.wordpress.com/komsas/
No comments:
Post a Comment